NUFNANG

28 March 2014

Singgah ke Nilai 3

As salam...

Dua entri hari ni aku masuk kan. Semu entri-entri ni boleh wat kenangan di masa tua aku...

Lepas aku beli pokok herba ngan family, kitorang pun berjalan ke Nilai 3, best gak barang banyak yang di jual agak murah. But yang murah kat yang bahagian lelong warehouse tu jek. Kalu yang kedai-kedai luar tu hampeh memang mahal.

Dan bagi aku kain-kain ela kat sini agak mahal, klu kat Jalan Masjid India lagi murah and up to date. Tapi tudung kat cini memang murah, cantik n banyak choice. Kalu kat KL biase jek.. So ade pro n con kt sini.

Yang jual murah ni pun orang Bangla ngan Pakistan, but bila masuk kedai orang kita..mak aii harga berganda 2x lak tu. Tapi memang kene pandai main harga ngan dorang, blouse yang harge sehelai RM40 aku tawar2 dapat RM50 2 helai. Terus aku rembat 4 helai, tapi besar cikit nak kene jahit dart ler nanti. Punye lah jatuh giler harge, dorang ni pandai gak takut hilang client.

Pastu aku beli tudung ala-ala Faree**.. Harga RM20 jek, siyes murah. Mula nya tak jadi nak beli sebab orang Bangla ni dok ikut je aku gi mane-mane, rimas kot, asal aku try tudung jek dia cakap Ma sha Allah, Ma sha Allah cantik nye anugerah Allah, sangat cantik, asik ulang cakap sampai aku dah rase len. Pastu aku acu kan tudung tu ke muka mak, orang Bangla tu ulang bende yang same..ohh.. terperasan kejap tadi. Memang strategi dia jual camtu.. hah ha.. Sabor je la.  Pastu inner neck RM2 je, aku pun rembat 2 helai.

Mak n anak buah- jualan lelong kat kedai G 055

Harga by kilo- 1kg RM8, yang besar-besar harga by pcs

Banyak sangat sampai pening ..dah la panas dalam ni

Biar betik- Telekung Lycra RM28 kain tebal & x jarang pun

Kebanyakkan jubah import ni dari  Indonesia dan Jeddah

RM10 jer yang standard size tu, dulu aku beli RM50 mase awal kuar

Tempat kunci yang klasik RM15


Pasu tuk pokok herba-besar gak 1 RM3.90

Mainan tuk budak kecik RM40 siap de music

Tikar size XL RM35 - depan

Tikar size XL- Belakang


Cermin yang besar ni baru RM25


Jam giant ni baru RM15...oh mai..
Cantikkan- English style


 Cuci mata..hu hu

Nyibuk selfie



Mengurangi masalah kesihatan dengan khasiat daun belalai gajah dan jarum tujuh bilah


As salam...


Hari ni aku nak share secara ringkas mengenai khasiat daun belalai gajah dan daun jarum tujuh bilah.

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass ni mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Daun ni mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.



Cara pengambilan
Cara 1 
Mengunyah 30 – 50 helai daun sehari – iaitu 10 atau lebih helai daun sekali  makan untuk 3 (atau Lebih) kali sehari.

Cara 2
Masukkan 30 – 50 helai daun, sebiji epal hijau, ½ gelas air dan blend sampai halus - minum terus- ulang sekali lagi di sebelah petang - diminum sebelum atau selepas makan.

Bagi Kanser Peringkat 4
Masukkan  75 helai daun atau lebih, 1 epal hijau dan ½ gelas air dan di blend/kisar 2 kali sehari - diminum sebelum atau selepas makan.


Manakala daun jarum tujuh bilah untuk merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain serta ubati sakit buah pinggang.


Ambil 2 atau 3 helai daun dan kisar dengan mesin blender bersama 30-50 helai daun belalai gajah bersama sebiji epal hijau. Tambah setengah gelas air minuman. Minum dua kali sehari - sebelum sarapan dan waktu malam.

Boleh rujuk kat artikel kat sini mengenai khasia


Nak mulakan cerita ni rasa sedih plak. Hari ni papa aku amik AL sebab nak bawak mak gi cari daun belalai gajah dan daun jarum tujuh bilah. Mak aku beriya nak sangat cari daun ni sejak 2 minggu lepas, selepas tengok Wan Mak Leh kat kampung sakit teruk. Mak nak buatkan jus dan beri sedara yang sakit minum. Ladang pokok herba ni kat Seremban, sampai jer situ pakai waze..Alhamdullilah x sesat. Alamat ni mak dapat dari bantuan cik google kat blog ni Laman web Tkc

Di sekeliling aku terdapat beberapa ahli kuarga yang sakit samada kanser atau penyakit 3 serangkai. Kebanyakkanya adalah dari kuarga angkat yang tiada pertalian darah. Mak aku adalah anak angkat sejak berusia sehari dan hati anak mana yang tak tersentuh bila tengok sedara yang di anggap kuarga sendiri bertarung dengan penyakit.

Wan Mak Leh (sedara angkat) ada sakit darah tinggi dan sakit jantung, doktor dah sarankan untuk wan buat operation jantung n kimo tapi wan redha dan tak nak buat ape2 rawatan operation kecuali medical check up biasa.

Aku ade maklong (sedara angkat) di kampung yang mempunyai pemakanan ganjil sejak kecil, walaupun status dia mak sedara, tapi umur dia baru 20 tahun, sejak kecik dia hanya makan ikan bilis goreng + keropok ikan + nasi. Dia langsung x consume bende lain sebab dia akan muntah balik. She's married & ada anak berumur 4 mths, tapi baru 2 years ni dia mengidap kanser. Doktor cakap sebab cara pemakanan yang kurang berkhasiat.

Anak maklong aku yang usia 4 mths ni pun baru menjalani pembedahan hati sebab hati tak berfungsi & tak boleh nak buang toksin. Tapi Alhamdullilah doktor cakap, masih early stage lagi, jadi peluang nak sembuh tu cerah. Sedih sangat tengok baby sekecil tu terpaksa menerima rawatan kat hospital setiap hari. Aku jumpe baby ni last week, condition dia memang agak lemah.

Arwah Wan Andak (sedara angkat) dulu alami kanser buasir stage 4, usia nya tak panjang selepas buat operation dan rawatan kimo.

Suami arwah Wan Andak, Pak Andak (sedara angkat) pun meninggal punca sakit yang sama,

Arwah Cik Lela (sedara angkat) meninggal dunia sebab kanser payudara stage 4, dia hanya sedar penyakit time dah stage akhir. Allah lebih menyayangi dia.

Mak ngah (sedara kandung) aku ada kencing manis yang kuat, sejak dia berurut dia terus alami sakit yang serius. Rupanya pesakit kencing manis tak boleh urut sembarangan, mak ngah tak tau dalam badan dia ada ketumbuhan bisul, nanah dah pun pecah dalam badan semasa berurut dan kuman dah merebak ke dalam sel darah. Apa pun ikhtiar masih cuba di cari, walaupun apa pun jawapan yang doktor berikan dia hanya manusia biasa. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha penyembuh.

Mak nak buatkan jus tuk mak ngah dan wan Mak Leh, kami cube ikhtiar apa yang mampu, aku berdoa agar Allah kurangkan kesakitan yang mereka alami sekarang. Banyak dah testimoni pesakit yang dah alami kanser stage 3- 4 beransur pulih selepas amalkan jus herba secara consistent. Jadi kami hanya berdoa dan berikhtiar.

Bila demam cikit pun aku dah rase sangat lemah ni kan pulak orang di keliling aku yang menderita kesakitan dan sedang berjuang melawan penyakit. Aku bersyukur atas rezeki kesihatan yang Allah bagi. Mak papa pun nak start amalkan minum air herba ni dari sekarang. Dan pokok ni pun nak di tanam bagi membolehkan sedara-mara dan jiran merasai sekali khasiatnya. Tapi aku... x minum kot, aku ni penakut. Kalau sakit yang dah teruk sangat sampai meleret berhari2 baru aku akan amik panadol or jumpe doktor. Cukup lah mase aku wat operation lasek mata hari tu kene makan pill pain killer, sleeping pills and strong pill pain killer. Tu pun aku skip banyak ubat ni. Yang lebih tu tersimpan sampai sekarang. Aku tahan selagi yang boleh. Tobat.. andai kata aku rabun balik masa tua, wpun warranty mata ni life time & operation next time adalah FOC, aku x nak la operate mata lagi. Aku cuti 3 minggu kot, sebab terlantar sakit. . sungguh x sangka Allah bagi aku kekuatan tuk lakukan operation ni. Pasni aku kene jaga kesihatan dan kene hargai anugerah kesihatan yang Allah bagi.. Alhamdullilah.. Sebenarnya insurance juga memainkan peranan yang penting...tetibe ..hu hu


Batu 7 Seremban

antara produk herba yang dijual



Mak & papa minum teh yang disediakan, yang tu pokok gelenggang elok tuk resdung dan jerawat

Pokok belalai gajah

Mak datin kecik



sebekas RM25, beli 4 FOC 1


Antara permandangan

Ladang tanaman besar sampai ke atas bukit


Setiap polybag RM10- pokok gelenggang, pokok belalai gajah, pokok daun tujuh bilah

Batang daun tujuh bilah, uncle bagi free 6 batang, boleh potong & tanam

Lepas dah potong dan tanam balik

Siap dah pindah ke pasu




27 March 2014

Tips: Tablet tak boleh on

As salam...

Tadi mak panik n naek ke atas dok panggil nama aku.. Aku plak ngah sedap tdo, termamai2..bagus gak la mak naek... dah nak maghrib rupenye. Mak ngadu tablet Asus ni tak boleh on. Tablet ni aku hadiah kan kat mak masa Hari Ibu last year. Aku ingat lagi papa aku bukan maen jeles time tu, tapi kira adil la papa pun aku bagi hp Samsung SII walaupun x semahal mana.

Aku pun panic gak tengok tablet ni x boleh on, sebab tak ingat mane aku bubuh receipt. Yelah tablet ni still under warranty, dalam pikiran aku dah terlintas nak gi Lowyat Plaza sebab kat tingkat atas tu leh claim warranty. Aku pun try on banyak kali tak boleh nyala, charge pun tak jadi..tukar charger pun x ok gak, pastu aku siap goncang2 lagi.. last2 aku guna bantuan cik google cari punca nyer. Penat gak la bace forum omputih.. macam2 tips. Hanya tips ni jer yang menjadi, rupenye senang jer..hu hu

" Hold the power button for about 30 seconds + touch the screen..."

Tekan power button tu tuk 30 saat dan pada masa yang sama jari ni sentuh ler kat bahagian screen. Kalu terlepas tak jadi. 3x gak aku try buat. Yela buat sambil baring mana x terlepas mase pegang tab...





dapat pun on..hu .. Sayang tau tablet yang comel ni sebab limited edition, susah kot nak cari color pink camni. Aku tawaf setiap tingkat kat low yat Plaza tu, sbb nak color pink gak. Kalu brand China banyak la color2, tapi takut x tahan lama plak. That why beli yang ni...

Alhamdullilah..seb baek ok. Sebenarnya punca jadi macam ni sebab tablet tu jammed. Kalau yang tak tau tu, gi hantar kedai silap2 kene la charge. Cara nak kurang kan jammed senang jer, bile tak gune off la. Mak aku tak pernah off dari tahun lepas. Terkejut aku dengar. Tapi mak cakap kadang-kadang ada ter off sendiri sebab battery habes tu pun ade la 2-3x. Boleh tahan gak tablet ni, mak aku dah la kuat tengok telemovie malay, lepas episod ni sambung plak episod lain. Aku ingat lagi time aku tengok movie Penanggal ngan En. Yd, 4 hari pastu mak aku cakap dah tengok kat tablet ni. Dia cakap dia tekan link kat facebook..hu. Tetibe rase rugi plak tengok wayang.. Tapi kan aku pun lebih kurang sama gak.. Note II aku ni pun x pernah off, kalu hang jer baru nak restart..he




Alhamdullillah...



10 March 2014

Resepi Mudah: Roti Pizza, Kacang Merah dan Sosej Pizza

As salam...

Semalam 9hb aku join kelas Roti & Cup Cake anjuran Penduduk Komuniti area rumah aku. Bayaran kelas cume 5 hengget jek. So aku pun join la walaupun terpaksa bangun pagi di hujung minggu...hu hu. Malam tu aku tido 3 jam sebab dok mengikuti perkembangan flight MH370. Sama-samalah kita doakan ea. Aku sedih sampai terbawak-bawak ke mimpi. Moga Allah melindungi semuanya..Amin..

Ok kita sambung semula... kelas ni best gak siap de makan-makan; yang disediakan nasi impit, kuah kacang, lontong, kuih muih air bandung dan teh. Sumbangan adalah dari pihak surau Hidayah bertujuan untuk suai kenal antara penduduk. Aku terpaksa makan tuk hilangkan ngantuk sebab da terlentuk-lentuk masa tu. Peserta yang join kebanyakkan wanita, lelakinye ciput jek. Area rumah aku ni aktiviti komuniti boleh dikatakan active. Antara aktiviti yang ada seperti sukan neka, aktiviti makan durian, majlis kenduri raya, kelas silat cekak, kelas mengaji kanak-kanak dan dewasa, bola tampar wanita, senam robik, bacaan yassin, ceramah agama, gotong royong dll. Bayaran so far aku tengok bawah RM20. Next time aku nak join senam robik la pulak, bayaran pun 5 hengget gak. Yang best nye ape-ape info penduduk dapat tau dari facebook komuniti, so senang lah nak tau aktiviti yang update.

Berbalik pada kelas tadi, Chef Sheila ni mempunyai Bakeri sendiri di Shah Alam dan di jemput untuk mengajar kami semua dan di bawah tu name card dia. Boleh calling2 kalau nak order roti dan cake. Dia ajar cara mudah step by step untuk buat doh asas dan cup cake. Aku join ni pun sebab nak belajar buat roti, yang cup cake memang dah tau..he.. Memang banyak kali aku review kat utube, tapi x confident nak buat. Lepas dah belajar face to face ni, baru la de confident nak buat sendiri.

Chef beri keterangan step by step , aku dok belakang sekali sebab datang lambat :p


Roti dan cup cake yang da siap

Antara peserta yang join

So hari ni aku pun cubalah, sebelum aku lupa dengan teori bun manis ni. Kelas roti tu berjalan 4jam tuk 2 jenis masakan. Tapi aku amik masa dekat 6jam kot tuk roti sahaje, lembap cikit, orang baru nak belajar katakan..and somemore takde mixer. So uli manual and my oven also comel jer size..kui kui kui..:p. Resepi sangat mudah tak sampai sepuluh hengget tuk roti yang banyak-banyak ni.

*********************************************

Resepi Bun Manis


Bahan A (kacau sebati biar 15minit)
Yeast 1 peket- 11g (cari label yang halal ea)
Air suam 1 suku cawan
Gula Castor 2 sudu
Susu tepung 2 sudu besar

Bahan B (gaul untuk uli)
Tepung gandum 650gram
Butter 110gram
1 biji telur size B
Garam 1 sudu kecil
2 sudu minyak

Bahan C
Telur kuning + susu cair sedikit

*********************************************


Cara penyediaan 
Bila Bahan A dah berbuih campur bahan A ke Bahan B. Uli sepuas2 nye sampai roti tu lembut membulat dengan cantik dan tak mudah terkoyak. Aku takde mixer yang besar, Kalau pakai mixer cake yang kecik tu mau patah besi pengacau tu. So korang uli lah sampai penat ea.

Bahan-bahan, senang memang dah de kat dapur mak..hu hu


Bahan A yang di kacau rata

Yeast yang dah mengembang
Anak buah dok nyibuk nak main masak-masak kate nyer


Uli lah sampai mengah ea

Dah habis uli, tutup dengan plastik biar 45 minit

See..dah membesar 2x size


Bahan C kacau sapu atas roti kemas-kemas sebelum bakar untuk kekuningan yang cantik

Uli bulat-bulat letak inti kacang merah, yang paling besar tu budak kecik ni buat, jangan lupe sapu bahan C, biar setengah jam sebelum bakar

Boleh ubah bentuk roti sosej

Sosej pizza, tak berapa nak kemas..men hentam jer buat, leh tengok utube untuk tutorial bentuk ni

Untuk toping  sosej pizza, boleh hias sayur campur + mayonis

Sampai tertumpah bahan C, biar setengah jam supaya roti naik lagi- doh dah semakin mengembang ni

Bakar pada suhu 180 darjah celcius 18 minit, kat kaca oven ni pun de instructions

Tengah2 bakar boleh pusingkan dulang depan ke belakang supaya masak sama rata

Pakai tudung periuk jek, sebab dulang oven de 1. Nak lagi cantik berkilat, time panas-panas ni leh sapu lagi mentega nipis-nipis


Mak aii..lepas bakar size nak sebesar dulang da, tak reti bajet size ni..he..adoii..lupa letak sos sebelum bakar. Mewah pulak topping ni..kenyang habess






Siap packing, sedia tuk bagi jiran sebelah sementara panas ni..he
Tips
- Proses kembangkan yeast tak boleh ada garam, garam boleh mematikan yeast dan doh takkan naik
- Boleh letak bread improver (S500 Actiplus) untuk roti tahan lebih lama dan lembut
- Yeast cari yang halal, sebab kat bakeri de brand yang non halal
- Boleh pakai tepung roti (high protein), tapi berat sikit la mase menguli, so penat sikit
- Boleh mix tepung gandum dan tepung roti
- Sapu butter or mentega kat tray supaya roti tak melekat
- Bahan C make sure takde telur putih, supaya permukaan roti tak keras
- Kalau ade bread improver, doh boleh simpan sampai sebulan kat freeze
- Chef cakap roti yang beli kat bakeri kalau dah keras means dah masak 2 hari ke atas


Cadangan Inti
- Kaya (keraskan lu dalam freeze sebelum uli)
- Kacang merah
- Sosage
- Sambal sardin
- Sambal bilis
- Kelapa
- Coklat
- & apa-apa yang boleh masuk dek akal ea .. :p




.