NUFNANG

19 October 2013

Lasek surgery at Advance Vision


Alhamdullilah..
Ya Allah. Syukur atas nikmatMu. Aku masih di beri peluang untuk melihat dunia yang penuh dengan keindahan dan warna warni. Tertunai pun hasrat si gadis rabun ni nak jadi celik. Aku dah pun buat surgery mata pada 11 October. Walaupun vision aku masih 70% aku masih mampu menaip dan melihat dengan terang. Memang takes time untuk mata aku recovery sepenuhnya. Doktor cakap boleh sampai ke 6 bulan untuk vision ni betul-betul clear. Baru 2 hari aku dapat lihat pc sebelum ni lagi kabur sangat-sangat. Rindu nya nak membaca membuak-buak..hu hu. Memang ngeri dan sakit untuk tempoh 5 hari selepas Lasek surgery. Kakak ku yang buat Lasik surgery hari yang sama hanya pedih mata 2 hari sahaja. Nak buat macam mana kornea mata aku tak mengizinkan aku buat Lasik surgery yang biasa. Ini semua gara-gara aku pakai hard lens yang aku tempah khas kat Focus Point, taubat dah.. . Aku nasihat kan korang takyah pakai hardlens. Kornea mata akan berubah jadi makin cembung (bukan buntal k..) so untuk buat surgery  pilihan yang ada adalah Lasek surgery. Sebab nya kornea yang cembung doktor tak boleh nak buat flap. Meh aku cerita apa perbezaanya . Lasik surgery vs. Lasek surgery.
 

Lasik Surgery
Sumber dari wikipedia.
Lasik or Lasik (Laser-Assisted in situ Keratomileusis), commonly referred to as laser eye surgery or laser vision correction, is a type of refractive surgery for the correction of myopia, hypermetropia, and astigmatism. Susah pulak ek nak translate ke malay.

Lasik ni kaedah untuk memulihkan mutu penglihatan bagi mengatasi masalah rabun jauh dan juga masalah silau pada mata. Lasik menggunakan surgical blade untuk buka flap pada mata. Ngeri kan aku dah tengok sendiri kaedah yang sama Prof Muhaya buat pada mata mak. Selepas flap mata di buka, laser di gunakan untuk menipiskan lapisan kornea. Selepas lapisan kornea dah nipis mutu penglihatan akan bertambah baik.


Lasek Surgery

Sumber dari Online
Lasek surgery consists of creation of epithelial flap with alcohol then corneal ablation with laser.

Lasek surgery mengunakan sejenis alkohol. Lapisan kornea di luar sekali akan di kikis dan di buang dan dilembutkan dengan alkohol. Bila kornea mata dah lembut doktor akan kikis atau scrap kornea tu. Selepas mata di laser doktor akan letak contact lens sementara untuk melindungi kornea. So dengan lasek, tak akan ada risk flap terbuka or luka.



 
Bermulalah satu penyeksaan
Doktor dah berpesan kat aku selepas surgery mata aku akan jauh lebih sakit dari kakak aku. Ada  setengah patient memang tak boleh tahan dan terpaksa ambil  pain killer. Aku budget sakit ni biasa-biasa jer. Tapi aku pelik jugak sebab aku dapat banyak pil yang akak aku tak dapat. E.g pain killer, strong pain killer,  panadol, vomiting pill & sleeping tablet. Akak aku just dapat sleeping tablet & panadol je.

Mata aku bengkak tak ingat sampai tak boleh bukak mata. Air mata mengalir tanpa henti. Dah macam tengok drama sedih pulak.Mata ni rasa di cucuk-cucuk, ditoreh-toreh dengan pisau. Gatal pada mata  pulak tak ingat. Dengan demam, sakit kepala dan batuk nye. Ya Allah.. seksa sangat. sampai aku bagitau mak aku menyesal buat surgery. Mak asik tenangkan aku jer.



Ok meh sambung balik. Hari ke-2 after surgery aku pergi balik Advance Vision dengan keadaan mata membengkak dan demam. Doktor tengok keadaan aku teruk dia bagi aku mc direct 7 hari. Akak aku Mc 4 hari sahaja. Huh.. memang puas cuti aku kali ni dari 8 Oct sampai 23 Oct. Memang berehat sangat mata aku ni. Kesakitan yang aku alami buatkan aku tak berani nak bukak mata, meragau-ragau berjalan dalam rumah. Bila mata ni di bukak mula lah drama air mata bermula. Setiap kali kelip mata, Allah je tau sakit dan pedihnya mata aku. So far aku ambil sleeping tablet memang tak beri effect. Tak boleh tidur lagi ada. Hanya strong pain killer pill je yang dapat buat aku tidur dengan lena.

Selepas hari ke-5 aku pergi balik ke Advance Vision untuk tanggalkan semula contact lens ni. Time tu lah aku dapat rasa nikmat yang Allah bagi tu bermula. Mata aku dah tak gatal. Keesokkannya bahagian atas & bawah mata yang bengkak ni makin surut. Merah pada mata aku pun semakin kurang. Doktor lagi sekali buat eye test kat mata aku. Mata kanan vision aku dah 70%. Mata kiri 50%. Sebabkan mata tak berapa nak clear ni aku masih pening- pening kepala. Aku tengok tv sekejap clear sekejap kang kabur. Last-last aku off tv dan tidur. Ikut pengalaman aku bila aku dah titis ubat-ubat doktor ni mata aku makin rabun dan kabur. Lepas 30 minit ok balik. Aku hairan, bila aku tanya kat kakak aku dia pun ada pengalaman yang sama. Tapi dia lagi teruk, lepas titis ubat mata hampir 2 jam tak boleh tengok pc. Agaknya aku pun sama nanti. Bila mata aku kering semuanya nampak clear, tapi pedih lah pulak, sebab tu kene titis ubat mata ikut jadual.

Lepas dah tanggalkan contact lens ni baru lah rasa penyesalan selepas buat laser mata ni dah hilang sendirinya. Aku rasa perubahan besar dalam diri aku. Aku bebas bergerak tanpa spec. Tengok jam dinding pun takyah kenyit mata lagi. Ingredient kat apa-apa makanan pun aku boleh baca dengan jelas. Aku sendiri tak sure berapa vision mata aku sekarang. Yang pasti setiap kali aku bangun tidur aku rasa perubahan mata aku semakin terang. Next appointment kat Advance Vision ni 22Oct. Time ni doctor akan buat eye test kat mata aku lagi.

Nasihat pada semua, pada korang yang mempunyai penglihatan mata yang terang dan jelas jagalah sebaik-baik mungkin. Hargailah aset yang ada ni. Mata ni bukan boleh di beli kat mana-mana, ni aset yang tak ternilai Allah bagi pada umatNya, aku bersyukur sangat atas nikmat pemberian Allah. Terma kasih ya Allah, kerana masih beri aku kesempatan untuk terus melihat keindahan dunia ciptaanMu...

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *   






 















Sekian saja bebelan mengenai mata & mata..
Lasek surgery vs Lasik surgery





23 comments:

  1. salam. boleh sms o whatsapp tak kos lasek tu. tq

    ReplyDelete
  2. Wsalam. dalam entry ni dah tulis dah cost lasik
    http://expressomoments.blogspot.com/2013/09/si-gadis-rabun-berangan-nak-jadi-celik.html

    ReplyDelete
  3. great entry..tq for sharing..really helps a lot... =)

    ReplyDelete
  4. Saya nk tanya mcm mana nak mandi?? Kalau 3 minggu xleh kena air..

    ReplyDelete
  5. Kalau mata xboleh kena air...mcm mana nak mandi n solat... Tolong bagi tips boleh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kebetulan time tu sy dtg bulan.. so slmt.. pd yg lelaki mungkin bole gune cara tayamum.. tp hati2 ea jgn habuk masuk mata or sile rujuk pd ustaz or ustazah.. sy bkn pakar agama

      Delete
  6. Hii.. i pun baru lepas buat tau. Dh bukak contact lens. Tp vision on my right eye still kabur. Mmg slowly baik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 bulan pertama mmg vision x stabil.. alhamdullilah da skrg ni 11 bulan da.. vision da stabil. Pandangan sangat clear

      Delete
  7. Assalam sis..apa beza hard lens dgn softlens sampai sis tempah2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai siti.
      power mata sy sebelah 400, sebelah lagi 500
      pastu silau pun laen2 power.
      klu beli lens siap mmg susah lah. lens mmg xde silau tuk rabun sahaja
      sbb tu sy tempah klu x pening kepala sebab power x sesuai.
      Alhamdullilah lepas da laser mata ni..rase bebas, xde mata pedih pkai lens lagi

      Delete
    2. oh ye ker...x la byk sgt power awak..sy lagi la raun...dah 900++ dah...silau saya x de masalah sangat...cuma saya risau x boleh buat lasik sebab saya pkai contact lens dah terlalu lama...cumanya saya pkai contact lens biasa...x perlu tempah khas pun...mcm sis ari tu buat lasek kan...kakak sis yg buat lasik...klu boleh saya nak buat lasik...nak pergi prof muhaya tapi mcm mahal sgt la

      Delete
  8. Siti. Sy x recommend sgt kt prof tu unless duit bnyk. Sy anta mak gi ctu.. sbb tmpt yg sy gi kt advance vision dia limitkn power bwh 1200 & umo below 39. Bgs nye kt cini ade 6x follow tuk medical check up sec foc. Pastu klu mata rabun semula selagi mata tu maseh bole wat surgery and below 39 adalah foc. Lgpun sng sgt nk berurusan. Just kol jer.


    my mom mata pedih after 3mths. So sy bwk la gi prince court.. checking plus 3 eye dropped price almost rm500 . Ni tuk bekalan mata 40days. Seb bek de bwk credit card. Mne nk cekau cash. Pastu suh dtg lg after 40 days tuk repeat ubat. Ubat hrge rm370 x silap. Cini mmg mhl. Sbb facilities rm14. Byrn meet prof rm80.

    ReplyDelete
  9. Did lasik in excelview midvalley..Vision is not good.. Night vision is terrible with glare, haloes and starbust. It is so real.. please share with others. Be responsible and spread love.

    ReplyDelete
  10. Salam, nak tanye.. skarang mata masih ok ke? Prefect vision lg ke? Mata kering x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..mata mak saya kadang2 masih kering, mgkin factor usia. tp kami 3 beradik yang buat eye surgery semua dah pulih 100%

      Delete
  11. Salam Ayu, lepas berapa bulan full recovery? Perfect vision tu.

    ReplyDelete
  12. awk lama tak nak tanggung sakit lps lasek?or lps bkak lens sakit terus hilang?nak buat bln 9 ni tapi bila baca,seriau lak

    ReplyDelete
  13. salam,awk lama tak nak tanggung sakit lps lasek?or lps bkak lens sakit terus hilang?nak buat bln 9 ni tapi bila baca,seriau lak

    ReplyDelete
  14. Salam kak. Salam kak. Saya nak buat lasik kat advanced vision ni bulan 10 utk yg harga RM2888. Nak tanya, ada apa-apa side effect tak sekarang ni? Tq

    ReplyDelete
  15. Salam..Nak tanya..intra lasik ada x? Yg xperlu blade

    ReplyDelete

.