NUFNANG

22 March 2015

Shopping goodies before GST

As salam...
Aku susah payah spend duit beli goodies awal-awal sebab nak elak gst. Majlis nanti tak lah besar mana, jadi aku budget goodies tuk 700 orang. Penuh tangga aku ngan barang-barang. Nasib parents ngan En. Tunang tolong aku beli barang sekali..hu




Aku ngan En. Tunang, sajer try pack, try2 pun dapat packing 4 carton (96 box).



Anak buah sorang ni dah dapat lutut, dok kaco jer bdk tonet ni



1. Box doorgift
Box doorgift ni, aku beli kat kedai barang Kek Bagus di Seksyen 13 Shah Alam. Beli banyak so dapatlah harga RM0.22 per pcs



Pastu aku tampat sticker jer. Aku beli kertas sticker ni kat Mydin. 10helai RM1.90. Print jer pakai printer murah ni, nasib dah install CISS, kalau nak beli dakwat ori memang tak terbeli..hu



2. Air Kotak
Air kotak ni aku beli masa perayaan Hari Cina. Murah, time tu baru RM10.50 (1 Carton)  kat Tesco Shah Alam. 1 Carton ade 24 kotak, so 1 air kotak jatuh harga RM0.43. Time tu aku beli 10 carton jer sebab keta dah penuh muatan. Brand pun ok, brand Drinho, nyesal tak sudah sebab tak beli banyak lagi, lagipun expiry next year.

Sekarang ni aku beli lagi 20 carton kat kedai borong makanan ringan kat Taman Sri Muda Shah Alam, harga beza sangat, aku dapat RM14.50 per carton, kenaikan 50% taww.. Tu pun bukan brand Drinho, dapat brand Delight. Nak beli yang Drinho lagi mahal harga RM18 kat Tesco.




3. Buku Yassin
Yassin custom made yang pink purple tu aku buat 150 pcs. Ni untuk sedara mara. Belakang yassin tu aku masukkan nama arwah sedara mara pihak perempuan. Yassin ni harga RM90 kad Fb: Kad Borong KL. Mereka bagi 152pcs. So jatuh harga RM0.59 per pcs. Design ni pilihan dari En. Tunang. Pandai dia pilih, memang cantik, sama tema color majlis aku nanti.




Yassin color hijau ni aku beli kat Mydin USJ. Aku beli 100pcs. Harga per pcs RM0.80. Di belakang kulit depan yassin aku tampal sticker nama-nama arwah dari keluarga lelaki. Yassin ni tuk majlis pihak lelaki. Kami cadang untuk buat doa selamat jer time tu.



4. Swiss Roll/ Pie Cake/ Biscuit
Yang ni aku beli RM5 per carton. Each carton ade 24pcs. So harga per pcs RM0.20. Nak beli banyak tak dapat sebab takda stock. So aku campur-campur stock pelbagai perisa.

Total 720 pcs patutnya RM143. Tapi masa bayar tu tokey tu cas harga RM138.70. If RM138.70 divide dengan 720pcs. Each jatuh harga RM0.19 sahaja.Aku datang lewat, kedai dah tutup separuh. Resit pun tak bagi. Dia lebih kurang jer. Next week nak datang lagi, nak beli air kotak dari kedai ni.

 
Double Choco ni RM5- Taman Sri Muda

Swiss Roll RM5- Taman Sri Muda

Biskut Delio RM4.30 - Taman Sri Muda

Disney Cake RM3.99 - Giant

Sweet RM12 - Taman Sri Muda

Lollipop RM4.50 - Taman Sri Muda

Apollo RM5- Taman Sri Muda

Giant
Yang ni yang aku survey kat Giant Putra Height, Swiss Roll/ Apollo aku beli kat kedai borong baru RM5/ Carton (24pcs). Kat Giant dorang offer RM7.89, mak aii mahalnya. Yang ada murah pun yang cake brand Disney tu, tu pun aku beli 6 carton jer flavor Strawberry dan Coklat. Yang lain semu Milk, agaknya Giant nak clearkan stock sebab tu yang ni murah, tu pun nasib baek de cikit yang tinggal. Harga sweet yang RM12 tu Giant jual RM13.99. Hu hu..mahal betul harga barang kat Giant.


5. Kain Pelekat
Kain pelekat ni permintaan papa aku. Dia nak bagi kat geng-geng dia (pakcik2 jiran cini). Yang ni aku beli 40pcs kat Jalan Tar. Harga boleh tahan..hu









6 comments:

  1. Salam..boleh email saya alamat kedai dekat taman sri muda tu?sedang mencari air kotak dan makanan ringan untuk goodies.. syazgreen89@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam...boleh x email kat sya alamat kedai taman sri muda tu...sy tgah mencari untuk knduri....tq... diyanarosli1993@gmail.com
    Please

    ReplyDelete
  3. Salam..boleh email x alamat taman sri muda tu kat mana...sy tgaj mencari untuk knduri...Please... diyanarosli1993@gmail.com...tq

    ReplyDelete
  4. saya pon nak alamat kedai kt tmn sri muda tu....boleh emel x? z.ismerra@gmail.com

    ReplyDelete
  5. xde alamat la awk..kedai dekat2 ng mydin sec25

    ReplyDelete
  6. Hai bride to be, bakal pngantin sekalian!!!!

    Kami ada menjual door gift dengan custom made design, siap cetak boleh letak nama pengantin, tarikh, ucapan, gambar dan sebagainya dengan harga murah dan berpatutan.


    ~ Surah Yasin Custom Made
    ~ Buku Doa Amalan Harian Custom Made
    ~ Tasbih Mini
    ~ Kalendar Mini
    ~ Wedding Guest Book
    ~ Wedding Photo Props

    Hubungi Kami Untuk tempahan dan Maklumat Lanjut
    sms/whatapps : 0127164176
    https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
    http://cutecreativecreation.blogspot.com

    ReplyDelete

.