Aku call en.Yd dan maklumkan berita ni, dia gembira sangat. Dia doakan aku, dia nasihatkan aku jangan terlalu pikir pasal duit, Allah akan sediakan sediakan rezeki dan mudahkan urusan aku. Dia minta aku bersyukur jangan sebut perkataan 'tak bersedia lagi'. Sebelum ni aku memang excited sangat nak buat barang hantaran. Terus aku simpan semua barang-barang. Aku nekad aku hanya akan buat selepas aku balik Umrah nanti. Tunang pun akan aku tangguhkan. Persediaan tunang bukan lagi priority untuk aku tapi ilmu untuk aku pelajari cara mengerjakan Umrah.
Papa macam biasa serahkan tugas kat aku untuk uruskan hal agency dan pembelian barang kelengkapan. Sebabnya cuti aku flexible boleh tukar-tukar dengan kawan sekerja. Nak pergi Umrah better pilih agency yang berdaftar dengan kedutaan Arab Saudi. Tapi tak semua agency yang tidak berdaftar tu tidak selamat. Banyak je agency yang hanya berdaftar dengan kementerian perlancongan yang tawarkan pakej umrah, tapi aku aku prefer yang berdaftar sebab agency ni lebih berpengalaman dan secured. Dalam list aku ada 3 agensi ni yang terbaik dan dekat dengan area rumah aku. Semuanya bercawangan di Shah Alam;
ANDALUSIA Seksyen 7,
AR-RAYHAL TRAVEL, Seksyen 11 dan
TIRAM TRAVEL, Seksyen 14.
Aku dan mak survey ke setiap agency untuk bertanyakan pakej serta extra cas yang dikenakan. Kesemua pakej dan harga tak sama dalam leaflet. Harga yang di letak dalam leaflet adalah untuk bilik beramai-ramai. Macam papa dia nak kami bertiga je dalam bilik so harga dah berubah banyak kat situ. Papa kurang selesa berjauhan dengan mak dan anak. Aku pun risaukan keadaan papa yang selalu sakit-sakit. Papa ada kencing manis. Sekarang ni dah siap kene ambil insulin. Jadi better kami sebilik dapatlah kami urut papa dan uruskan ubat-ubat papa.
** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * **
Review: Andalusia Travel
Untuk Andalusia harga memang murah. Serendah RM4890. Hotel ke Makkah dengan jarak 200 meter bagi penginapan di Hotel Mubarak Silver.Tapi penginapan Hotel ke Makkah agak sedikit jauh. Ada beberapa hotel yang ditawarkan. Hotel ni jemaah memang tak boleh nak pilih. Secara random je, pihak agency pilihkan untuk jemaah. Dan semua penerbangan memang ada transit.
Jarak hotel ke Makkah.
Wardat Aqyat jarak 450meter,
Hera’ Palace jarak 690 meter,
Nada Khalil jarak 690meter,
Royal Sultan jarak 400meter.
Di sebabkan jarak agak jauh aku bertanya ada tak pakej yang berhampiran dengan masjid. Sememangnya ada pakej ini, penginapan yang ditawarkan adalah di Hotel Makkah Hilton Towers yang jaraknya hanya 50 meter sahaja. Harga RM6590 seorang untuk bilik berempat. Jika memilih untuk bilik bertiga harga bertambah sedikit. Pakej termasuk umrah 3x, makan dan minum 3x, beg cenderahati, air zam-zam 10liter. Harga berbeza mengikut flight yang dipilih:
Flight dengan Air Asia RM6990 seorang
Flight dengan MAS RM7290 seorang
Flight dengan SAUDI AIRLINES RM7290 seorang
** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** **
Review: Ar RayHal Travel
Tak banyak yang aku boleh bualkan mengenai Ar-Rayhal. Mulanya aku tengok harga dah siap untuk bilik bertiga dan jarak hotelnya dekat tapi pakej ini menyediakan breakfast sahaja dengan harga RM6750.. Untuk Pakej yang 3x makan harga RM7390. Penerbangan yang disediakan adalah dengan Charter flight tanpa transit dan ziarah. Pakej termasuk umrah 3x, agency turut menyediakan beg cenderahati, makan dan minum 3x dan air zam-zam 10liter.
** * ** ** * ** ** * **** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** **
Review: Tiram Travel
Tiram travel menyediakan pakej murah berharga RM4890 untuk 40 orang terawal mendaftar. Alhamdullilah, aku antara yang terawal. Memandangkan bulan Januari dah penuh jadi aku pilih bulan Februari. Itu pun tak banyak kekosongan cuma 5 tempat sahaja untuk tarikh 15 Feb. Alhamdullilah, Allah mudahkan lagi urusan kami. Pakej ini adalah untuk bilik berlima atau berenam. Bagi pemilihan bilik bertiga seorang adalah RM6190. Sekiranya tanpa promosi harga adalah RM6970. Aku call agensi Tiram di KL, tapi harga yang ditawarkan lain RM6390. Aku pun tak paham kenapa harga berbeza.
Penerbangan yang ditawarkan adalah dengan Charter Flight tanpa transit dan ziarah. Pakej adalah untuk 12 hari 10 malam. Bayaran deposit RM300 dan bayaran akhir perlu dijelaskan sebelum 45 hari penerbangan. Penginapan terletak di hotel Zam-zam tower - 5 bintang yang jaraknya hanya 50 meter ke Masjidil Al-Haram.
So akhirnya aku decide untuk memilih Travel Tiram agency. Selain dapat berjimat sedikit. Umrah yang disediakan adalah untuk 4x, makan dan minum 3x, beg cenderahati dan air zam-zam 10 liter. Selain itu agency menyediakan suntikan Vaksin 'Meningococcal Meningitis (ACYW135) pada harga RM130 sewaktu kursus umrah.
** * ** ** * ** ** * **** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * ** ** * **
Pemilihan hotel yang dekat
Aku tercari-cari pakej yang menyediakan hotel yang dekat dengan masjid sebab aku memikirkan mak papa aku yang dah tua. Bagi aku yang muda ni takpelah aku boleh berjalan jauh. Lagi pun duit boleh di cari yang penting mak papa aku sihat untuk mengerjakan umrah. Papa ku mempunyai kencing manis, sakit sendi dan lutut, mak pula ada darah tinggi dan seringkali sakit pinggang. Aku hanya harapkan yang terbaik untuk kedua orang tuaku. Semoga mereka selesa beribadah di tanah suci. InsyaAllah aku niat nak pergi lagi Umrah bila dah bersuami dan bermahramkan suami. Kali ini pun aku syukur aku dijemput pergi bermahram kan papa. Korang boleh baca komen dari Ustaz Iqbal Safwan yang mana aku merujuk pada blognya. Tapi aku ringkaskan ayatnye. Kalau nak baca full artikel boleh terus ke blog ni .Iqbal Safwan
Semasa di tanah suci ada Jemaah yang mengeluh hotel penginapan jauh dan sehingga ada yang sanggup membayar wang tambahan untuk tinggal di hotel yang dekat di masjid. Menjadikan kos double di sana.
Jika hotel jarak 500 meter, ulang alik ke masjid dah 1 km. Solat fardhu 5x sehari, menjadikan jumlah berjalan kaki 5 km. Belum ditambah lagi dengan jalan kaki membeli barang di sana dan jarak berjalan kaki antara Safa dan Marwah sebanyak 4 km.
Fokus utama untuk beribadat, memperbanyakkan tawaf dan solat sunat. Hotel jauh menyukarkan jemaah bangun tengah malam menunaikan solat sunat di Masjidil Haram.
Hotel dekat memudahkan Jemaah berulang alik mengambil wudu’ jika terbatal. Mengambil wudu’ dihotel lebih mudah dari mengambil di dalam masjid.
Kebanyakkan Jemaah tak dapat solat penuh 5 waktu dalam masjid kerana agak jauh dan solat di hotel sahaja.Sebenarnya setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Kebanyakkan sedara-mara aku yang duduk di hotel yang jauh masih mampu mengerjakan Umrah dengan baik. Malah ada pakej yang menyediakan pengangkutan van setiap kali solat fardhu. Dekat tanah suci nanti perbanyakkanlah doa supaya Allah berikan kesihatan yang baik dan permudahkan urusan ibadah nanti. Siap ada di antara yang bagi pendapat jarak jalan kaki ke masjid sama dengan masa laungan azan berakhir. mereka juga tak menafikan sememangnya penat dan better pilih hotel yang dekat. Ada juga yang memberi idea untuk kluar ke masjid awal, jadi sepanjang perjalanan pergilah singgah membeli barang di kedai-kedai berhampiran jadi tiada la terasa kepenatan sangat ketika berjalan. Sememangnya aku tak kisah mengenai pakej atau sebilik beramai-ramai dengan jemaah lain di hotel. InsyaAllah aku berniat nak pergi bermahramkan suami nanti.
Aku banyak membaca blog mengenai pemilihan agensi umrah. Pelbagai pendapat dan komen yang positif dan negatif mengenai 3 agensi pililhan ini. Bagi aku semua orang mempunyai pendapat yang berbeza. Ikhlaskan lah hati supaya perjalanan selamat pergi dan balik. Apa-apa kekurangan bolehlah berbincang dengan pihak agensi agar mereka boleh menambahbaik pulih perkhidmatan mereka di masa datang. Coretan ini hanyalah sekadar berberkongsi dan juga rujukan untuk aku di masa akan datang. Di harap perkongsian ini memberi manfaat dalam pemilihan agensi.
Assalamualaiku..pe khbar..just akak nk tnya de dgr x mngenai tiram travel di tmpat adik,tmpat akak smua pnerbagan pd dec & jan tangguh,pnerbagan akak feb msih x tau cite.
ReplyDeleteWaalaikummussalam.. Kabar baik kak
ReplyDeleteFlight memang akan tangguh, hotel pun di tukar.
Sy dan parents xnak lebih bnyk masalah timbul jadi kami dah cancel last week. Masih menunggu lagi document ngan refund dari agensi
Assalamu'alaikum wrt wbt
ReplyDeleteUtk dpt refund kena constant follow-up & push hard... kalau x nnt lmbt dpt lmbt lah dpt pergi buat umrah.
Utk umrah berikutnya better guna agensi yg kecil bilangan jamaah yg di hantar coz agensi sebegini akan jaga jamaah dari sini smpai di sana nnt.
Ttg pilihan hotel.. boleh request agensi berkenaan nnt utk special booking hotel yg berdekatan. Yg reasonable & x jauh dlm 100 meter ialah Al-Masa.
Pakcik baru jer balik. Pengalaman anak sdh pakcik lalui di bulan Disember ari tu.
As salam... terima kasih pakcik
DeletePakcik ada suggestion ker agensi mana yang baik. Saya dah dapat refund.
Memang susah sangat. Mereka cakap saya hanya bayar deposit dan berhutang sedangkan saya dah buat full payment pada Nov. Saya terpaksa hantar bnyk email dan attached bukti dan buat report. Pihak cawangan seolah lepas tangan minta sy hubungi sendiri HQ untuk refund. Dan passport parents saya lambat sampai,hanya passport saya yg dihantar ke cawangan. Saya bersyukur tak mengikuti agensi ini sebelum bnyk lg mslh timbul. Tak tau macam mana pengurusan kelam kabut. Setiap kali kol jawapan berbeza.
salam..betul ke tiram trave memberi penginapan di hotel zam-zam seperti yg tercatat di flyers atau di tukar di saat2 akhir...kalau benar alhamdulillah..
Deletesy pun kena mcm tu..last2 kena tukar hotel..insyaallah kali ke 2 tuk 2015 ni sy nk ikut tabung haji..ramai yg sy jumpa di sana ikut tabung haji puas hati..hotel pun sebelah menara zam-zam.50 meter je..
Deletewsalam, zam zam travel tukar hotel tnpe pengetahuan kami,. tu pun sy tau bile tgk ramai komen kt FB, sebab tu sy dah batalkan. Alhamdullilah duit refund pun dah dapat. T.khs ea tuk feedback
Deletesalam.. saya rase zahafiz travel pn ok sbb sy pergi dgn zahafiz..kalau awk dah pergi bole suggest x travel agensi lain mane yang best
ReplyDeletewsalam.. blm pergi awk. sy cadang thn dpn pergi. moga dr rezeki dari Allah
ReplyDeleteSalam sy cadang nak g hujung thn nie. Pon masih tercari2 travel agensi, ada yg kata amek travel agensi bsar dan kukuh, ada yg kata amek yg kecil. Bkn pe sbb bwk ayah yg xsihat, takot juga kan ttba tukar hotel ke. Rayhar xok ke awk?
ReplyDeletewww.ourlovebonding.com
ambil dengan harmoni excellent... memang tip top... bos yang mesra alam...
ReplyDeletesaya berpengalaman menggunakan khidmat Andalusia beberapa kali..Alhamdulillah amat memuaskan hati dari semua segi..sy bekerja di travel agency.pada pandangan saya pilihlah agensi yang besar dan teliti dalam pemilihan..antara yg boleh saya cadangkan adalah Andalusia, Poto travel dan juga Wira Saujana.
ReplyDeleteSalaam
ReplyDeleteMakcik pergi umrah dengan Zahafiz (sama macam Ziera)...
Tadi dah tulis, as Anon. lepas tekan publish dia hilang...
Tq for d sharing ye ms ryu..Insyaa Allah kami sekeluarga akan mengerjakan umrah dgn rayhar awal bln depan..parent & adik2 saya dah pernah pergi dengan rayhar tahun 2013 tu yang diorang recommend sangat2 tu..doakan perjalanan kami dipermudahkan ye..:)
ReplyDeleteMasya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.
ReplyDeleteAnway, bagi jemaah wanita saya suka sarankan untuk menggunakan Tudung Werda SOLAT-READY . Tudung ni sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.
Semoga ibadah kita dapat dilakukan sebaik--baiknya...Insya Allah
Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?
Umrah - Haji & Urus Harta Pusaka
ReplyDeleteKami menyediakan khidmat nasihat eksklusif dan dokumentasi untuk mereka yang mahukan solusi perancangan urus harta pusaka mengunakan instrumen Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian dan lain2 berdasarkan keutamaan dan keperluan client.
Call saudara Khaidir Zakaria ditalian 011 3292 8711 untuk maklumat lanjut. Tq.