NUFNANG

10 March 2014

Resepi Mudah: Roti Pizza, Kacang Merah dan Sosej Pizza

As salam...

Semalam 9hb aku join kelas Roti & Cup Cake anjuran Penduduk Komuniti area rumah aku. Bayaran kelas cume 5 hengget jek. So aku pun join la walaupun terpaksa bangun pagi di hujung minggu...hu hu. Malam tu aku tido 3 jam sebab dok mengikuti perkembangan flight MH370. Sama-samalah kita doakan ea. Aku sedih sampai terbawak-bawak ke mimpi. Moga Allah melindungi semuanya..Amin..

Ok kita sambung semula... kelas ni best gak siap de makan-makan; yang disediakan nasi impit, kuah kacang, lontong, kuih muih air bandung dan teh. Sumbangan adalah dari pihak surau Hidayah bertujuan untuk suai kenal antara penduduk. Aku terpaksa makan tuk hilangkan ngantuk sebab da terlentuk-lentuk masa tu. Peserta yang join kebanyakkan wanita, lelakinye ciput jek. Area rumah aku ni aktiviti komuniti boleh dikatakan active. Antara aktiviti yang ada seperti sukan neka, aktiviti makan durian, majlis kenduri raya, kelas silat cekak, kelas mengaji kanak-kanak dan dewasa, bola tampar wanita, senam robik, bacaan yassin, ceramah agama, gotong royong dll. Bayaran so far aku tengok bawah RM20. Next time aku nak join senam robik la pulak, bayaran pun 5 hengget gak. Yang best nye ape-ape info penduduk dapat tau dari facebook komuniti, so senang lah nak tau aktiviti yang update.

Berbalik pada kelas tadi, Chef Sheila ni mempunyai Bakeri sendiri di Shah Alam dan di jemput untuk mengajar kami semua dan di bawah tu name card dia. Boleh calling2 kalau nak order roti dan cake. Dia ajar cara mudah step by step untuk buat doh asas dan cup cake. Aku join ni pun sebab nak belajar buat roti, yang cup cake memang dah tau..he.. Memang banyak kali aku review kat utube, tapi x confident nak buat. Lepas dah belajar face to face ni, baru la de confident nak buat sendiri.

Chef beri keterangan step by step , aku dok belakang sekali sebab datang lambat :p


Roti dan cup cake yang da siap

Antara peserta yang join

So hari ni aku pun cubalah, sebelum aku lupa dengan teori bun manis ni. Kelas roti tu berjalan 4jam tuk 2 jenis masakan. Tapi aku amik masa dekat 6jam kot tuk roti sahaje, lembap cikit, orang baru nak belajar katakan..and somemore takde mixer. So uli manual and my oven also comel jer size..kui kui kui..:p. Resepi sangat mudah tak sampai sepuluh hengget tuk roti yang banyak-banyak ni.

*********************************************

Resepi Bun Manis


Bahan A (kacau sebati biar 15minit)
Yeast 1 peket- 11g (cari label yang halal ea)
Air suam 1 suku cawan
Gula Castor 2 sudu
Susu tepung 2 sudu besar

Bahan B (gaul untuk uli)
Tepung gandum 650gram
Butter 110gram
1 biji telur size B
Garam 1 sudu kecil
2 sudu minyak

Bahan C
Telur kuning + susu cair sedikit

*********************************************


Cara penyediaan 
Bila Bahan A dah berbuih campur bahan A ke Bahan B. Uli sepuas2 nye sampai roti tu lembut membulat dengan cantik dan tak mudah terkoyak. Aku takde mixer yang besar, Kalau pakai mixer cake yang kecik tu mau patah besi pengacau tu. So korang uli lah sampai penat ea.

Bahan-bahan, senang memang dah de kat dapur mak..hu hu


Bahan A yang di kacau rata

Yeast yang dah mengembang
Anak buah dok nyibuk nak main masak-masak kate nyer


Uli lah sampai mengah ea

Dah habis uli, tutup dengan plastik biar 45 minit

See..dah membesar 2x size


Bahan C kacau sapu atas roti kemas-kemas sebelum bakar untuk kekuningan yang cantik

Uli bulat-bulat letak inti kacang merah, yang paling besar tu budak kecik ni buat, jangan lupe sapu bahan C, biar setengah jam sebelum bakar

Boleh ubah bentuk roti sosej

Sosej pizza, tak berapa nak kemas..men hentam jer buat, leh tengok utube untuk tutorial bentuk ni

Untuk toping  sosej pizza, boleh hias sayur campur + mayonis

Sampai tertumpah bahan C, biar setengah jam supaya roti naik lagi- doh dah semakin mengembang ni

Bakar pada suhu 180 darjah celcius 18 minit, kat kaca oven ni pun de instructions

Tengah2 bakar boleh pusingkan dulang depan ke belakang supaya masak sama rata

Pakai tudung periuk jek, sebab dulang oven de 1. Nak lagi cantik berkilat, time panas-panas ni leh sapu lagi mentega nipis-nipis


Mak aii..lepas bakar size nak sebesar dulang da, tak reti bajet size ni..he..adoii..lupa letak sos sebelum bakar. Mewah pulak topping ni..kenyang habess






Siap packing, sedia tuk bagi jiran sebelah sementara panas ni..he
Tips
- Proses kembangkan yeast tak boleh ada garam, garam boleh mematikan yeast dan doh takkan naik
- Boleh letak bread improver (S500 Actiplus) untuk roti tahan lebih lama dan lembut
- Yeast cari yang halal, sebab kat bakeri de brand yang non halal
- Boleh pakai tepung roti (high protein), tapi berat sikit la mase menguli, so penat sikit
- Boleh mix tepung gandum dan tepung roti
- Sapu butter or mentega kat tray supaya roti tak melekat
- Bahan C make sure takde telur putih, supaya permukaan roti tak keras
- Kalau ade bread improver, doh boleh simpan sampai sebulan kat freeze
- Chef cakap roti yang beli kat bakeri kalau dah keras means dah masak 2 hari ke atas


Cadangan Inti
- Kaya (keraskan lu dalam freeze sebelum uli)
- Kacang merah
- Sosage
- Sambal sardin
- Sambal bilis
- Kelapa
- Coklat
- & apa-apa yang boleh masuk dek akal ea .. :p




19 comments:

  1. Wahhhh baru masuk kelas dh pandai buat sendiri dh boleh buat jual ni. Ayu ni rajin lah :-)

    ReplyDelete
  2. He..cuti kak..saje nk try buat :p

    ReplyDelete
  3. Salam. Tq utk resepi roti ni. Leh sy try lak. Mohon halalkan ya. Tq. frm zan

    ReplyDelete
  4. Singgah nak belajar buat roti kat sini... Thanks utk resepi. Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_^

    ReplyDelete
  5. teringin sgt nk buat roti piza sendri..mohon diambil yer resepinya..tqvm=)

    ReplyDelete
  6. Bestnye dpt buat homemade roti sendiri.. nak cuba jugak la..

    ReplyDelete
  7. Hi..mohon amek rsipi yek..nk tny to owner or sape2 yg tau..bahan tok uli tu mmg kne uli jgk ke blh pki mixer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkai mixer bole..lg best..x pnat uli..he

      Delete
    2. Sy dh try...sy uli la...kalo pki mixer xrosak ke mixer sb adunan kan makin berat? Pastu..roti yg sy buat tu x lmbut sgt mcm kt kedai..xsure sb tpung tlebih ke ape..n isi roti dlm tu tepung dia x mcm roti kite bli bese tu...agk3 ade tips x

      Delete
    3. Sy uli pakai tgn sebab xde mixer. Mixer yg besar tu sgt mhl. Klu pakai yg itu pun, lepas separuh still pakai tgn uli.

      Tips roti lemut letak bread improver
      Mcm2 jenis name ade.. Ni sy google
      1. Bread Softner
      2. Softner
      3. Modular Softner
      4. Magi Pro
      5. S 5006. Voltex (cecair)

      Delete
    4. Ooo ok..sy adea bli pelembut roti..tp xtau nak ltk time bile...mse rendam yis ke...or mase nk uli tu

      Delete
  8. Bestnye dapat pegi kelas meroti. Murah pulak tu. Thanks for sharing ye. nk try buat pizza tu sbb anak suke sgt mkn pizza.
    Tahniah jugak sbb dah jadik tunangan orang ye Ms. R'yu.. darah manis ni... hehee

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.saya nak kongsi resepi ni ya..nampak sedap.tqvm

    ReplyDelete
  10. Salam. Nak tanya sy dh cube 2 ke 3 lagi tuk campuran bahan a. Tp kenapa tk berbuih ye..yis pon sy dh try gune 2 jenama yg lain tp tk berbuih jugak. Adakah disebabkan susu tepung. Sy gune susu tepung enfalac ke ade mmg susu tepung yg hanya tuk buat roti je. Air kena betol2 panas ke suam2 je?

    ReplyDelete
  11. Salam..tq utk resepi.. blh la melawat blog saya plk.. www.natyrevitamistoyou.blogspot.com

    ReplyDelete

.