NUFNANG

22 March 2015

Declare Cukai Pendapatan

As salam...

1st job aku pada 11 Jan 2011. Time tu aku tak tau apa-apa pasal tax. Bila kakak aku cakap kene declare, tahun 2013 baru aku declare untuk tahun yang 2011 dan 2012. Aku buat online jer semua. Register kat sini Time tu aku kene bayar RM1200.++. Jumlah ni agak banyak mungkin sebab campur sekali denda 2011 aku tak declare dan plus lagi tahun 2012. 

Last year and this year aku terlebih bayar cukai. So dorang pulang balik lebihan tu. Lembaga hasil sekarang memang cekap. Aku declare pd 5-Mac-2015, then 20-Mac-2015, dorang dah transfer balik lebihan bayaran tu account aku. Nak dapat lebihan bayaran ni mudah je, declare semu perbelanjaan yang boleh claim seperti dalam jadual dia bagi. Tapi memang kene ada effort yang lebih cikit. Buat 1 file khas tuk tax, bubuh semua resit yang ada.

Semua yang dah bekerja yang ada tolakan gaji pada epf/ kwsp wajib declare pendapatan. Hanya yang berpendapatan RM2500 yang akan dikenakan cukai. Walaupun pendapatan korang kurang RM2500, korang still kene declare jugak. Kalau tak declare nanti akan problem waktu nak keluarkan wang kwsp selepas bersara nanti. Kawan kakak aku dah kerja selama 13 tahun dan tak pernah declare tax, bila dia move tempat kerja baru dia dipaksa declare tax kalau nak kerja kat situ. Bayangkan mana nak cari resit2 tuk tempoh 13tahun, so memang sah, bulat2 lah kene bayar balik penuh tax tu tempoh 13tahun.. Huu...suffer kot..sakitnye tuh di purse..hu hu.. 










Shopping goodies before GST

As salam...
Aku susah payah spend duit beli goodies awal-awal sebab nak elak gst. Majlis nanti tak lah besar mana, jadi aku budget goodies tuk 700 orang. Penuh tangga aku ngan barang-barang. Nasib parents ngan En. Tunang tolong aku beli barang sekali..hu




Aku ngan En. Tunang, sajer try pack, try2 pun dapat packing 4 carton (96 box).



Anak buah sorang ni dah dapat lutut, dok kaco jer bdk tonet ni



1. Box doorgift
Box doorgift ni, aku beli kat kedai barang Kek Bagus di Seksyen 13 Shah Alam. Beli banyak so dapatlah harga RM0.22 per pcs



Pastu aku tampat sticker jer. Aku beli kertas sticker ni kat Mydin. 10helai RM1.90. Print jer pakai printer murah ni, nasib dah install CISS, kalau nak beli dakwat ori memang tak terbeli..hu



2. Air Kotak
Air kotak ni aku beli masa perayaan Hari Cina. Murah, time tu baru RM10.50 (1 Carton)  kat Tesco Shah Alam. 1 Carton ade 24 kotak, so 1 air kotak jatuh harga RM0.43. Time tu aku beli 10 carton jer sebab keta dah penuh muatan. Brand pun ok, brand Drinho, nyesal tak sudah sebab tak beli banyak lagi, lagipun expiry next year.

Sekarang ni aku beli lagi 20 carton kat kedai borong makanan ringan kat Taman Sri Muda Shah Alam, harga beza sangat, aku dapat RM14.50 per carton, kenaikan 50% taww.. Tu pun bukan brand Drinho, dapat brand Delight. Nak beli yang Drinho lagi mahal harga RM18 kat Tesco.




3. Buku Yassin
Yassin custom made yang pink purple tu aku buat 150 pcs. Ni untuk sedara mara. Belakang yassin tu aku masukkan nama arwah sedara mara pihak perempuan. Yassin ni harga RM90 kad Fb: Kad Borong KL. Mereka bagi 152pcs. So jatuh harga RM0.59 per pcs. Design ni pilihan dari En. Tunang. Pandai dia pilih, memang cantik, sama tema color majlis aku nanti.




Yassin color hijau ni aku beli kat Mydin USJ. Aku beli 100pcs. Harga per pcs RM0.80. Di belakang kulit depan yassin aku tampal sticker nama-nama arwah dari keluarga lelaki. Yassin ni tuk majlis pihak lelaki. Kami cadang untuk buat doa selamat jer time tu.



4. Swiss Roll/ Pie Cake/ Biscuit
Yang ni aku beli RM5 per carton. Each carton ade 24pcs. So harga per pcs RM0.20. Nak beli banyak tak dapat sebab takda stock. So aku campur-campur stock pelbagai perisa.

Total 720 pcs patutnya RM143. Tapi masa bayar tu tokey tu cas harga RM138.70. If RM138.70 divide dengan 720pcs. Each jatuh harga RM0.19 sahaja.Aku datang lewat, kedai dah tutup separuh. Resit pun tak bagi. Dia lebih kurang jer. Next week nak datang lagi, nak beli air kotak dari kedai ni.

 
Double Choco ni RM5- Taman Sri Muda

Swiss Roll RM5- Taman Sri Muda

Biskut Delio RM4.30 - Taman Sri Muda

Disney Cake RM3.99 - Giant

Sweet RM12 - Taman Sri Muda

Lollipop RM4.50 - Taman Sri Muda

Apollo RM5- Taman Sri Muda

Giant
Yang ni yang aku survey kat Giant Putra Height, Swiss Roll/ Apollo aku beli kat kedai borong baru RM5/ Carton (24pcs). Kat Giant dorang offer RM7.89, mak aii mahalnya. Yang ada murah pun yang cake brand Disney tu, tu pun aku beli 6 carton jer flavor Strawberry dan Coklat. Yang lain semu Milk, agaknya Giant nak clearkan stock sebab tu yang ni murah, tu pun nasib baek de cikit yang tinggal. Harga sweet yang RM12 tu Giant jual RM13.99. Hu hu..mahal betul harga barang kat Giant.


5. Kain Pelekat
Kain pelekat ni permintaan papa aku. Dia nak bagi kat geng-geng dia (pakcik2 jiran cini). Yang ni aku beli 40pcs kat Jalan Tar. Harga boleh tahan..hu









19 March 2015

LIVE, LOVE & LAUGH

As salam...

Best nya...
Berjaya pun kumpul diary comel ni. Boleh tengok entry aku yang lepas. Klik disini.
Sayangnya nak conteng, nak simpan buat koleksi. Setakat ni dah ade 5 buku. Aku beli banyak betul tuala wanita ni, boleh pakai 6 bulan kot..he. Semu sebab GST, harga barang bakal naik...hu





Shopping before GST

As salam...

Hari ni aku bawak mak shopping, sebab nya risau harga barang naik lepas 1 April ni. Beli barang stok untuk beberapa bulan. Aku sikit tak percaya bila ade ura-ura cakap harga barang tak naik. Mustahil harga makanan tak naik. Hope GST nanti tak terlalu beri beban pada aku dan rakyat Malaysia yang lain. Kalau gaji yang yang naik selaras dengan kenaikan harga barang acceptable lah jugak..dalam mimpi jer lah.

Kalau betullah gambaran GST kat bawah ni...hmm.. tau nak cakap apa dah..pepaham jer lah. GST ni konon bantu pembangunan negara...dalam erti kata lain rakyat kena lah sama-sama bayar sekali hutang kerajaan. Yang atas masih terus selesa, golongan sederhana seperti kami semakin dihimpit kesusahan.

Realiti nya...

GST- sumber dari facebook

Hmm.. gaji sekarang ni pun cukup-cukup, hutang sendiri pun tak terbayar, nak tolong support hutang gomen pulak..Macam mana lah nak survive nanti. Tun kita pun tak sokong benda ni. Tak boleh ke guna alternatif lain selain memerah duit rakyat.

Aku sampai berkira-kira nak beli rumah ke tak. Kalau benda ni memaksa, lepas kahwin kami bina rumah sederhana jer di tanah mertua. Pastu kenelah bercucuk tanam or menangkap ikan sebagai sumber pendapatan tambahan macam trader Forex aku. Nak harapkan makan gaji memang "sakitnya tuh disini (purse)"

Shopping toiletries






13 March 2015

As salam...

Hari ni aku cuti, so aku pun sediakan props tuk wedding nanti. Buat simple jer, tak reti nak design creative2 sangat. Aku print kat A4 putih tebal, terasa sakit jari tangan ni sebab gunting kertas yang tebal. Apa pun aku puas hati buat sendiri.






11 March 2015

Resepi Char Kuey Teow - 3minit penyediaan

As salam...

Petang ni aku nak share resepi Char Kuey Teow.

Petang ni aku betul2 lapar nak makan nasi tak lalu. So aku pun masak la Char Kuey Teow..


Resepi 
7sudu kicap perencah  Char Kuey Teow
Udang 4
Bawang putih 4 ulas ketuk
Daun Kucai
Tauge
Segenggam Kuey Teow
4 senduk air
Telur sebiji

Penyediaan
- Panaskan minyak
- Goreng udang
- Masukkan bawang putih
- Dah garing, masukkan 4 senduk air, kicap perencah 7sudu, kueh teow, daun kucai dan telur
- Last sekali masukkan tauge dan angkat..
- Simple 3 minit jer menggoreng..cubalah..






Custom Made Yassin RM0.60

As salam...

Tempahan Custom Made Yassin dah pun siap. Murah, hanya RM0.60 sekeping, minimum order 100pcs. Harga ni masa promo bulan Januari. Sekarang ni March promo harga masih sama tapi minimum order adalah 200 pcs

Aku beli kf FB; Kad Kahwin Borong Kuala Lumpur. Tempahan aku buat 150 pcs je. Untuk doorgift sanak saudara. Aku kira jumlah yassin ni ada 152 pcs, diorang lebihkan 2 pcs. Alhamdullilah...

Kad kemas, dalam tulisan clear, kulit tebal. Not bad, 32 muka surat dengan size 6 x 4 inch. Yassin ni simple beserta terjemahan, cuma tiada doa tahlil jer. Alhamdulillah lepas jugak hajat nak letak nama-nama Arwah kat kulit Yassin, supaya pembacanya sudi sedekahkan pahala bacaan pada arwah sedara-mara aku.

Kalau nak Mini Yassin pun ada, dengan harga RM0.40 bersize 4x3 inch. tapi aku tak beli box yassin, sebab aku dah ade box doorgift sendiri.

Design aku pilih color pink + white. Nak pilih design kt fb tak clear, so aku decide ajak Encik Tunang gi kedai ni terus kat KL, untuk tengok design yang ada. Deposit 50% perlu dibayar semasa buat tempahan. Lama gak siap, start order 25-Jan-2015 dan siap pada 7-Mac-2015. Ambil masa lebih 2 bulan lebih. Nasib lah aku tempah awal-awal, majlis aku pada bulan september nanti, so takdelah kelam kabut nanti.

















.