NUFNANG

11 March 2015

Custom Made Yassin RM0.60

As salam...

Tempahan Custom Made Yassin dah pun siap. Murah, hanya RM0.60 sekeping, minimum order 100pcs. Harga ni masa promo bulan Januari. Sekarang ni March promo harga masih sama tapi minimum order adalah 200 pcs

Aku beli kf FB; Kad Kahwin Borong Kuala Lumpur. Tempahan aku buat 150 pcs je. Untuk doorgift sanak saudara. Aku kira jumlah yassin ni ada 152 pcs, diorang lebihkan 2 pcs. Alhamdullilah...

Kad kemas, dalam tulisan clear, kulit tebal. Not bad, 32 muka surat dengan size 6 x 4 inch. Yassin ni simple beserta terjemahan, cuma tiada doa tahlil jer. Alhamdulillah lepas jugak hajat nak letak nama-nama Arwah kat kulit Yassin, supaya pembacanya sudi sedekahkan pahala bacaan pada arwah sedara-mara aku.

Kalau nak Mini Yassin pun ada, dengan harga RM0.40 bersize 4x3 inch. tapi aku tak beli box yassin, sebab aku dah ade box doorgift sendiri.

Design aku pilih color pink + white. Nak pilih design kt fb tak clear, so aku decide ajak Encik Tunang gi kedai ni terus kat KL, untuk tengok design yang ada. Deposit 50% perlu dibayar semasa buat tempahan. Lama gak siap, start order 25-Jan-2015 dan siap pada 7-Mac-2015. Ambil masa lebih 2 bulan lebih. Nasib lah aku tempah awal-awal, majlis aku pada bulan september nanti, so takdelah kelam kabut nanti.

















3 comments:

  1. Hi nak tanya . Beli kt page mana ? Blh bagi link ? Tq

    ReplyDelete
  2. nak email dan no tel tuan kedai, murah tu RM 0.60. sms kat 0127445031

    ReplyDelete
  3. bagi no tuan kedai, murah tu, nak tempah juga. sms kat 0127445031

    ReplyDelete

.