NUFNANG

28 March 2014

Mengurangi masalah kesihatan dengan khasiat daun belalai gajah dan jarum tujuh bilah


As salam...


Hari ni aku nak share secara ringkas mengenai khasiat daun belalai gajah dan daun jarum tujuh bilah.

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass ni mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Daun ni mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.



Cara pengambilan
Cara 1 
Mengunyah 30 – 50 helai daun sehari – iaitu 10 atau lebih helai daun sekali  makan untuk 3 (atau Lebih) kali sehari.

Cara 2
Masukkan 30 – 50 helai daun, sebiji epal hijau, ½ gelas air dan blend sampai halus - minum terus- ulang sekali lagi di sebelah petang - diminum sebelum atau selepas makan.

Bagi Kanser Peringkat 4
Masukkan  75 helai daun atau lebih, 1 epal hijau dan ½ gelas air dan di blend/kisar 2 kali sehari - diminum sebelum atau selepas makan.


Manakala daun jarum tujuh bilah untuk merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain serta ubati sakit buah pinggang.


Ambil 2 atau 3 helai daun dan kisar dengan mesin blender bersama 30-50 helai daun belalai gajah bersama sebiji epal hijau. Tambah setengah gelas air minuman. Minum dua kali sehari - sebelum sarapan dan waktu malam.

Boleh rujuk kat artikel kat sini mengenai khasia


Nak mulakan cerita ni rasa sedih plak. Hari ni papa aku amik AL sebab nak bawak mak gi cari daun belalai gajah dan daun jarum tujuh bilah. Mak aku beriya nak sangat cari daun ni sejak 2 minggu lepas, selepas tengok Wan Mak Leh kat kampung sakit teruk. Mak nak buatkan jus dan beri sedara yang sakit minum. Ladang pokok herba ni kat Seremban, sampai jer situ pakai waze..Alhamdullilah x sesat. Alamat ni mak dapat dari bantuan cik google kat blog ni Laman web Tkc

Di sekeliling aku terdapat beberapa ahli kuarga yang sakit samada kanser atau penyakit 3 serangkai. Kebanyakkanya adalah dari kuarga angkat yang tiada pertalian darah. Mak aku adalah anak angkat sejak berusia sehari dan hati anak mana yang tak tersentuh bila tengok sedara yang di anggap kuarga sendiri bertarung dengan penyakit.

Wan Mak Leh (sedara angkat) ada sakit darah tinggi dan sakit jantung, doktor dah sarankan untuk wan buat operation jantung n kimo tapi wan redha dan tak nak buat ape2 rawatan operation kecuali medical check up biasa.

Aku ade maklong (sedara angkat) di kampung yang mempunyai pemakanan ganjil sejak kecil, walaupun status dia mak sedara, tapi umur dia baru 20 tahun, sejak kecik dia hanya makan ikan bilis goreng + keropok ikan + nasi. Dia langsung x consume bende lain sebab dia akan muntah balik. She's married & ada anak berumur 4 mths, tapi baru 2 years ni dia mengidap kanser. Doktor cakap sebab cara pemakanan yang kurang berkhasiat.

Anak maklong aku yang usia 4 mths ni pun baru menjalani pembedahan hati sebab hati tak berfungsi & tak boleh nak buang toksin. Tapi Alhamdullilah doktor cakap, masih early stage lagi, jadi peluang nak sembuh tu cerah. Sedih sangat tengok baby sekecil tu terpaksa menerima rawatan kat hospital setiap hari. Aku jumpe baby ni last week, condition dia memang agak lemah.

Arwah Wan Andak (sedara angkat) dulu alami kanser buasir stage 4, usia nya tak panjang selepas buat operation dan rawatan kimo.

Suami arwah Wan Andak, Pak Andak (sedara angkat) pun meninggal punca sakit yang sama,

Arwah Cik Lela (sedara angkat) meninggal dunia sebab kanser payudara stage 4, dia hanya sedar penyakit time dah stage akhir. Allah lebih menyayangi dia.

Mak ngah (sedara kandung) aku ada kencing manis yang kuat, sejak dia berurut dia terus alami sakit yang serius. Rupanya pesakit kencing manis tak boleh urut sembarangan, mak ngah tak tau dalam badan dia ada ketumbuhan bisul, nanah dah pun pecah dalam badan semasa berurut dan kuman dah merebak ke dalam sel darah. Apa pun ikhtiar masih cuba di cari, walaupun apa pun jawapan yang doktor berikan dia hanya manusia biasa. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha penyembuh.

Mak nak buatkan jus tuk mak ngah dan wan Mak Leh, kami cube ikhtiar apa yang mampu, aku berdoa agar Allah kurangkan kesakitan yang mereka alami sekarang. Banyak dah testimoni pesakit yang dah alami kanser stage 3- 4 beransur pulih selepas amalkan jus herba secara consistent. Jadi kami hanya berdoa dan berikhtiar.

Bila demam cikit pun aku dah rase sangat lemah ni kan pulak orang di keliling aku yang menderita kesakitan dan sedang berjuang melawan penyakit. Aku bersyukur atas rezeki kesihatan yang Allah bagi. Mak papa pun nak start amalkan minum air herba ni dari sekarang. Dan pokok ni pun nak di tanam bagi membolehkan sedara-mara dan jiran merasai sekali khasiatnya. Tapi aku... x minum kot, aku ni penakut. Kalau sakit yang dah teruk sangat sampai meleret berhari2 baru aku akan amik panadol or jumpe doktor. Cukup lah mase aku wat operation lasek mata hari tu kene makan pill pain killer, sleeping pills and strong pill pain killer. Tu pun aku skip banyak ubat ni. Yang lebih tu tersimpan sampai sekarang. Aku tahan selagi yang boleh. Tobat.. andai kata aku rabun balik masa tua, wpun warranty mata ni life time & operation next time adalah FOC, aku x nak la operate mata lagi. Aku cuti 3 minggu kot, sebab terlantar sakit. . sungguh x sangka Allah bagi aku kekuatan tuk lakukan operation ni. Pasni aku kene jaga kesihatan dan kene hargai anugerah kesihatan yang Allah bagi.. Alhamdullilah.. Sebenarnya insurance juga memainkan peranan yang penting...tetibe ..hu hu


Batu 7 Seremban

antara produk herba yang dijual



Mak & papa minum teh yang disediakan, yang tu pokok gelenggang elok tuk resdung dan jerawat

Pokok belalai gajah

Mak datin kecik



sebekas RM25, beli 4 FOC 1


Antara permandangan

Ladang tanaman besar sampai ke atas bukit


Setiap polybag RM10- pokok gelenggang, pokok belalai gajah, pokok daun tujuh bilah

Batang daun tujuh bilah, uncle bagi free 6 batang, boleh potong & tanam

Lepas dah potong dan tanam balik

Siap dah pindah ke pasu




8 comments:

  1. Salam. Saya ada menjual teh belalai gajah pracampuran dengan 5 herba2 lain termasuk belalai gajah dlm tiap2 uncang.. harga RM20 sahaja. PALING Murah dan paling Byk sinergi herba. Pm 0193720038- hafiz.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ....sedih pakcik baca ...ramai sedara mara sakit. Pakcik doakan mereka sembuh insyaAllah. Mahalnya harga daun belalai gajah tu...tanam nya pun bukan susah mana...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....ye lah, pokok belalai gajah tu sebenarnya ramai yang tanam kat laman rumah. Masuk je group berkebun kat FB, tentu ada yang boleh bagi percuma jika diminta.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum
    Makcik pun sedih baca kisah R'Yu... makcik pun banyak penyakit ni... pokok belalai gajah ada kat depan rumah siap merebak2 ke dalam pasu2 lain (senang jer dia merebak, menjalar2 terus hidup. Boleh dikatakan almost semua pasu dah ada pokok belalai gajah...ingat nak tambah pasu2 selagi boleh supaya boleh merebak2 tapi makcik sesekali ajer makan, kadang2 makan dengan buah apel hijau/merah, kadang2 masukan dlm air barli (dah mendidih tu masukkan ajer, sesekali masukkan juga daun salam/bay) tambah rasa tambah juga khasiat...lepas ni tak nak lepaskan makan/minum daun ni. banyak juga daun2 kering makcik simpan, ingat nak letak dalam air panas jadikan teh. Makcik tak disiplin makan satu2 ubat...banyak kali berazam tapi tak tertunai...

    Terima kasih banyak kerana berkongsi. Mudah2an jasa bonda R'Yu membantu saudara-mara diberkati Allah dan pesankan juga bonda agar berpesan dengan saudara-mara yg sakit agar berdoa sungguh2 dan minta dari Allah kesembuhan sewaktu makan/minum sebarang ubat kerana yang menyembuhkan hanyalah Allah...kita sekadar berusaha cuma kita selalu lupa dan leka untuk berdoa setiap mengambilnya.

    Eh, panjang pulak. Maafkan makcik....

    Ikhlas,
    Makcik RY

    ReplyDelete
  5. kt mne bleh dapatkan daun pokok ni area ipoh ,tapah,bidor,sgkai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depan kedai runcit dan restoran cina kg pahang(jln pahang) tapah ada.cuba mintak buat tanam.kot2 bagi.

      Delete
    2. Depan kedai runcit dan restoran cina kg pahang(jln pahang) tapah ada.cuba mintak buat tanam.kot2 bagi.

      Delete
    3. Depan kedai runcit cina dan restoren kg pahang (jln pahang)tapah ada tanam,cuba minta buat tanam.kot2 dia bagi.

      Delete

.