Lepas jer aku appointment mata dengan Dr Yeoh aku & En. Yd pun pergi Jom Heboh kat Bukit Jalil. Takda ape yang menarik ditambah pulak cuaca panas terik. Tiba-tiba En. Yd ubah ajak tengok movie. Ingat nak gi Alamanda tapi lagi sekali En. Yd ubah ajak tengok kat IOI Mall.
Movie: Penanggal
Anyway movie ni dah start di pawagam on 28 November 2013 di kategorikan sebagai filem seram.
Seram ke?? Seram cikit jer. Kisah remaja yang hilang kat Villa Nabila lagi seram..he
Meh baca sipnopsis (copy & paste jer)
Penanggal mengisahkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) yang dibela oleh
neneknya, Mak Ajeng (Normah Damanhuri) yang berketurunan Jawa selepas
kematian orang tuanya akibat dimakan haiwan buas di hutan.
Mak Ajeng, yang mengamalkan ilmu hitam, terpaksa menyerahkan saka
penanggal miliknya kepada Murni pada saat kematiannya. Bagaimanapun,
akibat diburu penduduk kampung, Murni terpaksa melarikan diri ke hutan.
Pertemuannya dengan Anom Merah (Nadia Mustafar) yang sarat mengandung,
mengundang kemarahan orang kampung selepas mendapati ada tanda di leher
Murni. Hampir dibunuh penduduk kampung, Murni kemudian diselamatkan Syed
Yusoff (Azri Iskandar).
Kematian Anom Merah ketika melahirkan anak, akibat diserang penanggal turut menimbulkan kemarahan si suami, Jiwa (Yus Waisar).
Syed Yusoff pula cuba menjejaki Murni sehingga ke tengah hutan.
Kehilangan Syed Yusoff merisaukan adiknya, Syed Umar (Zul Ariffin) serta
tunang Syed Yusoff, Sharifah Zahrah (Fasha Sandha). Mereka dan orang
kampung cuba mencari lelaki itu sehingga tengah belantara sebelum
menemui pondok didiami Murni.
My Review
Setiap orang mungkin mempunyai pendapat yang berbeza. Ni just pendapat aku. Filem biasa jer tak berapa nak seram sangat. Orang tak ramai pun kat IOI, yang tengok pun orang melayu kita jer pun. Pelakon sememangnya mantap. Barisan pelakon terdiri dari Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Fasha Sandha, Normah Damanhuri, Datuk Sharifah Aini. Arahan dari Ellie Suriaty dan ini filem pertama beliau. Filem ni agak slow sedikit. Bagi aku hanya watak Ummi dan Azri Iskandar jer yang berjaya dari awal sampai akhir.
Ummi Nazeera
Ummi ni memang cantik, sememangnya natural beauty. Make up yang natural tak payah pun pakai bulu mata sample macam pelakon lain. Lakonan bersahaja, walaupun watak hantu penanggal ada tiru hantu korea cikit. Berpadanan betul ambil Ummi sebagai watak utama. Filem ni betul-betul menyerlahkan kehebatan Ummi sebagai pelakon. Biji-biji kat muka nampak tak berapa nak real sangat. Make up kene improve lagi. Kalau tengok betu-betull kedudukan biji-biji tu tak sama masa watak Ummi yang kecik dan besar. Terperasan masa tengok kat hidung..he
Azri Iskandar
Memang handal la berlakon, dia pun senior dalam industri cuma pakai lens biru nak tunjukkan ada keturunan Arab tu nampak tak real. Pakai brown lagi ok. Dia ni berani berlakon pakai lens dekat pondok yang terbakar. Bahaya nye..huh. Tak paham cikit, Azri Iskandar dalam filem ni seorang yang alim, warak, menggunakan ayat Al-quran untuk pelindung diri. But tunang bukan main seksi.
Fasha Sandha
Cantik, make up ala-ala Arab, tapi seksi sangat la. Tak patut gunakan keseksian sebagai tarikan untuk filem ni. Watak Fasha biasa je, hanya watak wanita yang cantik dan seksi.
Bahasa
Bercamfur aduk Bahasa Jawa, Arab, Melayu. Ana rasa bahasa Melayu yang di arabkan namfak tak berafe nak real. Banyak ganti bahasa melayu dengan permulaan huruf "F". Namfak sangat macam Arab Celup.. Tu pendafat ana.. pendafat ente, ana tak fasti ler pulak..hu hu
Grafik
Nampak real masa scene kat lumpur. Masa pokok, ranting, daun-daun goyang, yang tu sorry memang tak real sangat-sangat. Nampak di buat-buat. Rasa macam boleh agak ada crew-crew kat kiri kanan dok goyang-goyang ranting tu..he.
Plot
Memang slow cikit, nampak berhati-hati..(ceh macam teror plak nak komen). Filem Penanggal ni ada lah unsur seram nya sedikit. So far bagus jalan cerita, kebanyakkan movie lain filem seram lebih kepada pelakon sendiri yang dok jerit-jerit. Yang En Yd ni plak pandai-pandai ubah tajuk movie ni sebagai "Tertanggal" bukan "Penanggal". Bila kepala Ummi Nazeera ditanggalkan dan merayau ke kampung, En Yd pun mulalah cakap ok dah "Tertanggal". Suka sangat nak nyakat aku. Mentang-mentang aku yang pilih nak tengok movie ni. Tapi yang bagusnya jalan cerita filem ni memang tak boleh nak agak, dan aku pulak main tengok jer tanpa tau langsung sipnopsis filem ni. Kalau movie lain sememangnya boleh agak scene-scene seterusnya. Filem ni banyak guna surah-surah bersama terjermahan, so memang bagus dan berlainan dari movie lain serta ditambah lagi puisi yang semakin budaya kita lupakan. Cuma tak perlulah ada scene seksi yang melampau.
End review
Tu saja review dari aku. Macam lah aku ni teror benor nak jadi pengkritik. Mintak maaf salah dan silap. Review hanya pandangan sendiri. So far filem dikategorikan boleh tahan (***), disebabkan cerita ni aku baru tau "Penanggal" tu macam mana. Seram plak kalau betul ternampak kesan garisan kat leher orang.. hu hu..
Just selit gambar kat bawah ni nak buat kenangan. Cian En. Yd kene pakai beg aku.. sape suruh volunteer. nak pegang...he.. Anyway thanks belanja kite tengok movie.. :)
No comments:
Post a Comment