NUFNANG

2 December 2013

Kenaikan tariff elektrik wajarkah?

As Salam..
Entry ni hanyalah luahan perasaan seorang rakyat Malaysia yang kerdil.. 
 Aku gembira hidup dalam negara yang aman. Ye..Malaysia Masih Aman!! Tapi wujudkah keamanan yang sebenar?

Aku sememangnya bangga dilahirkan sebagai anak Selangor. Negeri yang berpendapatan tinggi, kemudahan prasarana yang banyak dan selesa. Aku tak juga menafikan yang Kerajaan Pusat bawa pendapatan besar pada negeri Selangor. So far aku memang merasa beberapa kelebihan sebagai anak selangor
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Percuma 20000 liter air setiap bulan
Biasiswa Diploma dari SUK RM14,700
Skim bantuan makanan sewaktu sekolah rendah
Biasiswa RM50 setiap bulan (Form 1-5)
Yuran yang rendah masa diploma di Politeknik Shah Alam
dan Degree di Uitm Shah Alam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selama ni aku membesar sepenuhnya di Selangor ni. Dari saat kelahiran, hinggalah ke tadika, sekolah dan belajar di IPTA dan sekarang pun bekerja masih mencari rezeki di negeri ini. Memang banyak subsidi yang aku terima dari aku sekolah rendah sampai ke IPTA. Nampak macam banyak kemudahan yang aku terima tapi hakikatnya semua barang mahal dan cukai pendapatan yang tinggi. Sebelum ni kami sebagai rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita harga petrol Ron 95 & Ron 97 naik. Itupun kenaikan selepas PRU13.


Kemudian tarif gula pula naik.


Belum habis lagi isu hangat ni, dan yang terbaru tarif Elektik pula bakal naik pada 2014. Entah apa lagi yang bakal naik dan subsidi apa lagi yang di kurangkan.


Electricity bill expected to increase in 2014.
I don't agree at all. On what rationale they need a hike in prices !!!
Sorry to say.. aku makin kecewa dengan Malaysia ni. Cubalah fikirkan sesuatu untuk bantu mengurangkan bebanan rakyat. Cubalah turun tengok keadaan rakyat macam mana. Perbelanjaan isi rumah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Semakin banyak rakyat menanggung hutang hanya untuk survive sementara tunggu gaji di hujung bulan. Pihak atasan tau hal ni jelas, mereka cuba menjaga kebajikan mereka dengan mohon kenaikan gaji. Bagaimana dengan rakyat? rakyat tak boleh nak bersuara, nasib masih macam dulu. Opps silap.. semakin teruk dengan bebanan cukai dan kenaikan harga barang. Dah sememangnya mereka tak terbeban dengan tol, minyak dan kemudahan lain. Tapi kami tak henti-henti terus dibebani dengan tanggungan yang semakin bertambah.
Aku respect sangat dekat Tok Guru Nik Aziz. Seorang pemimpin yang bersederhana, pemurah, sayangkan rakyat. Tidak meminta-minta gaji di naikkan. Yes!! Pendapatan negeri meningkat, but hasilnya di agihkan pada golongan atasan. Kemewahan dan kesenangan pada mereka. Cubalah hasilnya diagihkan lagi sedikit ke kebajikan rakyat. Banyak lagi anak yatim, ibu tunggal dan rakyat miskin yang memerlukan sedikit dana untuk mereka terus survive hidup, or senang hentikan kenaikan harga yang takkan diturunkan. Ringankan lah sedikit bebanan kami sebagai rakyat. Cubalah contohi pemerintahan negara Brunei atau Khalifah Harun Ar Rashid yang sayangkan rakyat dan berusaha menjaga kebajikan rakyat.

Tak semua rakyat selesa walaupun Malaysia masih AMAN.

Sayang Tok Guru



No comments:

Post a Comment

.