NUFNANG

19 December 2013

Berfacial kat Herbaline The Mines


As salam..

Hari ni aku cuti, so bangun-bangun tidur jer ajak mak gi buat facial. Mak cakap nak teman je, dia malas nak facial2 ni. Yelah sebabnya ada bawak anak buah, so perhatian nak kena lebih pada budak kecik ni.. Aku first time nak buat facial kat Herbaline sebab banyak review yang aku baca produk ala-ala Dermalogica, berasaskan herba dan selamat untuk kulit muka. Aku nak sangat buang skin tag kat muka. Kat bawah mata saiz besar sikit cam jerawat & kat pipi kecil sangat, kalau mata tengok dekat-dekat kat muka baru nampak. Walaupun kawan-kawan nasihat tak payah, sebab tak nampak pun lepas apply lepas foundation. Tapi aku tetap degil n somemore mak pun sokong aku bersihkan kulit muka. Lagipun aku dah lama tak buat facial, last facial 3 september and last foot spa 25 september. 

Aku siap tersesat tadi, ingatkan Herbaline dalam Mines Shopping Centre rupanya kat Mines Wellness Hotel. Mak aii.. facial kat lobby hotel, compom mahal. Kat bawah ni harga package yang aku ambil.

Skin tag removal RM280
Aloe Vera Gel RM63
Facial promo RM38 (asal RM85)
Free Foot Spa
Free Fish Spa
Ginger Tea 1 cup
Chinese Tea 3 cup
So total RM381

Memang credit card la jawab nya. Tu pun hampir tergoda dengan package RM660 siap free eye mask, eye treatment. Tapi seb bek sedar diri tadi, hutang dah berlambak. ..hu hu.

Ni package facial yang RM38 tadi

Dead Cells Removal & Moisturising Treatment (90 minutes)
Double Cleansing Treatment
+ Ultra Sonic Dead Cell Removal Treatment
+ Face Massage
+ Nano Lightening & Moisturising Facial Treatment
+ Anti Sensitive Ampoule
+ Oriental & Western Shoulder Massage

Memang semua pun dia buat double. Cakap jer 90 minutes, aku start jam 1.00pm, habis facial 3.15pm, so facial jer 2jam 15minit, wah puas hati kot, harga RM38 jer, complete dengan mask. But skin tag yang mahal harga RM280 tu 10 minutes jer...adoii pelik plak. Aloe Vera gel tu sapu pada kawasan yang dibuang skin tag untuk cepat hilang kesan luka. So far memang puas hati sangat, ni 1st time aku buat facial dengan orang yang sangat teliti, cara dia buat kerja memang ikhlas sangat. Aku tak rasa menyesal pun buat kat sini. Padan lah semua review kat blog orang lain semua puji Herbaline Skin Care ni bagus. Tapi tadi memang sekejap-sekejap meleleh air mata, pedih muka masa kena extraction. Kalau de rezeki nak simpan duit nak beli skin care set dia. Facial yang RM38 ni untuk first time user sahaja. Tadi tu aku automatic jadi member dia, if within 1 mth aku buat facial lagi price diorang offer RM45 & next year RM38 for 1st facial only. But kene make sure buat appoitment dulu. Tadi tu nasib-nasib baik jer customer kurang. Kalau tak dah kene datang hari lain. Servis memang tip top dan puas hati sangat, takde pun dorang paksa-paksa beli produk dia. Yang dia offer additional treatment and baju kecik ladies :p .. aku tolak jer dengan cara elok n dorang pun ok jer. takde pun buat masam muka.

Amira


Herbaline @ Mines Wellness Hotel- Lobby


Herbaline

Foot Spa

Foot Spa
Fish Spa

Aloe Vera Gel
Description

****Gambar muka sendiri tak nak upload, sebab merah-merah kesan facial..hu hu

 


No comments:

Post a Comment

.