NUFNANG

31 December 2013

Kakmek Urut Traditional

As salam..

Setelah 3 hari aku dok demam jer, so hari ni aku decide nak berurut. Demam aku ni seram sejuk, sekejap ok, sekejap kang datang balik. Mak cakap ni demam urat, so aku pun cari lah package massage spa kt Groupon & Living Social. Tapi mak suruh aku urut tradisional jer, yelah urut kat spa ni biasanya urut-urut manja jer somemore badan aku ni pun dah lemau-lemau, so aku setuju ngan idea mak. Bila tanya kat mana tukang urut tradisional, mak pulak tak tau kat mane. Adoii.. terpaksa gak google..hu.

So aku ternampak satu blog ni KakMek. Siap masuk rancangan kat tv & ada posting video kat youtube. Rumah KakMek ni kat Taman Jasmin Kajang. Rumah biasa jer tapi de 1 bilik spa. Tak sangka ada perkhidmatan spa sekali, harga memang murah dan berbaloi. So aku pilih urutan tradisional + scrub badan RM60 jer.. murah kan. Kalau bukan pakej urut sahaja RM50 atau scrub sahaja RM40. Yang urut aku tadi anak KakMek, dia cakap 1 jam, tapi sebenarnya dia ambil masa 2 jam 5 minit untuk urut dan scrub. Wahh.. lagi lah berbaloi. Mungkin sebab takde pelanggan lain hari ni. Ibu dia, KakMek takde hari ni, dia pergi mengurut orang berpantang. Aku dah tau awal-awal dah sebab malam tadi aku kol KakMek buat appointment. Aku tak kisah siapa pun urut janji dapat urut badan ni. Kat umah mak de kerusi urut Gintell tapi tak sama dengan rasa tangan orang. Anak dia pun not bad, ambil kursus sijil Spa 1 year dan bekerja kat Spa luar. Hari ni dia tak kerja, so dia tolong mak dia jer. Selain perkhidmatan Spa banyak gak lah produk untuk ibu berpantang, Shaklee, Skin care dan herba-herba di jual. Mak aku siap beli produk Shaklee dengan dia lagi. Mak lama dah suruh aku cari agen Shaklee, aku asik lupe jer..hu

Bila dah urut dengan orang Melayu kita, baru la aku sedar, ada perbezaan urut tradisonal dan massage kat Spa. Biasanya kat Spa aurat perempuan ni tak terjaga (kalau spa cina la) tapi kat sini aku di suruh pakai kain Batik, dan banyak tuala kecil untuk tutup bahagian badan. Tuala hanya dibuka untuk urut kat bahagian tu, lepas tu di tutup balik bahagian yang dah urut. Kalau kat Spa ..hmm.. paham-paham jer la.

Anak KakMek ni bertenaga betul la, muda lagi, saiz kecik jer tapi ada tenaga kuat untuk mengurut, setiap bahagian badan dia scrub termasuk celah jari tangan dan kaki. Dia ni siap pandai naikkan peranakan. Dan yang bagus nya kat sini urut pakai minyak panas bukan seperti sesetengah bidan yang nak jimat dengan guna minyak kelapa untuk mengurut. Pasal dia urut aku lama sangat, mak tak jadi nak urut, mak malas nak tunggu lama kat sini. Aku takda ler ambil pakej facial sekali sebab aku pun baru buat facial last 2 weeks kat Herbaline. Lepas dah berurut ni aku asik sendawa angin jer, nampak sangat badan banyak angin, kuat sangat minum ais..hu hu. Tangan dia pun sedap mengurut, walaupun sakit kene urut tapi badan rasa sedap. Rasa selesa belakang badan ni, ikhlas dia mengurut dan dia tak mengurut ala kadar tadi, moga KakMek dan anak murah rezeki selalu. Amin...






Pakej KakMek Urut






No comments:

Post a Comment

.