Alhamdulillah... dapat jugak aku pohon Annual Leave hari ni. Aku bawak mak dan papa menghadiri kursus Umrah Tiram Travel (Shah Alam) di Seksyen 18. Ni pun kebetulan aku ternampak iklan kat facebook.
Kursus ni khusus untuk jemaah umrah pada Disember dan January. Tapi sebab papa dan mak nak sangat pergi, Alhamdullilah tercapai juga hajat orang kedua ibu bapa aku.
Sebenarnya terus terang aku mengaku aku jarang mengikuti mana-mana kursus agama. Kalau zaman belajar dulu selalu lah, sejak dah kerja ni, aku dah jarang sangat. Aku terlalu jahil dalam bab agama. Aku bekerja 4 hari seminggu, 15 jam sehari termasuk travel pergi balik. Mak cakap aku dah tak rupa orang dah. Mak selalu menasihati aku jangan terlalu pentingkan duniawi. Duit ni tak boleh bawa ke kubur.. Memang betul apa mak cakap. Mungkin sebab aku tiada commitment, aku habiskan masa sehari-hari dengan kerja dan OT.
Berbalik pada kursus Umrah tadi, Penyampai kursus adalah Tn. Hj. Latif Md Ali. Setelah aku dengar apa yang di sampaikan baru aku dapat sedikit gambaran cara-cara mengerjakan Umrah. Banyak tips yang di ajar oleh Ustaz. Ustaz ada menggambarkan ciri-ciri orang Arab adalah kasar, ada juga yang baik, Mereka suka mengarah, mempermainkan jemaah baru dan mendajalkan orang lain. Sekiranya dia nampak ada jemaah baru, orang Arab nak kita dengar arahan mereka. Sebab tu Ustaz cakap jangan sesekali berjauhan dari Mutawif dan kumpulan. Sekiranya telah ditetapkan group mana dan nombor bas, jangan sesekali tertukar. Group dan nombor bas memang takkan bertukar dari awal sampai habis Umrah. Ustaz menasihati sentiasa pegang beg sendiri, jangan sekali terima tawaran dari orang Arab atau bangsa lain untuk mengangkat beg sebabnya mereka mengenakan cas yang sangat mahal. Kalau boleh tandakan beg dan telekung untuk memudahkan urusan sekiranya tersesat nanti. Sesat adalah perkara biasa dalam Masjidil Haram sebab terlalu banyak pintu dan saiz masjid yang sangat besar. Untuk mengelakkan sesat pastikan Handphone sentiasa on dan bawa bersama serta saling bertukar nombor hp dengan mutawif dan jemaah lain. Pihak hotel juga akan bagi Kad hotel pada setiap jemaah, sekiranya sesat masuk je mana-mana hotel dan tunjukkan kad Hotel, Insyallah ada yang membantu hantar ke hotel yang betul.
Ustaz juga ada menerangkan bila masa yang perlu jemaah melakukan Solat Jamak Takhir atau Jamak Takdim. Perbezaan waktu di Madinah perlu di tolak 8 jam. Ustaz memberitahu walaupun jarak Hotel Jemaah dekat, tapi saiz di dalam Masjid sangat besar dan perlu berjalan jauh. Ustaz menasihati sewaktu membeli makanan seperti tamar, buah zaitun dan sebagainya memang bermacam ragam penjual di situ yang penting tawar-menawar dan beli pada yang menawarkan harga terendah. Ustaz melarang beli pelbagai ubat yang bukan-bukan cth ubat untuk dapat jodoh, buah untuk permudahkan beranak dll. Sekiranya mempercayai boleh membawa kepada syirik, semua ketentuan adalah dari Allah S.W.T. Apa-apa yang dipohon berhajatlah dan berdoa pada-Nya. Ustaz menasihati sekiranya berbelanja biarlah 30% di Makkah dan 70% lagi di Madinah. Ustaz tak melarang untuk membeli buah tangan tapi pastikan niat sebenar, niat sebenar adalah untuk mengerjakan Umrah bukan untuk bershopping.
Sebelum berangkat pastikan telah ada persediaan di Malaysia, memohon maaf pada rakan taulan, bersolat taubat pada Allah dan membayar hutang. Solat taubat boleh di lakukan pada bila-bila waktu kecuali selepas Subuh dan Asar. Sekiranya jemaah mempunyai kesalahan pada seseorang yang telah meninggal dunia, boleh lah bersedekah bagi pihak orang itu dan memohon pada Allah supaya mengampunkan kesalahan orang itu. Ustaz memberi contoh ketika orang itu sedang menerima azab di kubur, tiba-tiba hari tu Malaikat datang memberitahu nama si polan-si polan ini telah membuat salah pada engkau dan bersedekah bagi pihak kau dan berdoa supaya kesalahan kau di ampunkan. Maka hari ini tiada azab kubur bagi mu. Moga-mogahan orang di dalam kubur itu berkata, ya dia ada membuat kesalahan pada aku, dan aku memaafkan dia sebab dia telah berdoa untuk aku. Wallahualam.. Sekiranya orang itu masih hidup, tapi dia tidak mahu maafkan kesalahan kita, jangan risau dosa kita dengan orang tu dah habis, sekarang ini orang tu yang berdosa pada Allah sebab tak maafkan kesalahan kita.
Di dalam Masjidil Haram sememangnya tiada waktu haram bagi solat, maka solat taubat di sini boleh di lakukan sepanjang masa. Ia dinamakan Haram kerana tanah dan isi kandungannya di haramkan menjadi bahan untuk api neraka. Ustaz menasihatkan supaya banyakkan bersabar, ruang solat terhad kerana terlalu banyak jemaah, sekiranya di langgar, di tolak, di tepis atau di langkah ketika solat, maafkan lah yang berbuat kesalahan. Semasa tawaf nanti terlalu banyak jemaah lelaki dan perempuan bercampur sekiranya tersentuh kulit, ini tidak akan membatalkan wuduq kerana Allah memberi kelonggaran dan mempermudahkan jemaah untuk beribadat dengan syarat bukan dengan sengaja kita sentuh jemaah lain. Jarak tawaf adalah lebih kurang 3.5 ke 4km, dan ini bergantung sekiranya di beri rezeki berada betul-betul di di hadapan Kaabah jarak hanya 200meter. Tetapi di sebabkan terlalu banyak jemaah maka jarak pusingan Tawaf semakin besar. Air zam-zam di situ ada yang yang suam dan sejuk, adat minum air zam-zam adalah berdiri sambil berdoa. Semasa saie dari Bukit Safa dan Marwah nanti lelaki di sunatkan untuk berlari-lari anak, sekarang ini ada tingkat baru yang di buka di tingkat 3, sekiranya tak larat berjalan boleh menaiki motor dengan bayaran RM50. Atok ada bagi nasihat jangan guna khidmat orang tolak kerusi roda sebab upah RM400. Ya Allah permudahkan urusan ibuku, jauhkan mak dari sakit pinggang dan moga papa kuat dan tak sakit lutut. Risau aku sekarang ni papa solat duduk kat kerusi. Moga Allah beri kesihatan pada kami sekeluarga nanti.
Ustaz banyak menyelitkan lawak-lawak dan menyoal soalan tadi untuk mengelakkan kami mengantuk. Semua topik Ustaz cover termasuk contoh cara memakai pakaian ihram bagi jemaah lelaki. Kursus ini berakhir pada jam 12.45pm. Selepas tu aku dan makpapa ke rumah orang kahwin, 2 masjlis khatan dan pergi rumah atok kat Klang. Alhamdullilah.. walaupun penat, aku bersyukur dengan ilmu yang di peroleh hari ini. Ya Allah permudahkan lah urusan kami sekeluarga dan jemaah lain di sana nanti..Amin..
No comments:
Post a Comment