NUFNANG

12 December 2013

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

As Salam..

Hari ni terajin sikit nak masak sebab mak ajak ke pasar.

So jam 8a.m lagi dah bertolak dengan mak & anak buah ke seksyen 24 Shah Alam untuk ambik maklang. Kitorang gi Pasar Meru Klang untuk cari barang dapur dan shopping barang lain kat Tesco Shah Alam. Mak suka gi pasar sini sebab murah, kalau Pasar Borong Seri Kembangan ikan harga agak mahal cikit. Kalau pasar Selayang lagi lah murah, tapi jauh benor pulak..hu. Kalau nak ikan baru & segar datang lah jam 3a.m kat pasar Meru. Teringat pulak tahun lepas, masa tu aku dan mak datang jam 10a.m time pasar nak tutup, dorang lelong jer ikan kembong selonggok RM1.00.. Ikan baru lak tu.. giler murah, sampai kembong2 perut makan..hu hu.. Ok sambung balik...

Ikan siakap yang besar RM8.50 per kg
Ikan siakap saiz sedang RM10 per kg

Tadi mak ambik campur-campur 7 ekor ikan siakap, harga baru RM39. If nak orang pasar tolong menyiang ikan, harga berubah jadi RM9.00 per kg or RM10.50 per kg.. Still berbaloi kan, memang murah. Last aku masak ikan siakap tiga rasa or masak stim ni masa aku belajar degree dulu. Dulu memang rajin giler masak macam-macam resepi aku cuba. Pastu aku ni jenis memandai-mandai try & error mix kan pape masakan. Janji sedap and boleh ditelan. But sejak dah kerja ni, dah lama dunia dapur ni ditinggalkan, just kadang-kadang jer time cuti memasak. Tu pun 2 bulan sekali kot. Like orang dolu-dolu cakap dapur tak berasap...hu. 

So aku masak ikan yang paling besar tadi and terpaksalah belah dua..sebabsize kuali tak berapa nak besar... Abang ipar aku ni jenis yang tak suka makan ikan, hari-hari menu ayam jer, but sorry yer abang, malam ni dinner ikan yer :p. So entry kali ni nak share resepi Ikan Siakap Tiga Rasa. Share masakan untuk saiz seekor ikan besar,


*****************************

Buang sisik habis-habis yer..



Basuh bersih-bersih k..
*****************************

Bahan Penyediaan
 
Untuk Ikan: 
Seekor ikan siakap
Tepung jagung -lumur pada ikan
Minyak masak

Penyediaan
Ikan dibersihkan di basuh dengan limau purut dan garam.
Lumur tepung jagung dan goreng.


 *****************************
 
Untuk Kuah
Minyak untuk menumis 
1/2 biji bawang bombay -potong bulat
4 ulas bawang putih -titik
3 sudu Cili Boh
   6 biji cili padi - belah dua
1 inci halia - dihiris
1/2 biji tomato
2 biji cili merah- ricir
1/2 biji epal hijau
2 sudu besar sos tomato, cili thai, sos tiram
2 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
1 sudu perencah tomyam Adabi
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula 1 sudu

Lobak
 

Penyediaan
Tumiskan bawang putih, cili Boh, bawang merah, halia dan serai. 
Dah garing sedikit masukkan bawang besar, semua jenis sos serta perencah tomyam. 
Tuang segelas air dan masukkan garam, gula, ajinamoto.
Last sekali masukkan daun bawang, daun sup, tomato & lobak.


 *****************************

      Tips
  • Ikan jangan terlalu garing, nanti isi keras
  • Masak la pakai minyak bunga matahari untuk kurangkan kolestrol
  • Suka guna epal hijau dari nanas, sebab bila makan lagi sedap. Rasa rangup time mengunyah
  • Saja letak perencah tomyam sebab akan rasa lagi sedap & wangi
  • Daun limau purut make sure buang tulang yang tengah tu untuk elak kuah rasa pahit
  • Masa menyiang ikan, cuci bersih darah pada tulang tengah ikan, bahagian ni lah punca bau hanyir


 Sekian sahaja selamat mecuba
Adiyosssss.....
 *****************************


***************************** 



*****************************  

 
*****************************  



***************************** 

with Maklang



No comments:

Post a Comment

.