As Salam..
Hari ni aku cuti. Jam 9a.m aku de appointment mata dengan Dr. Yeoh kat Advance Vision. So jam 8a.m En Yd dah sampai rumah breakfast dengan family aku sekali. Appointment ni just check up untuk mata sahaja.
Mujur aku datang awal ramai nya customer. Makin famous eye specialist ni. Tapi menunggu dalam sejam setengah lahjugak lah. Tadi aku berpeluang berbual dengan uncle chinese ni. Dia dah buat surgery 3 tahun lepas untuk rabun dekat dan tahun ni dia datang untuk bawak wife dia pulak. Dia cakap kat aku dulu dia buat surgery benda ni x famous pun. Time tu cost dia buat RM15,000. Mak aii.. dah macam kos kenduri kahwin kot. Tapi dia free jer sebab insurance cover. Sempat gak lah dia membebel kat aku benefit insuran ni..hu. Aku ada insurans tapi insuran pekerja lah..he.. of course la x cover cost Lasek Surgery. Aku pun confirm dengan consultant situ. AIA memang x cover.
Masa medical check up aku ada tanya dengan Dr Yeoh, dia cakap power mata aku less than 50. Dia cakap power memang takkan zero mesti ada cikit yang tinggal. Kalau aku nak check betul power mata ni better after 3 month. Yelah untuk patient Lasek Surgery macam aku recovery memang lambat cikit berbanding Lasik Surgery. But so far tadi masa buat eye test, font yang kecik-kecik aku boleh sebut dengan jelas. Alhamdullilah, rasa syukur sangat dengan nikmat mata yang Allah bagi. Aku kena lah jaga dan hargai pemberian nikmat semula ni.
Next appointment lagi 3 bulan. Aku pun x sure ada appointment lagi tak lepas tu. Sekarang ni mata aku dah jelas, dah tak nampak kabus. Mata pun dah tak kering macam after surgery. Sebelum ni kalau mata kering jer mesti mata ni rasa pedih. Kalau sebelum nipakai celak lagi lah, time nak padam celak terasa sangat kelopak mata tu sakit. Cuma baru 2 hari ni je aku pakai celak. Time padam dah tak rasa sakit. But mascara aku tak berani pakai lagi, risau pulak habuk masuk mata..
No comments:
Post a Comment