As-salam
Entry kali ini sekadar berkongsi, mengingat dan mengingati.
Sesungguhnya Allah hanya memanggil kita 3 kali dalam hidup ini.
Terasa sungguh kerdil aku di bumiMu ya-Allah.
Seringkali aku terleka, melengahkan, lalai dan bersifat malas.
Ya Allah .. ampunilah dosa hambaMu ini dan dosa seluruh umat Islam.
* * * * *
PANGGILAN PERTAMA
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada keterangan-keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkan kewajipan ibadat Haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekelian makhluk"

"Hayya
'alas solah"
(Marilah menunaikan solat)
Seruan yang berkumandang saban hari bermula dari terbit fajar waktu Subuh hinggalah terbenam matahari membawa ke malam hari.
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (An-Nisa; : 103)

PANGGILAN KEDUA
"Labaikallahumma
labbaik, labaikala syarika laka labbaik. Innal hamda wan nikmata laka wal mulk,
la syarikalak" (Aku datang memenuhi panggilanMu, ya Allah. Aku datang
memenuhi panggilanMu, aku datang memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu, aku
datang memenuhi panggilanMu, sesungguhnya segala puji, kenikmatan dan kekuasaan
adalah milikMu)
Lafaz talbiah yang sering diucapkan oleh jemaah yang pergi menunaikan ibadat haji dan umrah. Seruan dan panggilan kepada mereka yang beriman dan bertakwa untuk menjadi tetamu Allah di bumi Mekah Al Mukarramah.
Lafaz talbiah yang sering diucapkan oleh jemaah yang pergi menunaikan ibadat haji dan umrah. Seruan dan panggilan kepada mereka yang beriman dan bertakwa untuk menjadi tetamu Allah di bumi Mekah Al Mukarramah.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada keterangan-keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Maqam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkan kewajipan ibadat Haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekelian makhluk"
(Al-Imran : 96-97)
Untuk seruan kedua ini, manusia dapat dibahagikan kepada 3
golongan:
Pertama:
Kami dengar dan kami taat
Orang yang iman dan takwanya
mantap, dan rasa hatinya sangat ingin segera menyambut panggilan Allah. Mereka
juga dikurniakan Allah nikmat harta, kesihatan dan kesempatan. Setelah memenuhi
5 perkara iaitu niat, harta, kesihatan, pengangkutan dan keupayaan, tanpa
berlengah, golongan ini segera menyahut panggilan itu.
Kedua:
Kami dengar tetapi kami diam
Orang yang telah Allah berikan
nikmat harta, kesihatan dan kesempatan, tetapi detik atau gerak hatinya sama
sekali tidak ada. Mereka sebenarnya sudah cukup mampu dari sudut fizikal dan
material tetapi masih mengelak untuk mengerjakan haji. Alasan mereka,
"belum sampai seru", jadi mereka tidak merasa bersalah, kerana merasa
perlu tunggu sehingga sampai seru dari Allah.
Ketiga:
Kami dengar tetapi keupayaan kami terbatas
Golongan ini tidak wajib memenuhi
panggilan Allah. Allah menguji mereka dengan kesempitan harta atau penyakit.
Tetapi Allah selalu menghitung amalan-amalan mereka, walaupun mereka tidak
diberi kesempatan untuk mengunjungi rumahNya, bahkan ada antara mereka yang
amalannya melebihi orang-orang yang sudah menunaikan ibadat haji. Mereka tidak
menyahut panggilan Allah bukan kerana cuai atau membangkang tetapi kerana tidak
berkeupayaaan. Tetapi mereka terus berusaha mencari cinta Allah dengan
melakukan ibadah-ibadah lain.
* * * * *
PANGGGILAN KETIGA
"Panggilan
maut"
Sesungguhnya panggilan ini adalah
hak mutlak Allah SWT. Bersedia atau tidak, senang atau susah, yang tua mahupun
yang muda, miskin atau kaya, bahagia mahupun derita, di mana pun berada, samada
kita bersembunyi atau mengelak, panggilan ini tetap datang. Teringat satu lagu,
"Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur dipembaringan..."
"Katakanlah (wahai Muhammad) :
Aku tidak berkuasa menolak mudharat dan tidak juga berkuasa mendatangkan
manfaat kepada diriku kecuali apa yang dikehendakki oleh Allah. Bagi tiap-tiap
umat ada tempoh yang ditetapkan. Maka apabila tiba tempohnya, tidak dapat
mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka
menyegerakannya."
(Yunus
:49)
No comments:
Post a Comment