NUFNANG

1 October 2013

Blended Surgery dengan Prof. Muhaya

As salam ..

25 September 2013
Aku bawak kakak dan mak ke Advance Vision untuk buat pemeriksaan mata. Diorang pun teruja nak buat Lasik Surgery memandang adik aku dah buat bulan Raya hari tu. Dan dia pun bagi feedback yang baik kat kitorang. Kesihatan mata kakak alhamdullilah so dia boleh buat pakej yang RM2885. Tapi mak sebab umur dah 50tahun consultant kat situ tak dapat buat. Sebab mereka terima patient umur maksimum 38tahun sahaja. Kesian dekat mak, mak pulang dengan hampanya. Mak asik cakap sedih jer. Mak nak mata terang utuk jelas membaca. So aku decide nak bawak mak ke Prince Court untuk buat pemeriksaan mata. Lagi pun mak memang minat sangat dengan Prof Muhaya. Setiap rancangan Prof mak tonton. Selalu jer mak membebel kat kitorang adik beradik nasihat yang Prof bagi kat TV.

26 September 2013
Aku pun call no hotline Prince Court 03-21600000. Seksa nya nak call banyak kali putus. Last-last dapat gak sambungan dan customer service transfer ke talian 03-21600332. Ada lah dekat 20minit tapi talian terputus. Call lagi putus lagi sampai 3x.. Asik busy jer memanjang. Aku lum give up lagi, aku try google jumpa lah 2 no ni. *Sila sms saja hp 0122517796 atau 0163873282 ( panggilan tidak diterima)* So aku sms cakap nak buat appointent 28 October untuk pesakit umur 50tahun. Lepas setengah jam aku terima panggilan dan dorang tetapkan appointment jam 10am. Dorang mintak nama penuh mak. Tarikh lahir dan no hp untuk reference. Huh senang nye. Tau aku sms jer direct.

27 October 2013
Aku bawak mak ke Prince Court. Aku ni buta jalan. Nasib baiklah ade Waze. Senang jer sampai. Sampai situ kami ambil nodan register kemudian naik ke tingkat 3 untuk buat assessment mata. Memang lama amik masa 4 jam banyak betul bilik untuk mak check mata. Alhamdullilah mata mak tiada katarak. Tapi mak bermasalah rabun dekat+jauh walaupun tak tinggi power, tapi benda ni bagi kesan pada mak. Kes mak special sikit sebab nak kene scan tengok urat saraf belakang mata. Mak selalu pening kepala. Baca al-quran, paper or magazine pun tak jelas. Mak tak nak pakai spec mak akan rase lagi bertambah sakit kepala. Sebab tu spec yang ada jadi hiasan jer.

Habis jer assessment  kami berpeluang jumpa Prof Muhaya dalam bilik pejabat dia. Prof ni seorang yang sangat bermurah hati. Dia bagi diskaun untuk rawatan surgery  mata mak. Harga asal untuk blended surgery RM7990 untuk Laser Blended Vision bagi yang berusia 40tahun keatas dan kalau bawah 40tahun RM6990 untuk premium Lasik. Diskaun yang prof bagi banyak lah jugak.... Berapa diskaun nye?.. he..he.. biarlah rahsia..

Hari tu Prof Muhaya terima hadiah buku dah Coklat Ferreroche. Dia suruh pembantu dia bukak pembalut dan bagi kat setiap sorang patient yang ada hari tu.. Baik nya hati Prof..Semoga Allah setiasa murahkan rezeki prof..Amin..Prof panggil mak Hajah. Sebab kan mata mak case dia special sikit. Prof cadangkan sebelah mata buat rabun jauh dan sebelah mata buat rabun dekat. Siap bagi example kalau mak nak cucuk benang pada jarum kene kenyit tutup satu mata. Prof cakap lepas surgery bolehlah mata kanan lihat jelsh baca Al-Quran dan mata kiri lihat tasbih.

Habis jer assessment Prof bergegas nak keluar sebab ada jemputan ceramah. Jadual prof memang padat. Pandai Prof bahagikan masa. Aku respect giler dengan prof.. Kalau korang datang hari Jumaat macam aku memang lah ramai orang. Sebab prof akan buat surgery pada patient lelaki dahulu untuk bagi peluang mereka pergi solat Jumaat. Tapi kalau assessment mata takpe sebab nurse2 lain yang buat kat situ. So akau tetapkan tarikh 1 October untuk hari surgery mak. Lagi pun mak diberi ubat titis yang memang kena pakai 2 hari sebelum surgery.

Pastu nurse tu beritau kami kos assessment RM195. Kalau nak booking tarikh surgery RM600. So aku decide nak bayar habis. Aku campur-campur bayar pakai debit ATM dan Credit Card Maybank. Credit limit tinggal sikit so tak cukup nak one-swipe payment sekaligus. Masa bayar tu aku di cas harga penuh. So aku cakap lah yang Prof ada bagi diskaun so staff tu confirmkan balik & betul aku ada pengurangan. Hu.. nasib baik aku decide bayar hari tu gak. Kalau bayar masa hari surgery tak hari surgery macam mana aku nak cari balik assistant prof untuk buktikan diskaun tu.








30 September
Hari surgery untuk mak. Hari-hari biasa memang kurang patient, macam hari ni just 3 pastient jer surgery. Patut jam 9am tapi kami terlewat setengah jam sebab jem yang teruk. Biasa la KL. Kalau tak jem something wrong namenye..hu hu.. So aku berpeluang record setiap saat dari mulanya mak melangkah ke bilik surgery sampai selesai. Cepat nya. Dalam 15minit jer. Mak cakap tak sakit pun. Cuma after surgery mata mak pedih sikit sebab kering. Lepas titis ubat mata, pedih tu hilang.





Prof Muhaya ni cantik. Seorang yang bersemangat. Memang excited tengok dia. Mak pun berapa kali peluk Prof ucap terima kasih. Anyway thanks Prof .. Kami sentiasa kenang budi baik Prof. Moga Allah permudahkan dan permurahkan lagi rezeki Prof sekeluarga.. Amin.. Huh..tinggal aku dengan kakak aku jer 11 Oktober ni. Lasik surgery dengan Advance Vision..


No comments:

Post a Comment

.