NUFNANG

16 February 2016

Outing di Aroma Ikan Bakar, Jeram 1 Feb 2016


As salam,

Entri kali ni just nak share menu dan gambar2 outing di Jeram. Dah lama tak outing dengan team office. Kali ni kitorang makan seafood kat Jeram, Kuala Selangor. Tempat ni memang famous sebab harga murah dan berpatutan. Ni dah kali ke 5-6 aku kesini. Memang tak jemu untuk orang yang kuat makan macam aku..hah ha..lagipun murah dan sedap. Outing seramai 10 orang dengan total kos makan RM567.96. But mereka cas RM567 sahaja. Memang murah sebab lauk sebanyak-banyaknya. Makan sampai xlarat. Kami pergi hari Isnin, so xramai orang dan selesa makan disitu. Bagi aku menu tersedap ketam telo masin dan ikan pari bakar yang mana pencicah asam dia sedap. Anyway memang enjoy makan malam tu. 



Menu yang kami order:
Ketam - 2.995kg = RM164.73   (chili crab & telo masin)
Ikan pari 2 ekor - 1.52kg = RM59.69 (ikan pari bakar)
Siakap 3 ekor - 1.6 kg = RM83.50 (siakap stim, siakap 3 rasa, & siakap goreng cili)
Sotong 4 ekor - 1.4kg = RM80.30 (Sotong bakar & sotong goreng tepung)

Udang A - 815g = RM77.42 (Butter prawn)
Tomyam 2 mangkuk = RM30 (Tomyam campur)
Kailan Ikan Masin 3 pinggan = RM24.34
Air Tembikai - 2 Jug = RM36.00
Air kosong - 2 Jug = RM0
Nasi putih - 3 bekas = RM11.98
TOTAL = RM567.96

Cara pengiraan menu dia, setiap kg ikan darab dengan harga masakan. Contoh siakap 1.6kg x RM50 = RM80. Harga slightly different maybe sebab tax. Sebab harga kat resit dah inclusive tax.


Shah, jason , suba & prakash

Outing Planner - Me & Jora

Boss, Ann & Wei Nan


Fantastic

my lovely boss & my adik ann
 

























Aroma Ikan Bakar
Jalan Jati, Pantai Jeram,
45800 Jeram, Kuala Selangor
Tel: 0192084452 / 0173163117

Waktu:
Sabtu & Ahad 12.00pm-12.00am
Isnin - Jumaat 4pm- 12.00am







.