As salam...
Korang pernah dengar tak kutu emas or kutu gold kat FB...
Aku mengaku memang betul banyak penipuan, mak kutu lari la, or player dah sampai dia punye turn dia plak lari. Aku ni ambil risiko jer beli rantai secara kutu online.
Aku join dengan Fb: Yulia Fitri Gold. Alhamdullilah jujur orangnya. Pilihan kutu bulanan bergantung. Nak ambil monthly RM100, RM200, RM300 ke. Pilihan 5bulan, 7bulan...ikut korang.
Aku join December 2014. Kebetulan aku dapat turn no.2. Rezeki aku, yang dapat kutu no.1 tu lagi untung sebab time tu emas RM158/gram. Time aku beli pulak harga emas RM163/gram.
Mak kutu emas ninamanya Raihan Kamal Gold. Boleh lah bukak FB dia, make sure cari agen yang berdaftar. Silap agen duit korang lesap. Yulia ni kawan forex aku, so aku memang trusted kat dia 100%..hah hah. Kat bawah tu design yang aku pilih. Aku amik 60cm, tersilap panjang sangat, lepas letak loket bertambah panjang, rasa cam mak datin plak..he. Patut amik 55cm pun dah ok.
|
Design aku pilih |
|
Barang sampai semalam |
Berat dalam gambar asal adalah anggaran sahaja. Macam aku nye case, dalam gambar stated as 16.06gram, tapi bila dapat resit rantai yang aku terima berat 15.7gram, siap dapat duit balance ngan Kit Kat. Kalau harga rantai lebih dari duit kutu, kenelah top up cikit.
Kalau orang tanya aku, why join kutu ni, nape tak beli kat kedai jer, barang kan on the spot dapat, ni barang nak sampai process delivery jek 2 minggu, kat kedai takde risiko kene tipu, kalau barang tak sampai macam mane. Benda ni depends on individual perception. If uols ade duit sedebuk beli la direct kat kedai. Kalau simpanan kurang, dan uols jenis susah nak simpan duit, join kutu, benda ni force saving, nak tak nak kena cari duit tuk bayar kutu bulan tu.
In term of price pun difference yer. Sebab kat kedai Tomei harga per gram RM170 upah plak dekat RM350. Memang mahal. Aku beli total RM2730. Kalau kat Tomei RM3019. Aku jimat RM289. Pastu plak, aku tak habes pun bayar kutu lagi. Kalau aku nak saving sendiri bulanan, nak tunggu kumpul duit 3k..harga emas pun dah makin naik time tu.
Mak ngan En. Yd memang bising, dia cakap aku ni berani sangat, aku berani sebab trusted kat Lia tu, lagipun jualan barang kemas ni kat FB Raihan Kamal Gold ni dah 3tahun, kalau dorang nak tipu sehari jer, memang dah kene tangkap, FB pun dah close, jualan semua pun dah stop. Betul x, make sense kan.
Aku dah pun check kat Tomei Alamanda, memang rantai tu emas 916 tulen, pastu plak design sebijik kat situ, aku bukak balik Fb ni design dorang jual semunya sama ngan design kat Tomei. Padan la cantik2. Actually aku beli rantai ni, sebab En. Yd suruh, dia nak sarung rantai ni masa nikah nanti.Duit dia bagi aku simpan. Aku tak nak la beli cash, aku bayar kutu sebab x mau beban sangat. Aku sengaja buat force saving bayar kutu dari gaji. Ni jer cara aku tuk aku kurangkan shopping. Kalau tak gaji cepat jer habes. hu hu..
Conclusion: Puas hati
- Bayar kutu installment
- Design sama ngan Tomei
- Harga lebih rendah
- Emas tulen
- Salah satu cara force saving
- Saving for future ..belilah gold banyak-banyak