NUFNANG

23 February 2014

JOM ... DIY SHAWL HALFMOON

As salam..

Hari ni aku nak buat tutorial Shawl Halfmoon. Idea ni datang dari kakak aku. Dia suh aku buat memandangkan aku cuti panjang sekarang. Aku pun setuju la. Tak susah pun.. tersangatlah mudah dah cost pun rendah. Satu Shawl Halfmoon jenis Chiffon lembut pun dah cost RM40. Biasanya aku beli kat Alam Sentral. Tapi kali ni aku dapat buat 3 Shawl dengan cost kurang dari ni..hu hu..


 ********    ***********    ********

Step 1
Lukis pola pada kertas minyak. Size kain 1.5 meter bagi bidang kain 45 inci.  Kalau nak lebar lagi pun boleh. Ni size standard kat butik-butik tudung.


Step 2
 Beli kain Chiffon. Rasa dulu texture kain. Ade yang kasar macam kain net. Aku pilih Chiffon yang jenis lembut. Sangat selesa di pakai. Kain ni aku beli kat Jalan Taiping Klang. Bangunan area sebelah Centrepoint Klang. Harga RM4.40/ meter. Aku beli 1.6 meter untuk 3 color berlainan.

Step 3
Pola tadi aku selefon tape dengan masking tape putih. Supaya keras sekeliling pola. Jadi senang nak potong bila letak ke atas kain. Kertas minyak ni hujung nya senang terkoyak. So masking tape ni boleh buat kertas tahan lama sikit. Kain tu di lipat dua. Yang tanda 3 titik tu sebagai tanda bahagian lipatan kain. Lepas letak peniti kat sekeliling kain korang gunting ler. Tak yah lebihkan 1/2 inch masa potong, aku gunting jer ngam-ngam ikut tepi kertas minyak. Sebabnya kalau jahit tepi pun takkan ubah banyak size tudung. Just uols kene make sure kat garisan lurus tu potong lurus yer. Bahagian yang bulat tu takpe, Kalau senget sikit cantik jer lepas jahit tepi sebab akan jadi beralun sikit tudung. 
 Habis dah potong

Step 4
Bawa gi jahit tepi tudung. Aku pergi ke kedai bunga seksyen 18 tuk jahit tepi. Aku suka kedai ni sebab kita boleh pilih color benang yang matching dengan tudung. Tak semua kedai jahit tepi offer pilih color benang, biasanya satu color je, tu pun color hitam. Jahit tepi tudung dikira RM3.00/ meter. So 1.5 meter cost RM4.50.. hu.. mahal kan. Aku beli kain Chiffon ni semeter pun baru RM4.40. Jahit tepi plak lagi mahal :(

 Dah siap

********    ***********    ********

Kira Cost

1 Shawl Chiffon
1.6 meter x RM4.40   = RM 7.05
Jahit tepi                    = RM 4.50  
Total                           = RM 11.55


3 Shawl Chiffon        = RM 34.65
(Kalu beli kat kedai 1 shawl jer RM40)
jimat, lagi kemas.. somemore banyak choice color, kain pun lembut n bole design Shawl size Halfmoon or 4 segi.
:p


Pasni boleh beli kain Satin cam Shawl Hana Tajima..hu hu






14 February 2014

RESEPI CHICKEN CHOP... :p


As salam...

Hari ni terajin cikit nak masak. So aku masak chicken chop ber resepikan dari en.Google but mix and match sukati aku jer..hu hu. 


Bahan Perap Ayam
Ambil bahagian isi
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
3 sudu kicap
2 inci Halia kisar
3 ulas Bawang putih kisar
1/2 kiub ayam
Garam
Madu 1 sudu
Serai

Bersihkan ayam dan buang tulang. Besar cikit potong biar semu orang dalam umah ni kenyang..he. Campur jer semua bahan kat atas. Pastu perap 3 jam.
 Ayam seekor lebih aku potong 5 bahagian

 Mix bahan-bahan tuk perap ayam selama 3 jam yer

Salutan
2 biji telur
Tepung goreng ayam
Serbuk roti

Lepas dah perap 3 jam, salut daging dengan telur, tepung goreng ayam dan akhir sekali serbuk roti.
 
 Tepung goreng ayam, telur dan ibu roti

 Sos Black Pepper
2 sudu planta
1 biji bawang besar
Mushroom potong
1 kiub ayam

4 cawan air
Kicap secukupnya
1 sudu sos tiram
1 sudu lada hitam
Garam
Gula
2 sos cili
1 sos tomato
Tepung jagung

Tumis planta, masukkan bawang, air, tepung gandum yang dibancuh (aku blend senang), kiub ayam. sos tiram, lada hitam, garam, gula, sos cili, mushroom dan kicap. Last sekali letak tepung jagung yang dibancuh. Masak hingga mendidih.
  
 Goreng ler pe yang patut and hias kemas-kemas




 Kalau rajin buat lah mashed potato sekali. Pakai tepung je, malas nak rebus kentang..hu hu

Coleslow



Sekian sajer.. kbai






10 February 2014

REVIEW: FILEM ROBOCOP 2014

Hari ni aku ngan En. Yd gi tengok movie kat IOI Mall. Tak plan pun, malam tadi kul 12am terima  call dari si dia yang ajak tengok movie hari ni. Katanya tak puas hati tak dapat tengok last week. Kebetulan hari ni dia cuti. Dan hari ni pun bukan public holiday macam last week, so memang sure la banyak sit kosong.

 

Cerita ni boleh dikatakan best. Tapi macam kurang sikit laa... kurang umpp..Aku harapkan lebih action dari Robocop ni. Sebab dia kan hero, so aksi tu kena lah lebih & power kan. Ganas cikit ke..he :p  Starting cerita di Tehran, menunjukkan pengganas adalah dari Negara Islam.. Adoi.. kenapa lah suka babit isu keagamaan. Walaupun scene tu sekejap jer, tapi jadi spoiled mood aku. Kebanyakkan scene menunjukkan Amerika ni negara yang terhebat dan teragung di dunia ni. Apasal lah perasan benor..hu hu.


Jalan cerita boleh tahan tapi takde lah sampai tahap aku rasa nak tengok ulangan nye lagi.

Sipnopsis
Sebuah syarikat gergasi Omnicorp mencadangkan polis robot untuk membanteras jenayah tetapi mendapat bantahan keras dari rakyat dan ahli politik. Alasannya robot tidak mempunyai perasaan dan membahayakan. Sebab terdapat scene kat Taherah di mana robot membunuh seorang budak yang memegang parang. So robot tak boleh recognized wanita dan kanak-kanak. Robot-robot ni akan membunuh sesiapa sahaja yang bersenjata. So nak di jadikan cerita, CEO syarikat Omnicorp iaitu Raymond Sellars mencadangkan untuk mencipta polis robot yang mempunyai hati dan perasaan. Raymond Sellars meminta bantuan dari Dr. Dennett Norton untuk mencipta robot dari manusia. Tetapi niat sebenar Raymond Sellars ni adalah mengaut keuntungan dari ciptaan robot ni. 

 

Seorang polis bernama Alex Murphy di pilih menjadi Robocop setelah dia tercedera teruk dalam sebuah letupan yang dibuat oleh ketua penjenayah Antoine Vallon dengan bantuan 2 orang polis. Robocop sememang nya berjaya menjalankan tugas untuk membunuh penjenayah-penjenyah di bumi Amerika. Tapi di sebabkan dia sememangnya berasal dari manusia, perasaan dia terganggu dan dihantui dengan peristiwa pengeboman dirinya. Robocop menghentikan misi mencari jenayah seketika, dia gagal mengawal emosi dan melanggar arahan Dr. Dennet. Robocop mula memburu dan membunuh semua suspek yang terlibat dalam kes cubaan membunuhnya. Setelah dia siasat rupanya ketua polis turut terlibat dalam hal ini. Demi kepentingan politik, Raymond Sellars mahu mematikan Robocop sebelum lebih banyak rahsia di cungkil. Ini lebih kepada kepentingan mengaut untung dari para pelabur. Dr. Dennet Norton berjaya menghalang cubaan mematikan Robocop, Robocop akhirnya bangkit dan bertempur di Omnicorp dan berjaya membunuh Raymond Sellars.

 

Bangga dengan watak Clara Murphy sebagai wife Robocop, dia mencintai suaminya dengan sepenuh hati dan sedia menerima keadaan suaminya. Walaupun keadaan sebenar Robocop hanya mempunyai organ otak dan paru-paru sahaja tanpa anggota tubuh yang lain.

 

Robocop dengan sut hitam dan mempunyai motosikal berkuasa tinggi dan bersenjata canggih memang nampak smart sangat. Tetiba rasa nak tengok Robocop pertama. Siyes.. aku tak ingat dah..he he

Sambil menaip makan kebap atss katil

 

 



REVIEW: FILEM LONE SURVIVAL

Produser, Sutradara, Penulis, dan Pemain Film Lone Survivor (2013)
Produser : Akiva Goldsman, Barry Spikings, Sarah Aubrey, Randall Emmett, Norton Herrick, Steven Levinson
Sutradara : Peter Berg
Penulis Naskah : Peter Berg
Aktor dan Aktris : Mark Wahlberg, Eric Bana, Taylor Kitsch, Ben Foster, Emile Hirsch, Alexander Ludwig, Jerry Ferrara, Scott Elrod, Yousuf Azami, Ali Suliman, Rohan Chand, Sammy Sheik, Matthew Page

3 Feb lepas aku ngan En. Yd tengok movie ni kat IOI Mall.
Lone Survival adalah kisah mengenai 4 sahabat yang menentang puak Taliban. Perhubungan sebagai military partner yang bekerjasama menolong rakan yang lain. Hanya seorang jer yang terselamat. Dan kisah ini di adaptasi dari kisah benar.

Nak review panjang pun malas, semua cerita kebanyakkan dalam hutan. Yang tak best nye, nk komen citer ni susah sebenarnya, sebab filem menunjukkan Umat Islam itu ganas dan jahat. Actually aku sendiri tak tau yang Puak Taliban ni baik atau sebaliknya. Sebab kalau google macam-macam pendapat. Tapi takut jugak cerita sebenar di pesongkan. Sebab banyak jer sumbangan Taliban ni pada negara-negara Islam.

So far aku nyesal tengok citer ni ngan En. Yd. Mulanya nak tengok Robocop tapi sit penuh. Tu lah En. Yd bukan nak plan awal-awal. Tau leh book online..hu. Ajak tengok citer melayu dia taknak..Tengok movie time cuti Hari Wilayah.. ni lah jadi nye..hu hu

 
 



.