NUFNANG

14 February 2014

RESEPI CHICKEN CHOP... :p


As salam...

Hari ni terajin cikit nak masak. So aku masak chicken chop ber resepikan dari en.Google but mix and match sukati aku jer..hu hu. 


Bahan Perap Ayam
Ambil bahagian isi
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
3 sudu kicap
2 inci Halia kisar
3 ulas Bawang putih kisar
1/2 kiub ayam
Garam
Madu 1 sudu
Serai

Bersihkan ayam dan buang tulang. Besar cikit potong biar semu orang dalam umah ni kenyang..he. Campur jer semua bahan kat atas. Pastu perap 3 jam.
 Ayam seekor lebih aku potong 5 bahagian

 Mix bahan-bahan tuk perap ayam selama 3 jam yer

Salutan
2 biji telur
Tepung goreng ayam
Serbuk roti

Lepas dah perap 3 jam, salut daging dengan telur, tepung goreng ayam dan akhir sekali serbuk roti.
 
 Tepung goreng ayam, telur dan ibu roti

 Sos Black Pepper
2 sudu planta
1 biji bawang besar
Mushroom potong
1 kiub ayam

4 cawan air
Kicap secukupnya
1 sudu sos tiram
1 sudu lada hitam
Garam
Gula
2 sos cili
1 sos tomato
Tepung jagung

Tumis planta, masukkan bawang, air, tepung gandum yang dibancuh (aku blend senang), kiub ayam. sos tiram, lada hitam, garam, gula, sos cili, mushroom dan kicap. Last sekali letak tepung jagung yang dibancuh. Masak hingga mendidih.
  
 Goreng ler pe yang patut and hias kemas-kemas




 Kalau rajin buat lah mashed potato sekali. Pakai tepung je, malas nak rebus kentang..hu hu

Coleslow



Sekian sajer.. kbai






2 comments:

  1. Menariklah nampak seperti mkn d kedai, untunglah siapa dpt ayu ni dh la cantik pndai masak plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. X de la kak. Sebab cuti.. klu x, dapur x berasap..he

      Delete

.