Hari ni aku ngan En. Yd gi tengok movie kat IOI Mall. Tak plan pun, malam tadi kul 12am terima call dari si dia yang ajak tengok movie hari ni. Katanya tak puas hati tak dapat tengok last week. Kebetulan hari ni dia cuti. Dan hari ni pun bukan public holiday macam last week, so memang sure la banyak sit kosong.
Cerita ni boleh dikatakan best. Tapi macam kurang sikit laa... kurang umpp..Aku harapkan lebih action dari Robocop ni. Sebab dia kan hero, so aksi tu kena lah lebih & power kan. Ganas cikit ke..he :p Starting cerita di Tehran, menunjukkan pengganas adalah dari Negara Islam.. Adoi.. kenapa lah suka babit isu keagamaan. Walaupun scene tu sekejap jer, tapi jadi spoiled mood aku. Kebanyakkan scene menunjukkan Amerika ni negara yang terhebat dan teragung di dunia ni. Apasal lah perasan benor..hu hu.
Jalan cerita boleh tahan tapi takde lah sampai tahap aku rasa nak tengok ulangan nye lagi.
Sipnopsis
Sebuah
syarikat gergasi Omnicorp mencadangkan polis robot untuk membanteras
jenayah tetapi mendapat bantahan keras dari rakyat dan ahli politik.
Alasannya robot tidak mempunyai perasaan dan membahayakan. Sebab
terdapat scene kat Taherah di mana robot membunuh seorang budak yang
memegang parang. So robot tak boleh recognized wanita dan kanak-kanak. Robot-robot ni akan membunuh sesiapa sahaja yang bersenjata. So nak di jadikan cerita, CEO syarikat Omnicorp iaitu Raymond Sellars
mencadangkan untuk mencipta polis robot yang mempunyai hati dan perasaan. Raymond Sellars meminta
bantuan dari Dr. Dennett Norton untuk mencipta robot dari manusia. Tetapi niat sebenar Raymond Sellars ni adalah mengaut
keuntungan dari ciptaan robot ni.
Seorang polis bernama Alex Murphy di pilih menjadi Robocop setelah dia tercedera teruk dalam sebuah letupan yang dibuat oleh ketua penjenayah Antoine Vallon dengan bantuan 2 orang polis. Robocop sememang nya berjaya menjalankan tugas untuk membunuh penjenayah-penjenyah di bumi Amerika. Tapi di sebabkan dia sememangnya berasal dari manusia, perasaan dia terganggu dan dihantui dengan peristiwa pengeboman dirinya. Robocop menghentikan misi mencari jenayah seketika, dia gagal mengawal emosi dan melanggar arahan Dr. Dennet. Robocop mula memburu dan membunuh semua suspek yang terlibat dalam kes cubaan membunuhnya. Setelah dia siasat rupanya ketua polis turut terlibat dalam hal ini. Demi kepentingan politik, Raymond Sellars mahu mematikan Robocop sebelum lebih banyak rahsia di cungkil. Ini lebih kepada kepentingan mengaut untung dari para pelabur. Dr. Dennet Norton berjaya menghalang cubaan mematikan Robocop, Robocop akhirnya bangkit dan bertempur di Omnicorp dan berjaya membunuh Raymond Sellars.
Bangga dengan watak Clara Murphy sebagai wife Robocop, dia mencintai suaminya dengan sepenuh hati dan sedia menerima keadaan suaminya. Walaupun keadaan sebenar Robocop hanya mempunyai organ otak dan paru-paru sahaja tanpa anggota tubuh yang lain.
Robocop dengan sut hitam dan mempunyai motosikal berkuasa tinggi dan bersenjata canggih memang nampak smart sangat. Tetiba rasa nak tengok Robocop pertama. Siyes.. aku tak ingat dah..he he
Sambil menaip makan kebap atss katil |
Akak pun pegi tgk movie ni..boleh tertidur dalam panggung tu...ahaha...hero je ensem..hai..hai..pegi ngan ehem2 eh heee
ReplyDeleteBetul tu kak.. advertisement lebih gah dr jln citer..hu hu ;(
Delete