NUFNANG

26 December 2014

Pemilihan Katering

As salam...

In Shaa Allah, Majlis aku pada September 2015 nanti. Pemilihan date, adalah hari lahir mak.

Setelah berbincang ngan En. Yd ngan parents aku, kitorang nak amik acik jiran belakang ni jer..Mega Event Catering. Lagipun aku dah attend 2 majlis yang catering dari Mega Event ni, memang kemas, teratur, bersih, masakan pun sedap dan panas.. Kalau nak berkampung memang tak larat, tambah lagi kawasan umah ni family aku baru pindah. Lagipun penat, rumah pun berselerak. Komuniti kawasan aku ni kalu ade event memang amik ngan Mega Event. So mmg puas hati dengan cara kerja dia.

Hope semuanya berjalan lancar. Takde buat grand sangat, yang termampu jer. Ni brochure catering tu dan sekitar gambar majlis yang aku cilok dari fb dia. Ingat nak amik pakej RM14.50 (1000 pax). Ni kawan papa aku, hope dapat murah lagi cikit ker..he.

Sebenarnya aku nak ambik Angs*** Catering. Sebab pakej dia murah. Tapi pengalaman aku sendiri pada majlis sepupu aku 3tahun yaang lepas, jam 3pm nasi dan lauk dah basi. Jam 2pm tu ok lagi tapi dah berair cikit. Aku cube convince parents aku dorang dah improve, tu kesilapan 3 tahun lepas, tapi parents aku tetap tak setuju. So kitorang decide amik Caterer terdekat dah tentu selamat. Lagipun harga masih berbaloi dan masih dalam bajet.



 


















Kursus Kahwin di Masjid As-Salam Puchong 20-21 Disember


As salam...

One step closer..
Aku dah pun pergi kursus kahwin dengan En.Yd kat Masjid As-Salam Puchong or lebih dikenali Masjid Terapung Puchong. Tak jauh dari umah dalam 18km jer, kalu umah En Yd lagi lah dekat lebih kurang 4km.

Ni kursus kahwin ke-4 aku pergi. Dulu mase belajar kat UITM ade program TITAS, tiap sem pergi sebab free and nk sijil free. Memamg berbeza modul dulu dan sekarang. Next year modul kursus kahwin seminggu, kene bermalam sekalikat situ, tak tau la rumors ke tak. Hu.. yang penting aku attend kursus tahun ni..fuhh..lega.








Majlis perkahwinan Badrul 1 November 2014

As salam..

Aku ngan kawan-kawan sekerja konvoi pergi majlis perkahwinan Bad kat Bandar Salak Tinggi, dah December baru nak post..Majlis perkahwinan simple but cantik, nanti aku pun nak buat macam ni, taknak membazir. Ikutkan nak nikah jer tapi ikut kehendak family so buat jugak la majlis nanti.

Sekitar gambar-gambar di Majlis Perkahwinan Badrul. Semua sporting ngan gile..he








Last day Bad at Max**
Gamba akhir dengan dia. Dia dpt better offer kt Dhoha. Moga Success, selamat pengantin baru dan selamat memulakan kerjaya baru.

Hensom bad..possing maut
 






Lama x berblogging

As salam...

Lamanya x menulis blog. Nak kata busy tak sangat pun. 3 minggu ni saat sukar tuk aku. Demam, muntah pastu kene enzecma. Asal nya 2-3 biji jer gatal-gatal kat leher. Pastu merebak-rebak dengan banyak kat kiri kanan leher tepi-tepi pipi ngan muka. Besar-besar biji siap mata nanah. Minggu tu aku keje 2 hari jer, sebab tak tahan gatal. Pastu aku nangis sebab risau muka aku tumbuh2 biji merah benanah cam jerawat. Pastu semu biji-biji ni masak2 merah menyala. Hanya 1 malam jer biji-biji ni merebak siap nanah.

Aku gi klinik asek kene injit kat montot. Aku gi Polinkinik tak berkesan, pergi plak scin care clinic tak berkesan juga, pastu pergi Hospital Serdang pun sama.Ubat antibiotic sampai 4 pallet. cream sapu, ubat allergic and tahan gatal semua dah guna, tapi bende ni makin merebak2, bukan nye surut. Doctor pun tak tau punca ape, tapi dia cakap possibility aku ni ade allergic kat fabric or food. Aku sendiri tak tau allergic kat mana ni.

Rase putus asa pun ea. Aku try alternatif laen, guna bantuan Encik google, aku jumpe rawatan enzecma pakai Bedak sejuk muntah belut. Susah gak nak cari, bile call supplier kat kelantan, kat Rawang, kalau nak tunggu dorang post memang habis lah merebak ke satu muka. Aku ngan En. Yd ke Shah Alam, cari banyak stokis jamu, semua pun tak jual. Last-last jumpe supplier kat Fb, so deal Cod hari tu jugak kat AEON Kajang. Dari Shah Alam, kitorang pun pergilah ke sana dan beli. Bedak ni kecik jer, 1 bedak size RM1.50 duit syiling lama, kalau sape pernah tengok bagi pembelian bawah 10 biji. beli 15biji ke atas RM1 satu. So En. Yd belikan aku 15biji. Cara penggunaan senang jer, basah kan sikit dengan air gamat pastu sapu pekat2. Air gamat ni aku beli yang pure, harge RM7.50 125ml. Kebanyakkan air gamat cair bdan banyak campuran air. Alhamdullilah 4 jam jer aku pakai, terus surut biji-biji merah ni. Kalau tau awal-awal dah google cari, aku spend RM200 gi scin care clinic pun xde perubahan makin bertambah lagi ade. Aku sentiasa top up bedak ni, biar lah muka macam mak Jemah pun, sekarang semua pun dah pulih, Alhamdullilah parut pun takde sebab aku pakai Aloi Vera gel yang beli kat Herbaline, sebelum ni aku ade post kat entry last year. Gel ni memang terbaik, bekas parut degil pun bole hilang. Harga RM69.90 aku beli masa buat facial kat Herbaline last year. Bedak sejuk ni aku pakai 4 3 biji jer. Nak kahwin ni muka buat hal plak..he.. Tapi aku tetap bersyukur pada Tuhan sebab dapat pulih sebelum merebak ke seluruh muka dan badan. Semu penyakit pasti ada ubatnya. Ynag penting ikhtiar, usaha dan doa...




Berat susut 3kg sebab demam..hu


.