NUFNANG

31 August 2013

Masa Mencemburui Aku..

Ya Allah, begitu cepat masa ni berlalu. Sedar tak sedar dah hampir sebulan berlalu. Esok adik ku dah balik London untuk sambung study.  Adik ku yang comel ni bakal jadi doktor gigi...



Pesanan buat adik :-
  •  Pandai lah bawa diri di negara orang
  •  Jangan lupakan orang tua di sini
  • Sentiasa lah jaga agama kita
  •  Ingat lah pesanan orang tua
  • Belajar lah bersungguh-sungguh
  • Menuntut ilmu biarlah kerana Allah
  •  Jaga lah nama baik keluarga dan negara
P/S   Adik kami semua sayang kat adik


29 August 2013

Adoii.. terkena demam campak?


Since my Encik YD terkena demam ni. So aku pun goole nak cari petua & share di blog. Kredit to petua dari blog darulshifa. http://dsyifaklia.blogspot.com/

Tanda-tanda Campak :

  • Mata merah, bengkak
  • Batuk (kerana bintik-bintik tumbuh di dalam)
  • Peluh berbau hanyir..
  • Bagi kanak-kanak (menangis lebih)


Petua
  • Jangan makan ubat untuk turunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, agar campak tersebut tidak terbantut.
  • Selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).
  • Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap dibadan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.

Cara Merawat :
  • Selepas campak keluar, gunakan cara berubat ini.
  • Minum air kelapa , dan makan sedikit isi kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan dan air kelapa.
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah kepala.

Tanda campak telah habis :
  • Akan kelihatan bintik-bintik merah ditapak kaki

Jika tidak dapat menahan gatal :
  • Jika tidak tahan akibat campak yang keluar dengan banyak.
  • Gunakan daun mamu @ mambu.
  • Letakkn dibawah bantal, tilam, katil.
  • Masukkn daun mamu dan pecah-pecahkan daun tersebut ke dalam timba, isi kan air dan mandi dengan air tersebut.
Pantang larang :

Tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
Tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan)
Petua hilangkan parut hitam :

Daun asam jawa dan bedak sejuk asli.
Tumbuk hingga lumat daun asam jawa tadi dan campurkan dengan bedak sejuk.
Sapukan diseluruh badan pada waktu malam sebelum tidur.
Pada pagi nya, mandi dengan air yang telah didoakn.Amalkan 3 kali sehari selama 3 hari berturut-turut. InsyaAllah, campak akan sembuh dan parut akan hilang. Semoga Allah menyembuhkan kita semua.

Kombinasi ayat yang perlu dibaca:
Al-Fatihah
  1. Selawat Syifa
  2. lau anzalna.... (surah Al-Hasyr 21~24)
Semoga petua & rawatan beri manfaat bersama..As Salam..


28 August 2013

PIXAJOY buat promo untuk photobook Cheap n Chic sofcover

Hah ha.. murah kan ..

Promo ni hanya tuk new user jer.. eh aku memang new user k ...1st time beli pakej kt Living Social yang RM59 tu & x redeem pun lagi. Expired on Feb 2014.  So mane tau de event len boleh gak sumbat2 sekalikan. Kalu each event 1 photobook pokai gak duit poket ni ..hu hu..K k .. lets continue with this promo. If korang refer ke 5 org kwn. Korang boleh redeem 1 free photobook yg same.

Why Murah... (Meh aku jawabkan bagi pihak PIXAJOY)

Yg ni Cheap n Chic sofcover.. Lebih kurang gossip magazine yg korang beli tuu. Ala janji murah. dah ler delivery free. Nak print color kt kedai pun dah 1pcs of A4 RM5.. tul x..
Mane yg selalu wat xsignment mse belajar dulu tu msti stuju kn..Any way aku dah pun pau & pujuk kawan2 beli sampai 5 photobook promo ni. Tapi yang seksanya dorang suh aku yang decorate.. So dorang pas gambar jer. Benda ni memang leh wat side income. Dorang bagi aku RM25.. Hah ha.. Walaupun untung kecik tapi best plak. 

Korang boleh siapkan within 1 hour jer. Xyah pening2 nk buat yg vouge2.. ni bkn competition pun.. Just to precious your moments jer. After dah download pilih size & design pastu campak2 jer gamba. Hari ni aku dah siap kan 2 photobook. Kwn2 punyer aku buat slow2. Banyak lagi mase. But make surekene redeem before Dec kalau x expired rugi gitu jer..SO and so ... Yeah aku dah de free 1.

Yg bwh ni aku buat kan tuk kakak aku, dia anta aku emel bg photo2 dia starting from her mariage, until have my little niece Husna and other events photo with family ..






Jom beli photobook kat PIXAJOY

Aku dah pun beli promo ni last monday.. Hah ha.. da siap design pun ptg td. Aku amik yg RM59 sebab yg ni landscap so cantik cikit nk ltk gmba.. Lepas je photobook ni siap aku pau ler sorang cikit ngan kakak n adik aku..hu hu... Expired lame lagi until Feb 2014


Aku letak kan gambar2 masa kat Cameron last week. Pasni aku de idea.. Every year for any event of our family. i will create the same size of photobook.  So boleh ler susun ng kemas comel2 kt kabinet..

Petang td berborak Encik YD dia bg idea suh letak gmba2 mase raya. Huargh.. Raya mmg ler  ramai yg dtg uma. The prob is aku bz cuci pinggan, hidang air n tlg mak masak... So xde gmba lgsg yg sempat snap kt HP ni..hu sadiish...nyer..  Yg plg sedih Encik YD aku kene demam campak since 2-3 hari ni.. Semoge dia cpt sembuh..















Photobook by PIXAJOY

Hi... Uolss.. hari ni aku nak berkongsi mengenai PIXAJOY. Di Pixajoy ni korang boleh lah create photobook, storybook, posters, calenders.. Any photos..all ur precious moments can be share here. Trust me yer.. its awesome ..really great & cheap. Just think how many photos u save in your laptop, mobile and facebook. Don't simply save jer..It's great to have some physical book in case u lost all the memories... ok..dah2.. lets continue on this entry..

To find out more log in the website kat banner tu and nak dapat kan software template boleh click link bawah ni.. free jek..


Free Photo Book Software from Pixajoy

Afterdah download ..boleh lah korang pilih size, type, design semu bagai.. best memang mudah..Kalau x tau boleh emel pixajoy or log in web dorang tuk tengok step by step tutorial photobook.. K..Selamat mencuba..


22 August 2013

Bercuti dengan family kat Cameron Highland ... 20-22 Ogos

Any way..
Aku baru jer balik dari bercuti ngan family aku..Setahun sekali pegi tempat yang sama  atas permintaan papa aku yang suka ngan tempat sejuk.Lagi pun sesuai tuk adik aku yang balik bercuti belajar dari London untuk sebulan..

Went with my Papa, mak, kakak, abang ipar, anak buah dan adik.. 7 orang kot..hah penuh satu Alza ni..Sampai balik terpaksa riba jagung kat peha....hu hu..

Taman Lavender
Bee Farm

Pasar Borong
Me ..

Rumah Peranginan Persekutuan
Untungnyer ada abang ipar yang kerja di dengan Government ni. Rumah Peranginan hanya RM50 semalam. Dan perlu di tempah seawal 8-12 bulan but subject to availability.. hu hu. Yang best nyer de air cond so boleh nak panaskan badan. dapat kemudahan Wifi but tersangat ler slow.hu.. & ada basic Astro package.

Untuk beli sayur murah make sure uols survey setiap kedai dahulu. Kalau kedai2 yang hujung boleh dapat sayur 12-13 peket dengan harga RM10 jer. Paling penting beli jagung madu sebab murah.. mak aku pandai tawar... so kami dapat 16 jagung RM10 and boleh pilih sendiri dari guni.. sangat manis. **tips cara merebus dari orang kedai.. didihkan air dulu baru masukkan jagung.. but 5minit jer yer **.. jagung ni tak yah rebus pun takpe boleh makan mentah.. serius sedap & manis

Pastu berjalan la uols kat mane2 farm.. yang penting Taman Lavender mesti pergi. Taman ni baru je buka tahun ni. Per entry RM10 tuk dewasa dan kanak-kanak RM3. Memang best nyaman boleh ambil gambar cantik-cantik kat sini.

Salam lebaran buat semua

Salam..

Selamat Hari Raya maaf zahir & batin..buat semua yang mengenali diri ku..

Tahun ni amat bermakna buat aku...Setelah derita yang aku tanggung 2 tahun sebelum ni dan proses pemulihan setahun yang aku tempoh.... Ya Allah aku bersyukur atas ketentuan-Mu. Terima kasih kerana masih menyayangi aku..

Hu.. berbalik dengan kisah raya ni... susah kot nak dapat cuti...Alhamdulillah tahun ni di beri peluang untuk menikmati raya bersama semua yang di sayangi..
.
Buat pertama kali nye aku motivated diri tuk bagi duit raya pada semua anak sedara, bapa & mak sedara aku. Selalu nya hari raya aku takkan join parents aku beraya ke rumah sedara-mara. But this year, aku join family. Aku terima nasihat Encik Yd yang nak aku hidup lebih ceria dan lupakan masalah lama. Aku berusaha ubah sifat rasa rendah diri aku ni. Memang banyak changes dalam setahun ni. Aku lebih ceria, built up balik rasa confident ni, gi shopping ngan kawan2 gurls, gembira & gi bercuti dengan family.

But yg sedih nye cuti tak dapat lama pun dalam 4hari jer. Any way terlambat post & wish sebab buzy beraya... Anyway ...Maaf Zahir & Batin....


1 August 2013

Salam subuh.. jom exercise


Before sahur workout lu 10 minutes.. he...

Aku baru jer beli cross trainer ni kt SmartLife..Beli pada 27 Julai 2013
Ade promo sekarang..Siap dapat free gift kat bawah ni..
Swipe maybankcard 24bln dpt ler easy pay zero interest.. beli cash memang x terbeli la..hu.. aku beli kat dalam giant Shah Alam.

Tujuan aku pilih yang ni sebab murah boleh tampung berat maksimum 150kg.. so bole la papa ku yg comel ni workout....Seronok tengok makpapa berjalan dan berbasikal stp hari..Lepas ni dapat la kami sekeluarga berjalan 1000 langkah sehari smbil tgk drama indonesia ..

.