NUFNANG

29 August 2013

Adoii.. terkena demam campak?


Since my Encik YD terkena demam ni. So aku pun goole nak cari petua & share di blog. Kredit to petua dari blog darulshifa. http://dsyifaklia.blogspot.com/

Tanda-tanda Campak :

  • Mata merah, bengkak
  • Batuk (kerana bintik-bintik tumbuh di dalam)
  • Peluh berbau hanyir..
  • Bagi kanak-kanak (menangis lebih)


Petua
  • Jangan makan ubat untuk turunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, agar campak tersebut tidak terbantut.
  • Selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).
  • Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap dibadan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.

Cara Merawat :
  • Selepas campak keluar, gunakan cara berubat ini.
  • Minum air kelapa , dan makan sedikit isi kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan dan air kelapa.
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah kepala.

Tanda campak telah habis :
  • Akan kelihatan bintik-bintik merah ditapak kaki

Jika tidak dapat menahan gatal :
  • Jika tidak tahan akibat campak yang keluar dengan banyak.
  • Gunakan daun mamu @ mambu.
  • Letakkn dibawah bantal, tilam, katil.
  • Masukkn daun mamu dan pecah-pecahkan daun tersebut ke dalam timba, isi kan air dan mandi dengan air tersebut.
Pantang larang :

Tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
Tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan)
Petua hilangkan parut hitam :

Daun asam jawa dan bedak sejuk asli.
Tumbuk hingga lumat daun asam jawa tadi dan campurkan dengan bedak sejuk.
Sapukan diseluruh badan pada waktu malam sebelum tidur.
Pada pagi nya, mandi dengan air yang telah didoakn.Amalkan 3 kali sehari selama 3 hari berturut-turut. InsyaAllah, campak akan sembuh dan parut akan hilang. Semoga Allah menyembuhkan kita semua.

Kombinasi ayat yang perlu dibaca:
Al-Fatihah
  1. Selawat Syifa
  2. lau anzalna.... (surah Al-Hasyr 21~24)
Semoga petua & rawatan beri manfaat bersama..As Salam..


No comments:

Post a Comment

.