NUFNANG

31 December 2013

Kakmek Urut Traditional

As salam..

Setelah 3 hari aku dok demam jer, so hari ni aku decide nak berurut. Demam aku ni seram sejuk, sekejap ok, sekejap kang datang balik. Mak cakap ni demam urat, so aku pun cari lah package massage spa kt Groupon & Living Social. Tapi mak suruh aku urut tradisional jer, yelah urut kat spa ni biasanya urut-urut manja jer somemore badan aku ni pun dah lemau-lemau, so aku setuju ngan idea mak. Bila tanya kat mana tukang urut tradisional, mak pulak tak tau kat mane. Adoii.. terpaksa gak google..hu.

So aku ternampak satu blog ni KakMek. Siap masuk rancangan kat tv & ada posting video kat youtube. Rumah KakMek ni kat Taman Jasmin Kajang. Rumah biasa jer tapi de 1 bilik spa. Tak sangka ada perkhidmatan spa sekali, harga memang murah dan berbaloi. So aku pilih urutan tradisional + scrub badan RM60 jer.. murah kan. Kalau bukan pakej urut sahaja RM50 atau scrub sahaja RM40. Yang urut aku tadi anak KakMek, dia cakap 1 jam, tapi sebenarnya dia ambil masa 2 jam 5 minit untuk urut dan scrub. Wahh.. lagi lah berbaloi. Mungkin sebab takde pelanggan lain hari ni. Ibu dia, KakMek takde hari ni, dia pergi mengurut orang berpantang. Aku dah tau awal-awal dah sebab malam tadi aku kol KakMek buat appointment. Aku tak kisah siapa pun urut janji dapat urut badan ni. Kat umah mak de kerusi urut Gintell tapi tak sama dengan rasa tangan orang. Anak dia pun not bad, ambil kursus sijil Spa 1 year dan bekerja kat Spa luar. Hari ni dia tak kerja, so dia tolong mak dia jer. Selain perkhidmatan Spa banyak gak lah produk untuk ibu berpantang, Shaklee, Skin care dan herba-herba di jual. Mak aku siap beli produk Shaklee dengan dia lagi. Mak lama dah suruh aku cari agen Shaklee, aku asik lupe jer..hu

Bila dah urut dengan orang Melayu kita, baru la aku sedar, ada perbezaan urut tradisonal dan massage kat Spa. Biasanya kat Spa aurat perempuan ni tak terjaga (kalau spa cina la) tapi kat sini aku di suruh pakai kain Batik, dan banyak tuala kecil untuk tutup bahagian badan. Tuala hanya dibuka untuk urut kat bahagian tu, lepas tu di tutup balik bahagian yang dah urut. Kalau kat Spa ..hmm.. paham-paham jer la.

Anak KakMek ni bertenaga betul la, muda lagi, saiz kecik jer tapi ada tenaga kuat untuk mengurut, setiap bahagian badan dia scrub termasuk celah jari tangan dan kaki. Dia ni siap pandai naikkan peranakan. Dan yang bagus nya kat sini urut pakai minyak panas bukan seperti sesetengah bidan yang nak jimat dengan guna minyak kelapa untuk mengurut. Pasal dia urut aku lama sangat, mak tak jadi nak urut, mak malas nak tunggu lama kat sini. Aku takda ler ambil pakej facial sekali sebab aku pun baru buat facial last 2 weeks kat Herbaline. Lepas dah berurut ni aku asik sendawa angin jer, nampak sangat badan banyak angin, kuat sangat minum ais..hu hu. Tangan dia pun sedap mengurut, walaupun sakit kene urut tapi badan rasa sedap. Rasa selesa belakang badan ni, ikhlas dia mengurut dan dia tak mengurut ala kadar tadi, moga KakMek dan anak murah rezeki selalu. Amin...






Pakej KakMek Urut






26 December 2013

Di Transfer Tempat Kerja

As-salam..

Jari-jemari ni rasa nak menaip nak luahkan perasaan hati ... Sepanjang 4 tahun ni dan nak masuk tahun yang ke-5 pun aku selalu di transfer kerja. Mungkin sebab tu aku x suprise or sedih bila tau yang aku yang di select kali ni. My new working place quite near, range dalam 21km but jem sikit. If tempat asal range 31km & x jem. Huh.. which one better..

Actually aku tak terkejut dengan news ni. Aku dah fully prepared mental & physical. Last year aku kerja kat HQ lagi lah teruk. Selama setahun aku kerja mengadap jem yang melampau (3 jam setengah), tol RM9.40 dan range 41km. Haaahh.... ni lagi teruk dengan jem + tol mahal + masa lagi ..complete package.

So aku sangat-sangat positive nak face situation kt tempat kerja baru ni. Walaupun aku akan berdepan dengan customer yang crowded..Cume kene survive cikit belajar guna system baru. Sebelum di transfer aku dah luah macam-macam kat En. Yd. Aku cakap aku takut nak kerja tempat baru, aku risau susah nak achieve target, score card baru, banyak customer & kene mula balik kat tempat baru. Ada jer mulut aku ni mengomel keluh kesah.. Tapi yang peliknya dia ngan mak suka kalau aku kerja di tempat baru..dia ni sentiasa postive. Dia cakap mungkin aku akan lebih selesa bekerja dan pengaturan Allah itu lebih baik untuk aku. Macam-macam nasihat dia, dan kerana nasihat ni aku jadi open minded dan terover excited nak di transfer. Hope aku dapat aura2 positive dia cikit...he. Aku seorang yang touching & mudah mengalir air mata bila sedih. Aku x reti nak berlakon nak sembunyikan perasaan, kalau sedih time tu, time tu gak mengalir air mata. Tapi kali ni aku ok, aku tak menangis pun, sebab aku dah prepared minda awal2. kesedihan aku cuma berpisah dengan kawan-kawan yang baik yang saling tolong support aku disini..T.kasih la kat kawan2 dan En. Yd yang sentiasa bagi semangat dan dorongan. Yang sedia terima aku seadanya, yang bisa melayan kerenah manja & ngada-ngada ni...hu hu..

Sejak aku mulakan penghijrahan banyak benda di sekeliling aku turut berubah. Mungkin ini adalah ujian Allah untuk aku. Mungkin di tempat baru nanti aku lebih selesa. Alhamdullilah.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Semoga penghijrahan yang aku pilih ini  memberikan aku kehidupan baru yang lebih bermakna dan penuh dengan pengisian. In shaa Allah..Aku bersyukur atas pengaturan-Mu ya Allah.

I'm gonna miss all my colleague here. Wish u all the best. Paling sedih berjauhan dengan teman rapat --->Kak Mariah<---- Akak jaga lah diri, jangan sedih or pressure. Hubungan kita akan masih seperti dulu. Keep in touch k.. moga makin cantik n vogue..caayang akak..



Will miss you Kak Mariah

En. Yd

Motif menaip? Saje nak release tension..okie bai..  :p


19 December 2013

Berfacial kat Herbaline The Mines


As salam..

Hari ni aku cuti, so bangun-bangun tidur jer ajak mak gi buat facial. Mak cakap nak teman je, dia malas nak facial2 ni. Yelah sebabnya ada bawak anak buah, so perhatian nak kena lebih pada budak kecik ni.. Aku first time nak buat facial kat Herbaline sebab banyak review yang aku baca produk ala-ala Dermalogica, berasaskan herba dan selamat untuk kulit muka. Aku nak sangat buang skin tag kat muka. Kat bawah mata saiz besar sikit cam jerawat & kat pipi kecil sangat, kalau mata tengok dekat-dekat kat muka baru nampak. Walaupun kawan-kawan nasihat tak payah, sebab tak nampak pun lepas apply lepas foundation. Tapi aku tetap degil n somemore mak pun sokong aku bersihkan kulit muka. Lagipun aku dah lama tak buat facial, last facial 3 september and last foot spa 25 september. 

Aku siap tersesat tadi, ingatkan Herbaline dalam Mines Shopping Centre rupanya kat Mines Wellness Hotel. Mak aii.. facial kat lobby hotel, compom mahal. Kat bawah ni harga package yang aku ambil.

Skin tag removal RM280
Aloe Vera Gel RM63
Facial promo RM38 (asal RM85)
Free Foot Spa
Free Fish Spa
Ginger Tea 1 cup
Chinese Tea 3 cup
So total RM381

Memang credit card la jawab nya. Tu pun hampir tergoda dengan package RM660 siap free eye mask, eye treatment. Tapi seb bek sedar diri tadi, hutang dah berlambak. ..hu hu.

Ni package facial yang RM38 tadi

Dead Cells Removal & Moisturising Treatment (90 minutes)
Double Cleansing Treatment
+ Ultra Sonic Dead Cell Removal Treatment
+ Face Massage
+ Nano Lightening & Moisturising Facial Treatment
+ Anti Sensitive Ampoule
+ Oriental & Western Shoulder Massage

Memang semua pun dia buat double. Cakap jer 90 minutes, aku start jam 1.00pm, habis facial 3.15pm, so facial jer 2jam 15minit, wah puas hati kot, harga RM38 jer, complete dengan mask. But skin tag yang mahal harga RM280 tu 10 minutes jer...adoii pelik plak. Aloe Vera gel tu sapu pada kawasan yang dibuang skin tag untuk cepat hilang kesan luka. So far memang puas hati sangat, ni 1st time aku buat facial dengan orang yang sangat teliti, cara dia buat kerja memang ikhlas sangat. Aku tak rasa menyesal pun buat kat sini. Padan lah semua review kat blog orang lain semua puji Herbaline Skin Care ni bagus. Tapi tadi memang sekejap-sekejap meleleh air mata, pedih muka masa kena extraction. Kalau de rezeki nak simpan duit nak beli skin care set dia. Facial yang RM38 ni untuk first time user sahaja. Tadi tu aku automatic jadi member dia, if within 1 mth aku buat facial lagi price diorang offer RM45 & next year RM38 for 1st facial only. But kene make sure buat appoitment dulu. Tadi tu nasib-nasib baik jer customer kurang. Kalau tak dah kene datang hari lain. Servis memang tip top dan puas hati sangat, takde pun dorang paksa-paksa beli produk dia. Yang dia offer additional treatment and baju kecik ladies :p .. aku tolak jer dengan cara elok n dorang pun ok jer. takde pun buat masam muka.

Amira


Herbaline @ Mines Wellness Hotel- Lobby


Herbaline

Foot Spa

Foot Spa
Fish Spa

Aloe Vera Gel
Description

****Gambar muka sendiri tak nak upload, sebab merah-merah kesan facial..hu hu

 


12 December 2013

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

As Salam..

Hari ni terajin sikit nak masak sebab mak ajak ke pasar.

So jam 8a.m lagi dah bertolak dengan mak & anak buah ke seksyen 24 Shah Alam untuk ambik maklang. Kitorang gi Pasar Meru Klang untuk cari barang dapur dan shopping barang lain kat Tesco Shah Alam. Mak suka gi pasar sini sebab murah, kalau Pasar Borong Seri Kembangan ikan harga agak mahal cikit. Kalau pasar Selayang lagi lah murah, tapi jauh benor pulak..hu. Kalau nak ikan baru & segar datang lah jam 3a.m kat pasar Meru. Teringat pulak tahun lepas, masa tu aku dan mak datang jam 10a.m time pasar nak tutup, dorang lelong jer ikan kembong selonggok RM1.00.. Ikan baru lak tu.. giler murah, sampai kembong2 perut makan..hu hu.. Ok sambung balik...

Ikan siakap yang besar RM8.50 per kg
Ikan siakap saiz sedang RM10 per kg

Tadi mak ambik campur-campur 7 ekor ikan siakap, harga baru RM39. If nak orang pasar tolong menyiang ikan, harga berubah jadi RM9.00 per kg or RM10.50 per kg.. Still berbaloi kan, memang murah. Last aku masak ikan siakap tiga rasa or masak stim ni masa aku belajar degree dulu. Dulu memang rajin giler masak macam-macam resepi aku cuba. Pastu aku ni jenis memandai-mandai try & error mix kan pape masakan. Janji sedap and boleh ditelan. But sejak dah kerja ni, dah lama dunia dapur ni ditinggalkan, just kadang-kadang jer time cuti memasak. Tu pun 2 bulan sekali kot. Like orang dolu-dolu cakap dapur tak berasap...hu. 

So aku masak ikan yang paling besar tadi and terpaksalah belah dua..sebabsize kuali tak berapa nak besar... Abang ipar aku ni jenis yang tak suka makan ikan, hari-hari menu ayam jer, but sorry yer abang, malam ni dinner ikan yer :p. So entry kali ni nak share resepi Ikan Siakap Tiga Rasa. Share masakan untuk saiz seekor ikan besar,


*****************************

Buang sisik habis-habis yer..



Basuh bersih-bersih k..
*****************************

Bahan Penyediaan
 
Untuk Ikan: 
Seekor ikan siakap
Tepung jagung -lumur pada ikan
Minyak masak

Penyediaan
Ikan dibersihkan di basuh dengan limau purut dan garam.
Lumur tepung jagung dan goreng.


 *****************************
 
Untuk Kuah
Minyak untuk menumis 
1/2 biji bawang bombay -potong bulat
4 ulas bawang putih -titik
3 sudu Cili Boh
   6 biji cili padi - belah dua
1 inci halia - dihiris
1/2 biji tomato
2 biji cili merah- ricir
1/2 biji epal hijau
2 sudu besar sos tomato, cili thai, sos tiram
2 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
1 sudu perencah tomyam Adabi
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula 1 sudu

Lobak
 

Penyediaan
Tumiskan bawang putih, cili Boh, bawang merah, halia dan serai. 
Dah garing sedikit masukkan bawang besar, semua jenis sos serta perencah tomyam. 
Tuang segelas air dan masukkan garam, gula, ajinamoto.
Last sekali masukkan daun bawang, daun sup, tomato & lobak.


 *****************************

      Tips
  • Ikan jangan terlalu garing, nanti isi keras
  • Masak la pakai minyak bunga matahari untuk kurangkan kolestrol
  • Suka guna epal hijau dari nanas, sebab bila makan lagi sedap. Rasa rangup time mengunyah
  • Saja letak perencah tomyam sebab akan rasa lagi sedap & wangi
  • Daun limau purut make sure buang tulang yang tengah tu untuk elak kuah rasa pahit
  • Masa menyiang ikan, cuci bersih darah pada tulang tengah ikan, bahagian ni lah punca bau hanyir


 Sekian sahaja selamat mecuba
Adiyosssss.....
 *****************************


***************************** 



*****************************  

 
*****************************  



***************************** 

with Maklang



11 December 2013

Annual Dinner tema Bollywood

As salam..

10 Dec 2013 company aku buat Annual dinner kat Terrace Coffe House, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Start 8.30pm, aku sampai rumah jam 2am. Huh letih kot (letih  makan sebenarnya..he.). Dah malas pikir pasal diet..memang dah gemuk balik pun..huargh... :(

Dinner kali ni bertemakan bollywod. Setiap group marketing from central kene buat 2 show atas stage.. Adoii malu nye. Walaupun team kitorang teruk but enjoy sangat-sangat. Makanan pun sedap-sedap & ikut tema gak. ada lucky draw untuk 50 orang yang bertuah, Alhamdullilah aku dapat voucher AEON RM50..hu hu.. Yang last 10 person untung dapat Handphone Galaxy Grand & Galaxy Quattro. The best show dapat voucher Nandos RM500. The Maharani & Maharaja for the best dress dapat voucher RM500. Show terbaik dapat Samsung Galaxy Note 3. And yang mana orang kuat belakang tabir dapat Smartwtch. So far, gift from this year agak kurang cikit. Last year Annual dinner kat La Rambla, each staf dapat voucher RM50. This year 50 person je dapat. Kesian yang lain. This year terkurang cikit bajet kot..hu..hu.. pape pun memang enjoy last nite  :)




*****



*****



*****



*****




*****




*****


 



7 December 2013

Menghadiri kursus Umrah

As Salam..


Alhamdulillah... dapat jugak aku pohon Annual Leave hari ni. Aku bawak mak dan papa menghadiri kursus Umrah Tiram Travel (Shah Alam) di Seksyen 18. Ni pun kebetulan aku ternampak iklan kat facebook.



Kursus ni khusus untuk jemaah umrah pada Disember dan January. Tapi sebab papa dan mak nak sangat pergi, Alhamdullilah tercapai juga hajat orang kedua ibu bapa aku.

Sebenarnya terus terang aku mengaku aku jarang mengikuti mana-mana kursus agama. Kalau zaman belajar dulu selalu lah, sejak dah kerja ni, aku dah jarang sangat. Aku terlalu jahil dalam bab agama. Aku bekerja 4 hari seminggu, 15 jam sehari termasuk travel pergi balik. Mak cakap aku dah tak rupa orang dah. Mak selalu menasihati aku jangan terlalu pentingkan duniawi. Duit ni tak boleh bawa ke kubur.. Memang betul apa mak cakap. Mungkin sebab aku tiada commitment, aku habiskan masa sehari-hari dengan kerja dan OT.

Berbalik pada kursus Umrah tadi, Penyampai kursus adalah Tn. Hj. Latif Md Ali. Setelah aku dengar apa yang di sampaikan baru aku dapat sedikit gambaran cara-cara mengerjakan Umrah. Banyak tips yang di ajar oleh Ustaz. Ustaz ada menggambarkan ciri-ciri orang Arab  adalah kasar, ada juga yang baik, Mereka suka mengarah, mempermainkan jemaah baru dan mendajalkan orang lain. Sekiranya dia nampak ada jemaah baru, orang Arab nak kita dengar arahan mereka. Sebab tu Ustaz cakap jangan sesekali berjauhan dari Mutawif dan kumpulan. Sekiranya telah ditetapkan group mana dan nombor bas, jangan sesekali tertukar. Group dan nombor bas memang takkan bertukar dari awal sampai habis Umrah. Ustaz menasihati sentiasa pegang beg sendiri, jangan sekali terima tawaran dari orang Arab atau bangsa lain untuk mengangkat beg sebabnya mereka mengenakan cas yang sangat mahal. Kalau boleh tandakan beg dan telekung untuk memudahkan urusan sekiranya tersesat nanti. Sesat adalah perkara biasa dalam Masjidil Haram sebab terlalu banyak pintu dan saiz masjid yang sangat besar. Untuk mengelakkan sesat pastikan Handphone sentiasa on dan bawa bersama serta saling bertukar nombor hp dengan mutawif dan jemaah lain. Pihak hotel juga akan bagi Kad hotel pada setiap jemaah, sekiranya sesat masuk je mana-mana hotel dan tunjukkan kad Hotel, Insyallah ada yang membantu hantar ke hotel yang betul.

Ustaz juga ada menerangkan bila masa yang perlu jemaah melakukan Solat Jamak Takhir atau Jamak Takdim. Perbezaan waktu di Madinah perlu di tolak 8 jam. Ustaz memberitahu walaupun jarak Hotel Jemaah dekat, tapi saiz di dalam Masjid sangat besar dan perlu berjalan jauh. Ustaz menasihati sewaktu membeli makanan seperti tamar, buah zaitun dan sebagainya memang bermacam ragam penjual di situ yang penting tawar-menawar dan beli pada yang menawarkan harga terendah. Ustaz melarang beli pelbagai ubat yang bukan-bukan cth ubat untuk dapat jodoh, buah untuk permudahkan beranak dll. Sekiranya mempercayai boleh membawa kepada syirik, semua ketentuan adalah dari Allah S.W.T. Apa-apa yang dipohon berhajatlah dan berdoa pada-Nya. Ustaz menasihati sekiranya berbelanja biarlah 30% di Makkah dan 70% lagi di Madinah. Ustaz tak melarang untuk membeli buah tangan tapi pastikan niat sebenar, niat sebenar adalah untuk mengerjakan Umrah bukan untuk bershopping.

Sebelum berangkat pastikan telah ada persediaan di Malaysia, memohon maaf pada rakan taulan, bersolat taubat pada Allah dan membayar hutang. Solat taubat boleh di lakukan pada bila-bila waktu kecuali selepas Subuh dan Asar. Sekiranya jemaah mempunyai kesalahan pada seseorang yang telah meninggal dunia, boleh lah bersedekah bagi pihak orang itu dan memohon pada Allah supaya mengampunkan kesalahan orang itu. Ustaz memberi contoh ketika orang itu sedang menerima azab di kubur, tiba-tiba hari tu Malaikat datang memberitahu nama si polan-si polan ini telah membuat salah pada engkau dan bersedekah bagi pihak kau dan berdoa supaya kesalahan kau di ampunkan. Maka hari ini tiada azab kubur bagi mu. Moga-mogahan orang di dalam kubur itu berkata, ya dia ada membuat kesalahan pada aku, dan aku memaafkan dia sebab dia telah berdoa untuk aku. Wallahualam.. Sekiranya orang itu masih hidup, tapi dia tidak mahu maafkan kesalahan kita, jangan risau dosa kita dengan orang tu dah habis, sekarang ini orang tu yang berdosa pada Allah sebab tak maafkan kesalahan kita.


Di dalam Masjidil Haram sememangnya tiada waktu haram bagi solat, maka solat taubat di sini boleh di lakukan sepanjang masa. Ia dinamakan Haram kerana tanah dan isi kandungannya di haramkan menjadi bahan untuk api neraka. Ustaz menasihatkan supaya banyakkan bersabar, ruang solat terhad kerana terlalu banyak jemaah, sekiranya di langgar, di tolak, di tepis atau di langkah ketika solat, maafkan lah yang berbuat kesalahan. Semasa tawaf nanti terlalu banyak jemaah lelaki dan perempuan bercampur sekiranya tersentuh kulit, ini tidak akan membatalkan wuduq kerana Allah memberi kelonggaran dan mempermudahkan jemaah untuk beribadat dengan syarat bukan dengan sengaja kita sentuh jemaah lain. Jarak tawaf adalah lebih kurang 3.5 ke 4km, dan ini bergantung sekiranya di beri rezeki berada betul-betul di di hadapan Kaabah jarak hanya 200meter. Tetapi di sebabkan terlalu banyak jemaah maka jarak pusingan Tawaf semakin besar. Air zam-zam di situ ada yang yang suam dan sejuk, adat minum air zam-zam adalah berdiri sambil berdoa. Semasa saie dari Bukit Safa dan Marwah nanti lelaki di sunatkan untuk berlari-lari anak, sekarang ini ada tingkat baru yang di buka di tingkat 3, sekiranya tak larat berjalan boleh menaiki motor dengan bayaran RM50. Atok ada bagi nasihat jangan guna khidmat orang tolak kerusi roda sebab upah RM400. Ya Allah permudahkan urusan ibuku, jauhkan mak dari sakit pinggang dan moga papa kuat dan tak sakit lutut. Risau aku sekarang ni papa solat duduk kat kerusi. Moga Allah beri kesihatan pada kami sekeluarga nanti.

Ustaz banyak menyelitkan lawak-lawak dan menyoal soalan tadi untuk mengelakkan kami mengantuk. Semua topik Ustaz cover termasuk contoh cara memakai pakaian ihram bagi jemaah lelaki. Kursus ini berakhir pada jam 12.45pm. Selepas tu aku dan makpapa ke rumah orang kahwin, 2 masjlis khatan dan pergi rumah atok kat Klang. Alhamdullilah.. walaupun penat, aku bersyukur dengan ilmu yang di peroleh hari ini. Ya Allah permudahkan lah urusan kami sekeluarga dan jemaah lain di sana nanti..Amin..







2 December 2013

Kenaikan tariff elektrik wajarkah?

As Salam..
Entry ni hanyalah luahan perasaan seorang rakyat Malaysia yang kerdil.. 
 Aku gembira hidup dalam negara yang aman. Ye..Malaysia Masih Aman!! Tapi wujudkah keamanan yang sebenar?

Aku sememangnya bangga dilahirkan sebagai anak Selangor. Negeri yang berpendapatan tinggi, kemudahan prasarana yang banyak dan selesa. Aku tak juga menafikan yang Kerajaan Pusat bawa pendapatan besar pada negeri Selangor. So far aku memang merasa beberapa kelebihan sebagai anak selangor
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Percuma 20000 liter air setiap bulan
Biasiswa Diploma dari SUK RM14,700
Skim bantuan makanan sewaktu sekolah rendah
Biasiswa RM50 setiap bulan (Form 1-5)
Yuran yang rendah masa diploma di Politeknik Shah Alam
dan Degree di Uitm Shah Alam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selama ni aku membesar sepenuhnya di Selangor ni. Dari saat kelahiran, hinggalah ke tadika, sekolah dan belajar di IPTA dan sekarang pun bekerja masih mencari rezeki di negeri ini. Memang banyak subsidi yang aku terima dari aku sekolah rendah sampai ke IPTA. Nampak macam banyak kemudahan yang aku terima tapi hakikatnya semua barang mahal dan cukai pendapatan yang tinggi. Sebelum ni kami sebagai rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita harga petrol Ron 95 & Ron 97 naik. Itupun kenaikan selepas PRU13.


Kemudian tarif gula pula naik.


Belum habis lagi isu hangat ni, dan yang terbaru tarif Elektik pula bakal naik pada 2014. Entah apa lagi yang bakal naik dan subsidi apa lagi yang di kurangkan.


Electricity bill expected to increase in 2014.
I don't agree at all. On what rationale they need a hike in prices !!!
Sorry to say.. aku makin kecewa dengan Malaysia ni. Cubalah fikirkan sesuatu untuk bantu mengurangkan bebanan rakyat. Cubalah turun tengok keadaan rakyat macam mana. Perbelanjaan isi rumah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Semakin banyak rakyat menanggung hutang hanya untuk survive sementara tunggu gaji di hujung bulan. Pihak atasan tau hal ni jelas, mereka cuba menjaga kebajikan mereka dengan mohon kenaikan gaji. Bagaimana dengan rakyat? rakyat tak boleh nak bersuara, nasib masih macam dulu. Opps silap.. semakin teruk dengan bebanan cukai dan kenaikan harga barang. Dah sememangnya mereka tak terbeban dengan tol, minyak dan kemudahan lain. Tapi kami tak henti-henti terus dibebani dengan tanggungan yang semakin bertambah.
Aku respect sangat dekat Tok Guru Nik Aziz. Seorang pemimpin yang bersederhana, pemurah, sayangkan rakyat. Tidak meminta-minta gaji di naikkan. Yes!! Pendapatan negeri meningkat, but hasilnya di agihkan pada golongan atasan. Kemewahan dan kesenangan pada mereka. Cubalah hasilnya diagihkan lagi sedikit ke kebajikan rakyat. Banyak lagi anak yatim, ibu tunggal dan rakyat miskin yang memerlukan sedikit dana untuk mereka terus survive hidup, or senang hentikan kenaikan harga yang takkan diturunkan. Ringankan lah sedikit bebanan kami sebagai rakyat. Cubalah contohi pemerintahan negara Brunei atau Khalifah Harun Ar Rashid yang sayangkan rakyat dan berusaha menjaga kebajikan rakyat.

Tak semua rakyat selesa walaupun Malaysia masih AMAN.

Sayang Tok Guru



.