NUFNANG

25 September 2013

Segmen 1st Mama

Hi.. ni 1st segment yang aku follow.
Jom support ramai-ramai.
Boleh follow sebelum 30 September. Bole click link ni yer  .. mamamamy

Semoga mamamamy bahagia di samping keluarga tersayang dan di kurnia kan anak-anak yang soleh. Amin.. 

Bila sebut nama mama ni, anyway 20 September lepas my moms besday.Cayang mak. Gambar kat bawah ni anak buah aku husna yang dok sibuk potong cake nenek dia... 21 September kami sambut besday mak dengan pergi makan-makan sekeluarga kat Jeram..
 

Doa ni khas untuk semua mama-mama dan papa-papa sedunia.



Perubahan.. rambut pendek ala tomboi..

Huh..
Hari ni aku buat perubahan pada diri aku..
Aku & kakak pergi ke Qaseh Aishah Beauty Saloon kat seksyen 18.
Selesanya aku dah potong rambut pendek. Kakak saloon tu siap tanya betul ke nak potong pendek ni? Aku jawab potong jer. 4 kali dia cakap rambut aku sangat lebat dan tebal. Actually bulan ni je dah 2x kali aku potong rambut. Dari aras pinggang aku dah potong ke arah dada. Hari ni aku mintak potong ala tomboi terus. Huh lega.. Sebelum ni aku asik sakit kepala dan rambut asik gatal jer. Aku decide ambik jalan mudah tuk ringan kan kepala ni. Aku tak kisah pun.. sebab rambut akuni  jenis cepat panjang. Last year bulan August, aku dah potong aras leher and takes 1 year jer nak panjang aras yang sama. Hope perubahan ni bagi aura positif untuk aku. Teringat zaman2 belajar dulu. Aku berambut panjang sampai aras punggung.

Aku ambil package hair cut, wash, blow & foot spa. Sesekali manjakan diri. Terselah muka tembam..hu hu..

Potong pendek macam gaya ni

Gambar hiasan je- bukan gambar aku..he














21 September 2013

ASB Loan perlu ke?

Banyak postif & negative feedback tentang ni. Kalau korang google bermacam lah pendapat yang kuar dari blogger2. Yelah nama akan masuk CCRIS. Bila dah masuk CCRIS so nak ambil pinjaman lain akan effect sekali. Once nama masuk CCRIS, terpaksa jaga payment supaya payment cantik stp bln. Sebab loan ni di kira sebagai commitment.
Secara logic nye, sebarang commitment yang statement bayaran teruk, memang akan effect apa-apa loan pun.

Aku sendiri dah ambil dua ASB Loan 100k, so total 200k lah loan aku dengan Maybank Islamic. Yang bagus nye ambil dengan Maybank Islamic, korang kene buat auto debit dari dari atm bank, so nanti takde lah late payment. In Shaa Allah, memang cantik statement nanti. Kalau ada rezeki aku nak tambah sampai 400k. Sebab Maybank allowed maximum ni untuk ASB loan.

Kosong kn buku ASB, duit yang ada pindah lah ke simpanan Tabung Haji ker. Pastu apply la, tak susah pun. Ada juga bank yang anggap ASB loan sebagai saving dan bukannya commitment. Aku kerja dalam bidang private tapi company aku ada bank panel dengan Bank Islam. So staff dapat rate Personal Loan & Housing Loan rendah. Alhamdullilah.. Bank Islam tak ambil kira ASB Loan sebagai commitment. Dorang consider benda ni sebagai saving. Sebagai staff, kitorang dapat kelebihan apply Credit Card without tax yang RM50 tu untuk seumur hidup. Tu apa yang officer Bank Islam ni bagitau aku. So far aku belum apply lagi.. sebab aku dah ada Platinum card dengan CIMB dan Gold card dengan Maybank.

Berbalik dengan story kat atas. Korang cuma laburkan duit korang untuk tahun pertama sahaja. Lepas tu dividen setiap tahun tu boleh la running balik untuk cover monthly payment bagi loan stp thn. Siap ada extra dividen yang korang boleh guna or continue je saving dalam akaun ASB. Kalau calculate semula saving sendiri vs ASB loan, saving sendiri lagi untung dan bagi pulangan berganda. Tapi benda ni sesuai untuk yang memang rajin dan consistent simpan duit. Macam aku jenis pemalas, duit asek habis shopping dan belanja family bagai. So memang ler tak sesuai la. Aku ambil loan ni pun sebab nk paksa diri saving duit stp bln. Kalau tak duit gaji habis gitu tah kemana. So benda ni mendisplin kan orang payah menyimpan duit macam aku.

Tahun ni, memang aku struggle sikit.

ASB Loan RM595 X 2 = RM 1190
PTPTN = RM300
MYVI = RM508
Hutang EPP = RM108
Cost travel/makan = RM600
Parents = RM700.. cini jer dah RM3406

…hu..Rase nak pengsan pikir pasal hutang. Kerja baru 3 tahun. Hutang bagai nak rak. Sebab tu aku decide Lasek surgery aku nanti by cash..aku tak nak EPP. Kang bertambah-tambah hutang ni.. So far aku masih guna gaji untuk cover loan ASB monthly. Sampai saat tak bole survive baru aku gune dividen utk cover loan ni. Untuk permudahkan loan ni, aku separate dua loan ni guna kad ATM Maybank berlainan. Senang nak monitor standing instruction nanti.

Conclusion:
ASB Loan terbaik untuk orang liat simpan duit macam aku.

ASB Loan bukan alternatif terbaik untuk orang yang rajin dan consistent simpan duit sendiri stp bln.



13 September 2013

Rumpat Laut Bukan Kolagen

Sebelum ni kecoh kononya  rumpai laut adalah ibu kolagen. Tiada bukti saintifik yang dapat jelaskan hal ni. 

Korang boleh baca 2 artikel ni. The Secret Medicines dan Sinar Harian
Aku pun salah seorang yang terpengaruh pasal ibu kolagen ni.. hu hu.. 

Tapi kan yang pelik nya aku nampak sendiri perubahan bila makan dan pakai masker. So aku anggap jer yang rumpai laut ni secara supplement untuk kesihatan. Aku dah lama tak ambil rumpai laut ni. Aku rebus ni sebab teringat masa beraya kat rumah kakak En.Yd, his mom cakap rumpai laut dapat bantu turunkan darahkan tinggi. So aku rebus untuk my mom dan untuk aku buat masker he.. 

Bila buat masker memang nampak perubahan. Kulit makin licin, liang roma makin mengecil. Kulit pun dah semakin kurang berminyak. So aku tak ambil pusing apa orang cakap. Tak kisah la kolagen ke bukan kolagen ke. Lagi pun aku memang amalkan MAIXARA untuk supplement.  

Gambar yang sempat aku snap masa rebus “Ibu Kolagen” tadi..hah ha..


12 September 2013

Si gadis rabun berangan nak jadi celik- Lasek Surgery

Aku tak sabar nak buat lasek mata Oktober ni. Aku pakai spec since darjah 5 until now. Cuma last year aku pakai contact lens dan effect nye mata aku terus bertambah rabun. Dari 400 ke 475. Kalau bukak spec dah macam orang buta kabur, terpaksa kecikkan mata nak fokus tengok jam kat dinding. Tu pun pergi dekat ngan dinding. Huh.. macam orang tua dah. Setelah ambil masa 2 bulan survey dan baca komen2 blogger, dan pengalaman diorang aku decide ajak En. Yd ke Advance Vision Eye Specialist Centre pada 27 Mei lepas. Time tu customer care consultant name Amirul terangkan apa itu Lasik Surgery.
Proses pertama 
Aku kene buat beberapa test. Time ni dia duk letak ubat mata dekat 3 jenis kat mata aku. Setiap kali dia letak dia pergi dan biarkan aku 5-10minit pastu datang balik tukar ubat titis lain. Tujuan untuk rehatkan mata aku sebelum pemeriksaan lanjut. 

Proses kedua 
En.Amirul bawak aku ke eye lab test untuk check mata. Lepas dah check mata result pun keluar dia pun print report untuk mata aku. Lepas tu dia ajak aku kelua dan bincangkan mengenai keputusan tadi. Dia cakap tisu mata aku sangat nipis jadi lasik surgery tak sesuai untuk aku. Kaedah yang sesuai adalah Lasek surgery. Tisu mata aku jadi nipis kerana kornea mata agak melengkung. Tapi jangan salah paham, bukan sebab mata aku buntang k… Benda ni terjadi pada pengguna contact lens. Contact lens ni lah yang merubah mata aku. Lagi-lagi indoor sales staff macam aku yang duk ngadap laptop 13 jam hari-hari. Mata pun jadi penat, kering dan kurang rehat.

Proses ketiga
En.Amirul bawak aku test mata. Yang ni sama je macam test mata time korang nak beli spec baru.

Proses keempat
Ada nurse datang bawak aku jumpa doktor. Time ni doktor asik suruh aku pandang atas, bawah, kiri kanan, tengah. Dia suluh mata aku dengan lampu.  Doktor asik puji aku ada mata yang besar. Banyak2 kali k. Aku dengan En. Yd naik pelik teruja semacam doktor ni tengok mata aku besar. Suka bebenor dia. Lepas dia check kesihatan mata aku dia terangkan proses. Laju gila dia bercakap. Amboi.. doktor ni. Nasib baik apa yang dia cakap sama je dengan proses yang En.Amirul terangkan..hu. Lepas tu nurse bawak aku keluar dari bilik doktor.

Proses kelima
Ubat titis lain pulak dia titiskan. Tapi yang ni agak likat color kuning dan buatkan mata aku kebas dan perlahan-lahan jadi kabur habis. Kerana ubat titis ni pandangan jauh jadi kabur pastu pandangan dekat nampak kabus je. Aku takut sangat. Rasa nyesal buat eye test sebab aku jadi makin rabun. Bayangkan nak makan pun kurang jelas. Dah jadi rabun dekat+jauh dalam sekelip mata. Benda ni kekal 24jam tau. Aku dah balik, pastu tidur semalaman baru esoknye mata aku jelas balik. Tapi tak jelas mana pun still rabun macam biasa..hu.
Untuk book surgery ni kene bayar deposit RM400. Eye test yang aku buat tadi kene bayar RM80. Aku dah pun book hari yang sama. Sekiranya aku berniat nak batalkan duit ni diorang takkan pulangkan tapi korang boleh tukar dengan apa-apa produk, spec ker ubat ke or rawatan lain.
 
Sekiranya aku pilih Lasik surgey/ Lasek surgery sama sahaja harga dalam RM2888. Tapi sekiranya aku nak vision yang lagi clear harga rawatan RM5588. Untuk ini mata akan lagi sharp dan contrast. Aku pun tak paham sangat. Aku pilih jer sebab aku pun memang silau banyak. Lagipun ni mudahkan aku untuk drive malam. Takde la nampak lampu jalan pecah berbunga2..
Adik aku dah pun buat Lasik Surgery ni. Rabun dia tak banyak pun, cuma dalam 125. Tapi dia nak selesa sebab dia belajar kat London kene tempah spec doctor khas dan dia tak reti nak pakai contact . Walaupun spec ni boleh tempah ikut rabun mata, adik cakap takkan tiap-tiap tahun dia nak buat spec baru kalau power mata naik. Boleh pokai kot. Kos spec ni dah la mahal lebih RM2000 duit MYR. Duit biasiswa JPA kene lah jimat, dapat lah adik la spend ke benda lain. So cara terbaik adik nak buat Lasik surgery. Mula nya adik cadang nak amik surgery yang RM5588. Tapi atas nasihat En.Amirul, dia suggestkan adik amik surgery yang lasik je.. Sebabnya adik tiada silau. Jadi yang mahal ni takkan bagi effect apa-apa.

Waktu aku bawak adik buat surgery pada 16 August 2013, aku sedikit sebanyak dapat ambil pengalaman dia. Surgery ni kejap je dalam 15minit satu mata. Tapi yang lama nya sebab tunggu turn patient2 lain. Adik cakap tak sakit pun, Cuma mata kabur. Doktor memang baik dan friendly tapi sangat garang. Tapi doktor garang kat nurse bukan kat patient. Doktor cakap untuk pesakit Lasik surgery recovery ambil masa 1 minggu sahaja. Tapi adik aku amik masa 2 minggu. Mungkin bergantung pada orang jugak. Mulanya aku risau sebab adik aku cakap sekejap mata dia rabun balik. Waktu malam kabur Nampak kabus. Time bangun pagi rabun pening dan sakit kepala. Tapi Alhamdullilah selepas 2 minggu dah pulih sedia kala. Siap dia asik cakap dia tak percaya dia boleh pandang bangunan2 hujung, signboard dengan clear. Kat bawah ni ubat2 yang doktor bagi kat adik aku.


Aku teringat En.Amirul cakap Lasek surgery akan terasa sedikit pedih sebab lapisan atas mata akan di scrub dahulu dan proses pemulihan 2-3 minggu. Kalau begini gaya adik aku..so aku sebulan lebih kot nak recovery...cuak nye. Aku dah plan bulan October ni untuk buat appointment. Asik tertangguh je. Lagi pun aku dah berjaya spent duit tuk mata. Aku akan amik annual leave time ni. Hari surgery doctor memang akan bagi 5 hari Mc + Annual leave dapatlah aku cuti panjang dan rest kan mata ni. Surgery hanya di buat setiap hari jumaat sahaja. Kene datang awal sejam. Lama jugak dekat 3 jam aku tunggu adik..hu

Lepas treatment korang akan ada 5x appoitment dengan doktor. Free je consultation ni. Doktor nak tengok progress mata selepas surgery. Aku dipahamkan surgery ni life time warranty. So bila2 aku boleh buat appoitment tuk jumpa doktor. Ubat yang doktor suggest je kena bayar. Tu pun adik aku doktor suggest 1 ubat titis macam bawah ni. Aku belikan adik kat watson jek. Takut mahal kat situ. 

11 September 2013

Menangani Stress Secara Islam



As Salam..

Sememangnya aku sangat stress sejak 2 minggu ni. Air mata ni mengalir kesedihan. Hanya Allah dan kawan2 yang memahami masalah aku tahu perasaan sedih ni. Apa pun aku tak boleh lari dari realiti kehidupan seharian. Aku mengerti yang stress secara tak langsung memberi tindak balas pada fizikal dan mental. Aku tak akan dapat elak dengan masalah atau tekanan walaupun aku lari ke hujung dunia sekali pun. Aku tak tau kenapa manusia punyai sifat dengki dan suka memburukkan orang lain dan senang melihat orang lain bahagia. Setelah baca tips menangani stress aku kongsikan di sini dan mudah untuk rujuk semula di kemudian hari. Kredit to Utusan Malaysia

 

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya:
"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'
Kaedah berlandaskan ajaran Islam
1. Solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. 

2. Amalan berzikir seperti bertakbir, bertasmid, bertasbih dan sebagainya.
Jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'
 3. Mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir     Al-Quran. 

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari). 

4.    Yakin bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-selamanya.

5.  Amalan berdoa memohon keampunan dan menyerahkan segala usaha mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud:
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

 Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud:
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku."


 

Comel-comel la kasut brand TIAMO ni



Aku nak cerita pasal kasut comel ala-ala korea brand TIAMO. Baru-baru ni aku dengan kawan aku Maji ke kedai TIAMO dalam Alamanda. Sekarang ni ada sales. Beli sepasang kasut RM69.90, kalu beli 2 pasang RM99.

Bercerita mengenai TIAMO ni, rekaan kasut brand ni leper ala penari balerina. Memang selesa, cantik, corak dan warna pun comel.  Bila pakai terasa span nye lembut.

Setiap pembelian RM50 ke atas korang boleh jadi member club secara percuma dan boleh redeem terus point yang terkumpul. Yang best nya point ni boleh collect kat mana-mana pembelian bawah AIVORIA group.


Hah.. kat kad tu dah jelas tunjuk jenama bawah AIVORIA group
  • BONITA
  • ELIANTO
  • TIAMO
  • ENUCA
Kalau nak dapat kotak kasut yang comel ni boleh add on RM 3. Memang comel jer konsep brand ni. Dengan sales girl yang ramah. Berapa banyak kasut dan size kitorang try. Tapi baik jek dorang layan kitorang..







8 September 2013

Yummy.. my 1st Pavlova Cake

As Salam..

Tercapai jugak hajat aku nak buat Pavlova sendiri. Petang tadi aku ke Giant Putra Height untuk cari barang-barang. Barang-barang simple je. Memandangkan kek ni makin famous sekarang. So teringin nak buat sendiri.

Resepi Pavlova
- 4 biji putih telur sahaja
- 3/4 cawan gulacastor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/2 sudu teh cuka masakan
- 1 sudu kecil tepung jagung/ boleh guna baking powder

Topping/ Hiasan
- 250 whipped cream
- 1 1/2 sudu gula
- 1/2 sudu esen vanilla
- Buah-buahan (anything sour e:g anggur, kiwi, strawberry, dragon fruit, orange, banana)


Cara-cara
- Pukul telur putih sampai berbuih. masuk sedikit demi-sedikit gula castor, cuka masakan, esen vanilla dan tepung jagung sampai jadi berkilat dan meringue 'bertanduk'. (bila terbalik kan adunan, tidak menitis ke bawah). - Bakar kat oven. heat 180 darjah celcius. 30minit sahaja. Pastu biar seketika dalam oven.

  Whipped cream
  - Pukul apa-apa brand whipped cream dengan esen vanilla dan sedikit gula.

  Topping
  -Bila kek dah sejuk. Bubuh cream dan hias dengan buah. Lepas tu bubuh dalam freeze.


Comment
Rase sedap. Dalam memang lembut je kek memang rasa macam marshmallow sikit. Tapi cream tak smooth macam kek pavlova kat youtube tu. So next time nak beli whipped creamy ready made..hu hu... Selamat mencuba.







Yeay photobook dari PIXAJOY dah sampai ..

Yeah..

PIXAJOY ni memang terbaik lah. Aku submit order pada 1 September, 5 September dah sampai. Kualiti memang baik. Kertas tebal, kemas, warna clear. Puas hati sangat. Aku hantar emel untuk tanya free softphoto book aku bila boleh dapat voucher,cepat je pihak PIXAJOY reply. Memang terbaik lah service yang diberi kan. So far PIXAJOY sahaja yang tawarkan free delivery dan yang paling penting harga murah dan kualiti bagus. Photobook harga RM17 dan aku tambah RM5 untuk gloss matte.










3 September 2013

Berspa kat - Urban Retreat Beauty with my mom

 
Hai.. As Salam...

Hari ni aku dan my mom pergi redeem voucher facial ni kat Urban Retreat Beauty. Kalau refer iklan 95% discount means treatment ni worth RM560.. biar betul???.. Sajek jek tu dorang kan price. Bagi aku standard harga RM250-RM300.. Sangat berbaloi. Sebab kalau facial biasa standard RM40 untuk 20-30 minutes.. But yang ni RM28 banyak package yang dorang include sekali. Tapi tak sampai pun 3 jam, facial dalam dalam 1 jam 50 minutes jer. Pastu consultation lebih kurang 30 minutes.

Time consultation ni lah dorang dok kondem kulit kita orang teruk, sensitive bagai.. & offer treatment, cream2 dorang yg banyak bagai tu..hu hu.. dengar je lar.. Tapi buat hati kering ye..he.. X nak terpengaruh tuk sign up package..

Aku suke part extraction, time ni la dorang dok kutil white head and blackhead. Habis semua jerawat aku dorang picit. Sakit wooo.. berair mata.. but tahan jer la. Tujuan facial nak buang bende2 yg tersumbat kat pores sebenarnye.. sebab nk buat sendiri malas..hu hu.. Part pressure point massage ni dorang gune alat mesin pe tah tuk naikkan kulit wajah.. memang best nampak naik cikit cheeks ni. Tapi x senaik cheeks Siti Nurhaliza ..nek cikit jek macam Siti Nurhaniha.. hah ha..

Memang wangi jer product2 yg dorang gunakan. Nyaman jer bau dengan alunan music romantic. Skin rase smooth, pores pun makin kecik after treatment. Yg attended aku is Ms Yen. Dia ni bagus.. dia ikut ape yg listed dlm package. Dia urut shoulder aku sedap betul. Part dia picit2 kepala aku hu.. sedap nyer.. selesa kene urut.

Yg aku kurang puas hati sorang lagi staff spa ni..x tau plak ape name amoi ni.. dia x urut pun my mom punya shoulder or picit kepala & x scrub pun part shoulder and neck... Aku baru tau waktu on the way balik. Sebab kami room lain2. .Benda2 ni la yg best.. dapat release cikit stress.. Adoii.. kesian my mom tau. Aku tak kisah pun treatment less than 3hours sebab aku pun dok rimas lama2 kat dalam tu. But at least amoi ni kene la jujur apa treatment yg aku dapat mak aku pun mesti lah sama kan..becoz my mom xtau package dia.. dia pun skip2 jer.. Seb baik akutakx setuju sign package dengan dorang..hu

Habis treatment dorang dok offer aku treatment yg sama with promo price RM1988.. Boleh EPP Zero interest. dorang siap bg offer tuk add on skin tag removal (worth RM800) & eye bag treatment. So total treatment yang dorang offer tuk 10 kali. Means sekali sebulan. Aku tau da trick dorang so aku memang dah remind my mom awal2 tuk reject.. Hah ha.. pastu kitorang pun blah ler..

Actually what they offers is really worth it. Bcoz kalu nak pergi herbaline buang skin tag (milia) kt muka ni cost RM1000 not inclusive cream2 lain bagai.. But aku reject sebab bulan raya.. poket pun kering.. October ni plak nak wat lasek surgery kat advance vision .. yg ni jer dah cost RM6000.  Hu..

Lagipun setakat nk buat facial collagen aku boleh purchase other coupon with 70% to 95% discount for 10 times jugak kan.. siap boleh times 3 lagi tuk my sis n my mom.. so boleh lah pergi together-gether.. If aku sign up package ni.. jwb nyer xtak dapat nak belanja my sis & mom..Mahal kot..hu..

Lagipun banyak jer choice kt mane2 deals.. & aku paham T&C dorang. Biasenye deals2 ni  tuk 1st time user only.. So kalau dorang wat offer lg kalau aku beli memang x valid. Nama & ic aku dah de dalam record dorang. Alah xpe.. banyak lg spa kan..kan.

So for the conclusion aku still puas hati dengan Urban Retreat Beauty ni cume spoil kt amoi yang sorang tu jek.. Next time nk ushar offer untuk massage & body scrub pulak.. 

K cuci2 mata yer..







.