NUFNANG

8 September 2013

Yummy.. my 1st Pavlova Cake

As Salam..

Tercapai jugak hajat aku nak buat Pavlova sendiri. Petang tadi aku ke Giant Putra Height untuk cari barang-barang. Barang-barang simple je. Memandangkan kek ni makin famous sekarang. So teringin nak buat sendiri.

Resepi Pavlova
- 4 biji putih telur sahaja
- 3/4 cawan gulacastor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/2 sudu teh cuka masakan
- 1 sudu kecil tepung jagung/ boleh guna baking powder

Topping/ Hiasan
- 250 whipped cream
- 1 1/2 sudu gula
- 1/2 sudu esen vanilla
- Buah-buahan (anything sour e:g anggur, kiwi, strawberry, dragon fruit, orange, banana)


Cara-cara
- Pukul telur putih sampai berbuih. masuk sedikit demi-sedikit gula castor, cuka masakan, esen vanilla dan tepung jagung sampai jadi berkilat dan meringue 'bertanduk'. (bila terbalik kan adunan, tidak menitis ke bawah). - Bakar kat oven. heat 180 darjah celcius. 30minit sahaja. Pastu biar seketika dalam oven.

  Whipped cream
  - Pukul apa-apa brand whipped cream dengan esen vanilla dan sedikit gula.

  Topping
  -Bila kek dah sejuk. Bubuh cream dan hias dengan buah. Lepas tu bubuh dalam freeze.


Comment
Rase sedap. Dalam memang lembut je kek memang rasa macam marshmallow sikit. Tapi cream tak smooth macam kek pavlova kat youtube tu. So next time nak beli whipped creamy ready made..hu hu... Selamat mencuba.







No comments:

Post a Comment

.