NUFNANG

12 September 2013

Si gadis rabun berangan nak jadi celik- Lasek Surgery

Aku tak sabar nak buat lasek mata Oktober ni. Aku pakai spec since darjah 5 until now. Cuma last year aku pakai contact lens dan effect nye mata aku terus bertambah rabun. Dari 400 ke 475. Kalau bukak spec dah macam orang buta kabur, terpaksa kecikkan mata nak fokus tengok jam kat dinding. Tu pun pergi dekat ngan dinding. Huh.. macam orang tua dah. Setelah ambil masa 2 bulan survey dan baca komen2 blogger, dan pengalaman diorang aku decide ajak En. Yd ke Advance Vision Eye Specialist Centre pada 27 Mei lepas. Time tu customer care consultant name Amirul terangkan apa itu Lasik Surgery.
Proses pertama 
Aku kene buat beberapa test. Time ni dia duk letak ubat mata dekat 3 jenis kat mata aku. Setiap kali dia letak dia pergi dan biarkan aku 5-10minit pastu datang balik tukar ubat titis lain. Tujuan untuk rehatkan mata aku sebelum pemeriksaan lanjut. 

Proses kedua 
En.Amirul bawak aku ke eye lab test untuk check mata. Lepas dah check mata result pun keluar dia pun print report untuk mata aku. Lepas tu dia ajak aku kelua dan bincangkan mengenai keputusan tadi. Dia cakap tisu mata aku sangat nipis jadi lasik surgery tak sesuai untuk aku. Kaedah yang sesuai adalah Lasek surgery. Tisu mata aku jadi nipis kerana kornea mata agak melengkung. Tapi jangan salah paham, bukan sebab mata aku buntang k… Benda ni terjadi pada pengguna contact lens. Contact lens ni lah yang merubah mata aku. Lagi-lagi indoor sales staff macam aku yang duk ngadap laptop 13 jam hari-hari. Mata pun jadi penat, kering dan kurang rehat.

Proses ketiga
En.Amirul bawak aku test mata. Yang ni sama je macam test mata time korang nak beli spec baru.

Proses keempat
Ada nurse datang bawak aku jumpa doktor. Time ni doktor asik suruh aku pandang atas, bawah, kiri kanan, tengah. Dia suluh mata aku dengan lampu.  Doktor asik puji aku ada mata yang besar. Banyak2 kali k. Aku dengan En. Yd naik pelik teruja semacam doktor ni tengok mata aku besar. Suka bebenor dia. Lepas dia check kesihatan mata aku dia terangkan proses. Laju gila dia bercakap. Amboi.. doktor ni. Nasib baik apa yang dia cakap sama je dengan proses yang En.Amirul terangkan..hu. Lepas tu nurse bawak aku keluar dari bilik doktor.

Proses kelima
Ubat titis lain pulak dia titiskan. Tapi yang ni agak likat color kuning dan buatkan mata aku kebas dan perlahan-lahan jadi kabur habis. Kerana ubat titis ni pandangan jauh jadi kabur pastu pandangan dekat nampak kabus je. Aku takut sangat. Rasa nyesal buat eye test sebab aku jadi makin rabun. Bayangkan nak makan pun kurang jelas. Dah jadi rabun dekat+jauh dalam sekelip mata. Benda ni kekal 24jam tau. Aku dah balik, pastu tidur semalaman baru esoknye mata aku jelas balik. Tapi tak jelas mana pun still rabun macam biasa..hu.
Untuk book surgery ni kene bayar deposit RM400. Eye test yang aku buat tadi kene bayar RM80. Aku dah pun book hari yang sama. Sekiranya aku berniat nak batalkan duit ni diorang takkan pulangkan tapi korang boleh tukar dengan apa-apa produk, spec ker ubat ke or rawatan lain.
 
Sekiranya aku pilih Lasik surgey/ Lasek surgery sama sahaja harga dalam RM2888. Tapi sekiranya aku nak vision yang lagi clear harga rawatan RM5588. Untuk ini mata akan lagi sharp dan contrast. Aku pun tak paham sangat. Aku pilih jer sebab aku pun memang silau banyak. Lagipun ni mudahkan aku untuk drive malam. Takde la nampak lampu jalan pecah berbunga2..
Adik aku dah pun buat Lasik Surgery ni. Rabun dia tak banyak pun, cuma dalam 125. Tapi dia nak selesa sebab dia belajar kat London kene tempah spec doctor khas dan dia tak reti nak pakai contact . Walaupun spec ni boleh tempah ikut rabun mata, adik cakap takkan tiap-tiap tahun dia nak buat spec baru kalau power mata naik. Boleh pokai kot. Kos spec ni dah la mahal lebih RM2000 duit MYR. Duit biasiswa JPA kene lah jimat, dapat lah adik la spend ke benda lain. So cara terbaik adik nak buat Lasik surgery. Mula nya adik cadang nak amik surgery yang RM5588. Tapi atas nasihat En.Amirul, dia suggestkan adik amik surgery yang lasik je.. Sebabnya adik tiada silau. Jadi yang mahal ni takkan bagi effect apa-apa.

Waktu aku bawak adik buat surgery pada 16 August 2013, aku sedikit sebanyak dapat ambil pengalaman dia. Surgery ni kejap je dalam 15minit satu mata. Tapi yang lama nya sebab tunggu turn patient2 lain. Adik cakap tak sakit pun, Cuma mata kabur. Doktor memang baik dan friendly tapi sangat garang. Tapi doktor garang kat nurse bukan kat patient. Doktor cakap untuk pesakit Lasik surgery recovery ambil masa 1 minggu sahaja. Tapi adik aku amik masa 2 minggu. Mungkin bergantung pada orang jugak. Mulanya aku risau sebab adik aku cakap sekejap mata dia rabun balik. Waktu malam kabur Nampak kabus. Time bangun pagi rabun pening dan sakit kepala. Tapi Alhamdullilah selepas 2 minggu dah pulih sedia kala. Siap dia asik cakap dia tak percaya dia boleh pandang bangunan2 hujung, signboard dengan clear. Kat bawah ni ubat2 yang doktor bagi kat adik aku.


Aku teringat En.Amirul cakap Lasek surgery akan terasa sedikit pedih sebab lapisan atas mata akan di scrub dahulu dan proses pemulihan 2-3 minggu. Kalau begini gaya adik aku..so aku sebulan lebih kot nak recovery...cuak nye. Aku dah plan bulan October ni untuk buat appointment. Asik tertangguh je. Lagi pun aku dah berjaya spent duit tuk mata. Aku akan amik annual leave time ni. Hari surgery doctor memang akan bagi 5 hari Mc + Annual leave dapatlah aku cuti panjang dan rest kan mata ni. Surgery hanya di buat setiap hari jumaat sahaja. Kene datang awal sejam. Lama jugak dekat 3 jam aku tunggu adik..hu

Lepas treatment korang akan ada 5x appoitment dengan doktor. Free je consultation ni. Doktor nak tengok progress mata selepas surgery. Aku dipahamkan surgery ni life time warranty. So bila2 aku boleh buat appoitment tuk jumpa doktor. Ubat yang doktor suggest je kena bayar. Tu pun adik aku doktor suggest 1 ubat titis macam bawah ni. Aku belikan adik kat watson jek. Takut mahal kat situ. 

19 comments:

  1. Macamana sy nak contect en.amirul tu ye?? Kalau macam saya power 1100.. blh ke buat operation tu.. yg mana 1 yg sesuai dengan saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. If tissue mana cukup.. baru leh operate mata. Kene wat eye test lu

      Delete
  2. Blh whatsapp atau wechat tak kat saya.. banyak nak tanya ni.. :) biasa la student.. tkot2 sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. No hp yg adik bg.. nnti akak add kt we chat ea

      Delete
    2. try add kt we got reply

      'user doesnt exist"

      anyway call jer no ni ea: 0377241392
      0377101462

      Delete
  3. 0175222543 atau wechat azimnasaruddin

    ReplyDelete
  4. Ala nk tnye tntg akak dulu.. mcmne rasa.. bp lme sume tu.. dh add belum ye wechat sy??

    ReplyDelete
    Replies
    1. da add x bole pun.. try add akak
      Husna1804

      Delete
    2. Xjumpa pn id akak tu.. kalu wujud id tu mst kuar nama dh.. xpe2 mcm ni.. akak add fb sy azimnasaruddin@gmail.com

      Delete
  5. Buat masa skrg bru ada 4k bru.. mcm akak ckp buat operation yg rm5580 tu lg ok.. so kne kumpul dulu la..

    ReplyDelete
  6. So, is your Eye Sight looks better now after these treatment applied?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes miss. Vision for both side very clear

      Delete
  7. akak ni saje tanye kalau power org lebih 1200 boleh tak buat dgn doctor ni ? sbb murah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm kak. Better akak kol. Xsure nk jwb bnde ni

      Delete
  8. Did lasik in excelview midvalley..Vision is not good.. Night vision is terrible with glare, haloes and starbust. It is so real.. please share with others. Be responsible and spread love.

    ReplyDelete
  9. kak kalau kita nak buat lasik ni, haritu datang, haritu juga ke terus boleh surgery? or kitaa kena tnggu beberapa hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xbole dear..kne appoinment lu..ramai yg tggu turn..

      Delete
    2. Xbole dear..kne appoinment lu..ramai yg tggu turn..

      Delete

.