NUFNANG

11 September 2013

Menangani Stress Secara Islam



As Salam..

Sememangnya aku sangat stress sejak 2 minggu ni. Air mata ni mengalir kesedihan. Hanya Allah dan kawan2 yang memahami masalah aku tahu perasaan sedih ni. Apa pun aku tak boleh lari dari realiti kehidupan seharian. Aku mengerti yang stress secara tak langsung memberi tindak balas pada fizikal dan mental. Aku tak akan dapat elak dengan masalah atau tekanan walaupun aku lari ke hujung dunia sekali pun. Aku tak tau kenapa manusia punyai sifat dengki dan suka memburukkan orang lain dan senang melihat orang lain bahagia. Setelah baca tips menangani stress aku kongsikan di sini dan mudah untuk rujuk semula di kemudian hari. Kredit to Utusan Malaysia

 

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya:
"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'
Kaedah berlandaskan ajaran Islam
1. Solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. 

2. Amalan berzikir seperti bertakbir, bertasmid, bertasbih dan sebagainya.
Jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'
 3. Mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir     Al-Quran. 

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari). 

4.    Yakin bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-selamanya.

5.  Amalan berdoa memohon keampunan dan menyerahkan segala usaha mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud:
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

 Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud:
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku."


 

No comments:

Post a Comment

.